Tak nampak pun asapnyer? - Preview filem "Satu Malam Kubur Berasap"

Pernah bayangkan bagaimana kalau ada satu filem yang sarat dengan (peserta) rancangan Raja Lawak?

Sekarang tak perlu bayangkan lagi. Cuma tonton filem 'Satu Malam Kubur Berasap' dan impian anda akan jadi kenyataan.

Verdict penulis tentang filem ni:

  • Banyak elemen lucu tapi seram
  • Diselang-seli dengan lawak slapstik dan tak berapa spontan
  • Heroin yang seksi giler untuk tarik perhatian penonton (tengok poster dah tahu)
  • Hantu dengan solekan 8 inci
  • Jalan cerita standard filem melayu - anti klimaks dan ending tergantung
  • Hantu yang.. stail hantu melayu. Kejap ada kejap tak ada..

Apa-apa pun meh tengok trailer dulu..

Ada sesapa yang teringin nak tengok filem ni? Ada sesapa nak bagi tiket wayang free?

Detektif penyelamat dunia Eropah - Review filem "Sherlock Holmes: A Game of Shadows"

Poster filem Sherlock Holmes

Bila disebut nama Sherlock Holmes, pasti mental kita akan memvisualkan seorang detektif yang memakai kot sambil menghisap paip dan membuat taakulan-taakulan bernas. Well, lupakan visual mental tersebut kerana Hollywood (sekali lagi) telah menginterprestasikan Sherlock Holmes dengan imej dan identiti baru.

Penjenamaan semula atau rebranding (bak kata orang putih jiran sebelah) bukanlah sesuatu yang buruk. Hollywood still dengan sikap lama suka rebranding siri atau filem lama supaya lebih segar (kononnya) dan menepati selera penonton semasa (iyolahh..).

Dalam filem ni, Sherlock Holmes digambarkan sebagai seorang detektif yang 'hard-boiled'' selalu dikejar dan menjadi buruan, kurang teman rapat tetapi ramai yang kenal, serta pandai dalam penyamaran. Ditemani dengan teman rapatnya, Dr Watson; mereka cuba menyelesaikan kes melibatkan Prof. Moriarty yang cuba mencetuskan perang dunia.

Okay jalan ceritanya agak cliche, dan ada kalanya penonton mungkin mengantuk sebab boring dengan dialog yang panjang berjela. Tapi apabila scene Prof Moriarty muncul, suasana dalam panggung jadi lain. Super villain yang muka bersih macam imam tak tinggal sembahyang, tapi kejam giler sampai sanggup bunuh pengikut sendiri.

Scene dalam filem ini adalah jauh lagi baik daripada filem Sherlock Holmes yang pertama; kesan visual yang menarik, jalan cerita yang tidak meleret, dan banyak elemen komedi diselang-seli dengan aksi lasak.

Lupa plak, jom layan trailer dulu.
Secara keseluruhannya penulis sangat enjoy menonton filem Sherlock Holmes ni. Leka menonton sampai lupa nak habiskan popcorn. Kalau pembaca tak gemar filem yang banyak melibatkan taakulan dan pemikiran, sila tonton Satu Malam Kubur Berasap.


Kucing pakai kasut: Review filem "Puss in Boots"

Sekali lagi Dreamworks Animation menghasilkan sebuah filem animasi. Tapi filem Puss in Boots seolah-olah telah hilang sentuhan magisnya jika dibandingkan dengan animasi lain seperti Shrek atau mana-mana animasi Disney yang lain.
Ceritanya mengisahkan tentang Puss yang lari dari pekannya bersama Humpty Dumpty dalam usaha untuk membersihan nama baiknya. Puss mencari Kacang Ajaib daripada Jack & Jill untuk mendapatkan angsa ajaib di kota langit. Dapatkah Puss mendapatkan Kacang Ajaib itu? Adakah dia akan kembali ke pekan asalnya? Dapatkah dia bertemu dengan Shrek? Sorry. Takder Shrek dalam nie.
Secara peribadi, filem "Puss in Boots" ni sangat seronok ditonton. Ada scene yang lucu, menyentuh perasaan dan juga aksi yang mendebarkan. Cuma kadang-kadang terasa hubungan setiap scene tu agak longgar. Tapi dengan adanya visual 3d yang menonjol depan mata, masalah teknikal seperti itu boleh diabaikan.
Kalau ada kelapangan dan rasa nak release tension, boleh lah tengok filem ni di pawagam berhampiran. Jangan lupa tengok versi 3d. Dijamin puas hati.

Robot lawan robot - Review filem Real Steel

Pada 5hb November lepas, penulis berkesempatan menonton filem Real Steel di layar perak. Adakah filem ini 'segagah' trailernya?

Real Steel mengisahkan tentang pertandingan tinju antara robot gergasi yang merupakan sukan yang paling faymes dan Charlie Kenton sebagai bekas peninju dunia yang melatih robot bernama Atom untuk memenangi pertandingan Kejuaraan Tinju Robot Sedunia.

Jalan cerita filem Real Steel sebenarnya biasa-biasa saja. Lebih kurang macam cerita Rocky tapi setnya adalah masa depan dan peninjunya adalah robot. Big @$$ robot. Bukan robot yang suka letupkan helikopter macam dalam filem Transformers tu.
Hugh Jackman kali ini membawa watak yang sedikit a$$hole tapi still mempunyai daya karisma dan penonton sure boleh rasakan penghayatan watak yang dibawa oleh Hugh Jackman. Jangan risau, Hugh Jackman takkan kuarkan pisau dari tangan dia.

Filem ini juga cuba menyelitkan sedikit unsur kekeluargaan dan menunjukkan bagaimana ikatan anak dan ayah takkan dapat dipisahkan (walaupun dengan godaan $100,000).
Presentation filem ini memang cantik. Penulis cuma sempat tengok versi 2D tapi rasanya kalau tengok 3D lagi best. Pergerakan robot dan mesin nampak agak hidup. Segala karat dan kesan besi jelas kelihatan. Cuma kadang-kadang gajet seperti telefon dan headset nampak sangat keterlaluan. Kalau nak sangat tunjukkan dunia futuristik, perlu ke tunjukkan semua skrin transparent ala skrin Avatar?
Dialog watak juga padat dan kemas. Ada beberapa memorable moment dan penulis sangat suka bab perlawanan akhir antara Atom dan Zeus. Bahkan penulis sendiri menjerit bagi sokongan pada Atom (padahal bukan perlawanan sebenar pun. Filem je).
Kenapa penulis suka Real Steel:

  • CGI yang mantap tahap lecur
  • Jalan cerita yang menarik perhatian dan menggugat jiwa dan perasaan
  • Dialog lancar dan takder dialog meleret macam filem Syamsul Yusof melayu
  • Hugh Jackman punya body yang berketul-ketul
  • Sound effect besi berlaga dan mesin berjalan yang macam real.
7.5 bintang

Tarikh yang cantik


11:11 pagi 11/11/2011
Adakah tarikh sebegini akan datang lagi?

Penulis tak anggap angka dan masa yang 'unik' seperti hari ini sebagai suatu keajaiban.

Masa dan tarikh seperti ini mengingatkan penulis bahawa masa yang kita ada sebenarnya semakin kurang dan ia merupakan peringatan supaya menggunakan masa yang kita ada dengan sebaiknya..

Idola virtual - Miku Hatsune

Dengan suara selunak bidadari dan tubuh badan ideal tipikal watak anime, Miku Hatsune bakal menggegarkan persada seni antarabangsa dengan nyanyian (dan tarian) menggegarkan jiwa. Para otaku sekalian, beware..

Dah berdarah hidung? Lagi gambar dan artwork Miku:
Illu_KEI_Vocaloid_Hatsune_Miku-img3
img_MIKU
Miku_Hatsune_Atomic_Glide_2
Miku-Hatsune-hatsune-miku-16966736-1024-768
Biodata Miku Hatsune:
Nama:
Hatsune Miku
Birthday:
August 31 (Tahun dirahsiakan)
Umur:
16 tahun
Tinggi:
158 cm / 5.2 kaki
Berat:
42 kg / 93 paun
Genre:
Pop/Dance
Apa yang membuatkan Miku sangat istimewa? Penulis pun tak tahu. Mungkin Miku mempunyai ciri-ciri ideal sebagai watak anime/manga. Mungkin juga kerana pergerakannya yang nampak seolah ‘hidup’. Maybe juga kerana suara dan nyanyian(?) beliau.
Apa pun kita tunggu je demam Miku Hatsune ni melanda Malaysia. Kalau Malaysia boleh kena demam K-Pop dan J-Pop, kenapa tak boleh kena demam Miku plak? (Sengih)
#Penulis tunggu masa dan cari idea untuk lukis Miku Hatsune dan publish kat blog dan juga deviantArt.

Racing realisme - Review game Dirt2


DiRT2 (sebelum ini dikenali sebagai Collin McRae Rally) adalah satu lagi game keluaran Codemaster. Rasa macam baru semalam penulis main game Collin Mcrae Rally 2, tahu-tahu je dah ada siri DiRT plak.

Untuk pengetahuan pembaca semua, siri game rally DiRT mementingkan aspek realisme tak kira dari segi grafik atau gameplay; tak seperti game Need For Speed yang lebih ke arah racing stail arcade. Model kereta, lighting, background dan special effect kelihatan sangat real sampai kadang-kadang terasa macam tengok siaran Live kat TV. Cuba tengok screenshots kat bawah ni:


Presentation dalam DiRT2 adalah ringkas tetapi efektif. Keseluruhan game terasa unsur-unsur 'underground' dan 'alternative'. Hampir sama dengan presentation dalam siri Need For Speed: Most Wanted tapi kurang elemen Hip-Hop. Pemilihan font, warna dan music adalah sangat bersesuaian dengan tema rally. Tapi apabila perlumbaan dimulakan, muzik akan dipadamkan dan bersedia lah dengan bunyi deruman enjin 300bhp akan menggegarkan gegendang telinga.


Walaubagaimana pun penulis nak tekankan aspek kawalan dan pemanduan dalam DiRT2 ni. Kawalan kereta dalam game ni adalah sangat susah. Penulis sendiri perlukan masa untuk biasakan diri sebelum boleh bawak kereta dengan baik. Kereta akan mudah hilang kawalan jika termasuk dalam kawasan berlumpur dan berair, jalan terasa licin selepas hujan, dan akan mudah terbabas jika brek mengejut.

Tapi jangan risau, DiRT2 ada fungi Replay, serupa seperti fungsi Rewind dalam siri Prince of Persia, dimana pemain boleh Undo jika hilang kawalan atau mahu betulkan cara pemanduan. Fungsi Replay dalam racing adalah suatu yang baru dan mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan. Kalaulah DiRT2 ada fungsi speedbreaker macam siri NFS: Most Wanted..

DiRT2 memerlukan spec komputer yang agak tinggi; sekurang-kurangnya 2GB RAM, 1GB graphic card dan dual core processor. Full spec adalah seperti berikut:
Recommended Specifications: Enhanced for DirectX 11
OS: Microsoft Windows XP, Vista or Windows 7
Processor: Intel Core i7 or AMD Phenom II
Memory: 3GB
HD Space: 10GB
Video Card: ATi Radeon HD 5700 Series
Minimum Specifications:
OS: Microsoft Windows XP, Vista or Windows 7
Processor: Intel Pentium 4 3.0Ghz
AMD Athlon 64 3400+
Memory: 1GB (2Gb for Windows Vista)
HD Space: 10GB
Video Card: ATI Radeon X1500
NVIDIA GeForce 6800
Mungkin ada pemain yang cepat frust dan tak suka dengan realisme sebegini. Tapi bagi penulis, game sebegini membawa 'nafas' baru dalam genre racing. Jadi tunggu apa lagi? Cepat upgrade PC tu dan install game DiRT2.
Game DiRT2 boleh didapati di semua platform dan konsol.

9/10 bintang. Tak jemu mata memandang, tak bosan main banyak kali (bila dah terer).


Star rating

Untuk memudahkan rating dan pengredan review filem/muzik/game yang penulis tulis dalam blog ni, penulis akan gunakan sistem star rating.

Senang sahaja, review yang dapat 10 bintang adalah review yang terbaik, manakala 0-1 bintang mewakili review terburuk.





















Penulis juga akan gantikan review lama dengan sistem review yang baru. Enjoy the blog!

Trailer GTA V

Rasa macam baru je lepas main GTA IV. Dah keluar GTA V plak? Seperti biasa penulis kena tunggu sampai 2 tahun untuk upgrade komputer, baru la boleh main game GTA ni.

Ok, masa untuk main game DiRT3..

Hari-hari dengar lagu ni – We No Speak Americano

Lagu yang ada satu baris lirik je

Versi asal lagu We Speak No Americano. Masa kerja kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam, lagu ni dimainkan hampir setiap masa. Rasa nak muntah bila buat kerja. Layan je la. Lagu yang paling senang nak hafal dalam dunia.

Versi Pitbull pun ada. Mamat ni memang suka mengharu-birukan muzik orang lain je. Kalau mamat ni buat muzik, mesti ada bass melampau dengan muzik video ala soft p0rn. What can I say, sex DO sell.

Soft p0rn merata

Apa pendapat pembaca?

Bullet time – Mirage Boardshort

Definisi baru dalam pencapaian efek bullet time. KRU, cepat amik teknologi ni untuk buat filem Cicak-man yang baru..

Hari-hari dengar lagu ni – Mr Saxobeat

Jom menari dalam penjara

Kadang-kadang penulis hairan macam mana lagu yang cuma ada chorus dan bridge boleh jadi hit.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca bloh Kidd's Playground. Jangan lupa asah pisau tajam-tajam sebelum gi sembelih lembu tu.

Berjuang demi maruah negara - Review filem Libas


Filem "Libas" mengisahkan tentang Adnan Saladin (Rosyam Nor) yang merupakan Raja Libas dan merupakan seorang pemain sepak takraw yang digeruni lawan, terutamanya dari Thailand. Akibat kecederaan yang dialami oleh Saladin ketika bertarung dengan pasukan Thailand, pasukan Malaysia kalah teruk dan Adnan menjadi mangsa keadaan lalu putus tunang dengan Ratna (Scha). Adnan menjadi resah apabila pertandingan Libas bakal dilangsungkan lebih awal dan Mr. Wilson mahu mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Dengan rasa paksa rela, Adnan perlu mendapatkan pemain tambahan dan melatih supaya dapat menyertai pertandingan Libas dan untuk..*ehem*..mempertahankan maruah negara. Dapatkan Adnan mempertahankan martabat dan maruah negara? Adakah Ratna akan kembali kepangkuan Adnan? Bagaimana dengan nasib bola warisan? Nantikan kesudahannya..


Reaksi pertama sebelum menonton filem Libas ni, penulis rasakan filem ni tiada bezanya dengan filem Melayu yang lain. Ini pun lepas penulis tengok trailer filem Libas ni:
Tapi hakikat sebenarnya adalah...

Filem ni memang cool giler. Effect CGI yang seamless. Perkembangan cerita yang menarik (walaupun tak masuk akal). Lakonan mantap. Penulis suka giler dengan dialog slang Thailand tu. Setiap kali dengar sure nak ketawa sambil keluar air mata. Nak tengok Scha rembat bola takraw? Scene tu ada dalam filem ni sahaja. Korang takkan nampak Scha rembat bola takraw dalam filem Aku Bukan Tomboy.


Ada beberapa part yang penulis tak faham semasa menonton filem ni:
  • Kenapa Saladin tak masuk bertanding masa awal-awal perlawanan? Kalau dia tak boleh main sebab cedera, boleh pulak dia rembat bola takraw dari pantai sampai KLCC.
  • Jika bola warisan itu dipegang dan dijaga oleh Saladin, kenapa dia perlu masuk pertandingan Libas tu? Kalau dia tak masuk pertandingan tu, tak der la bola warisan tu jatuh ke tangan Mr. Wilson.


Jalan cerita filem Libas ni memang tak logik, tapi itu semua tak penting as long ia menghiburkan. Cuma kadang-kadang ada scene jiwang dan dialog yang tiba-tiba meluru masuk tanpa bagi salam. Selain daripada msalah dialog dan jiwang leleh tu, filem ni memang tip top. Harapnya filem ini akan dapat melangkah ke persada antarabangsa. Hidup filem Melayu!




Nota sampingan: Penulis harap sangat kalau filem Libas ni dapat dijadikan drama bersiri. Mesti cool giler..

Walaupun ada elemen macam filem Shaolin Soccer, tapi filem ni tak jemu ditonton berkali-kali sebab lawak giler. Lepas ni filem apa pulak? Rembat? Hahahahhaa.. oh wait..