Shocking News - Literally

shock

Dalam dua hari lepas, penulis melawat mak saudara penulis di kampung. Sedang leka berborak-borak dengan sepupu dan saudara, penulis terpandang satu alat yang kelihatan agak canggih yang terletak di bucu dinding. Selepas bertanya kepada sepupu perihal alat itu, penulis difahamkan bahawa alat itu adalah terapi elektrostatik untuk menjaga kesihatan. Penulis belek-belek dan nampak la logo Al-Jabbar kat alat tu. Penulis dengan rasa terpaksa ingin tahu duduk di atas kerusi yang disediakan untuk mencuba sendiri keberkesanan alat ini. Adakah ia cuma indah khabar dari rupa? Atau adakah alat ini dapat menguruskan badan penulis yang dah makin tebal ni?

Lepas 5 minit yang pertama, penulis tak berasa apa-apa lagi.

Selepas 15 minit berlalu, penulis masih tidak berasa apa-apa. Penulis sudah mula berasa was-was. Boleh percaya ke alat ini?

Selepas 20 minit, penulis mula berasa lain macam. Jantung penulis mula berdegup kencang. Penulis hendak bangun tetapi dihalang kerana masih belum cukup 30 minit. Hendak dijadikan cerita, penulis tersentuh tangan sepupu penulis. Dengan tidak semena-mena, rasa seperti terkena kejutan elektrik. Adakah ini tandanya kami ada keserasian (chemistry)? Sebenarnya, renjatan elektrik itu datangnya daripada elektrik statik yang berkumpul di badan penulis. Lepas beberapa ketika, bulu roma, rambut dan beberapa bahagian lain yang berbulu juga terasa seakan-akan meremang.

Selepas 30 minit, akhirnya tamat satu sesi. Badan penulis dah mula rasa tak sedap. Esoknya, penulis terus demam 2 hari diselangi dengan berak-berak cair. Mak saudara penulis kata itu tandanya lemak dalam badan dah cair.

Jika ada yang berminat hendak menjaga kesihatan, silalah cuba produk ini. Penulis tak kata alat tu tak berkesan, tapi lepas penulis cuba sendiri, penulis lebih selesa untuk menjaga kesihatan dengan cara konvensional; bersenam dan menjaga pemakanan seharian. Lagipun, penulis tak mahu terkena renjatan elektrik setiap kali bersentuhan dengan orang lain (senyum).

Cantik macam lukisan – Review filem Tangled aka Rapunzel

Rapunzel? Kisah pasal perempuan beramput panjang tu ker? At least itu apa yang penulis fikirkan sebelum download menonton filem Tangled ni.

vlcsnap-768866

Tangled merupakan filem animasi oleh Walt Disney Animation dan merupakan animasi ke-50 selepas filem animasi The Frog and The Princess yang tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Tangled merupakan animasi 3D dan penonton boleh menonton samada secara RealD (guna spek streoscopic) atau menonton secara biasa (tak pakai spek 3D).

Secara ringkasnya, Tangled mengisahkan seorang puteri raja, Rapunzel (duh), yang mempunyai rambut yang mampu mengekalkan keremajaan daripada di mamah usia. Rapunzel diculik oleh sorang wanita sihir (tipikal) bernama Mother Gothel yang mahu menggunakan kelebihan yang ada pada Rapunzel untuk kepentingan diri sendiri. Rapunzel yang diculik dari kecil menganggap Mother Gothel sebagai ibu kandung dan tidak dibenarkan keluar dan hanya tinggal di menara yang tinggi. Hendak dijadikan cerita, seorang pencuri bernama Flynn Ryder terjumpa menara tempat Rapunzel tinggal. Adakah Flynn Ryder akan menculik Rapunzel? Adakah Rapunzel akan jatuh cinta dengan Flynn? Mengapa Rapunzel manyimpan rambut yang panjang? Adakah rambut Rapunzel yang lain juga.. ok cukup.

vlcsnap-769677

Sebelum filem Tangled disiarkan, penulis ada membaca review dan melihat beberapa snapshot filem ni. Tajuk asal filem ini iaitu Rapunzel ditukar kepada Tangled kerana bimbang penonton lelaki tidak datang mononton. Penulis difahamkan yang animasi Tangled ni menggunakan visual seakan lukisan. Hurm, bunyi macam menarik. Tapi bolehkan animasi Tangled mengatasi animasi 3D lain oleh Pixar?

Dan apabila penulis start menonton, woahhhh!!!!! Holy sheet! Visual dalam Tangled memang superb. Penulis tahu Tangled ni 3D tapi bila penulis pause di beberapa scene, memang nampak macam lukisan! Serius! Memang jauh berbeza dengan animasi Pixar yang photorealistic.

Rambut panjang mencecah lantai

Pergerakan dan movement dalam Tangled memang smooth seakan-akan animasi 2D. Rasa seakan animator di Walt Disney berjaya ‘memaksa’ computer graphic untuk menghasilkan animasi seperti yang dikehendaki oleh animator. Tiada scene yang kaku. Penulis masih lagi teringat scene kuda di raja bernama Maximus yang mengidu rumput seakan-akan anjing. Memang sangat cantik pergerakannya. Terpegun sekejap melihat keindahan animasi nie.

Kuda menghidu seakan anjing

Jalan cerita Tangled juga menarik. At least tidak la bosan menontonnya. Ada beberapa scene yang menyentuh hati dan juga scene yang padat dengan aksi seakan-akan menonton cerita Indiana Jones. Cuma kadang-kadang ada beberapa scene muzikal yang mungkin menjengkelkan penonton. Tapi scene muzikal memang tipikal dalam filem Disney kan?

Menyanyi dikalangan orang jahat

Sempat lagi menyanyi di kalangan penjahat. Itu la kelebihan kalau ada rambut yang panjang dan bersinar.

Lantern

Antara scene paling menyentuh hati. Semua rakyat berkumpul dan menyalakan pelita untuk mengingati sang puteri yang kena culik.

Sepanjang menonton filem Tangled ni, penulis rasa hairan macam mana Rapunzel boleh jaga rambut dia yang panjang tu tanpa sebarang kekusutan. Tak nampak plak sebarang botol Sunsilk atau Rejoice. Tapi selain daripada persoalan yang tak masuk akal tu, Tangled merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Penulis sangat mengesyorkan menonton Tangled ni. Kalau pembaca tak minat dengan visual yang ala lukisan, ada baiknya menonton filem yang lebih photorealistic seperti Shrek atau Up.

Rating: 8.5/10 – Tengok setiap kali sebelum tidur.

Sudah gemuk

DSCN3750

Rasa nak bunuh diri je bila tengok diri dah semakin menebal. Masa untuk meneruskan diet!

Cuti-cuti Malaysia di Utara

Bila penulis kembali semula ke blog ni, penulis dapati ada banyak sesawang di dalamnya. Mungkin sebab blog ni berada di web site (faham tak? *wink wink!*). Anyway, mungkin sudah tiba masanya untuk penulis kembali aktif di blog ni.

Just untuk pengetahuan semua, adik penulis sudah berjaya melangsungkan perkahwinan dengan jaya dan suksesnya. Apa? Nak gambar? Tunggu la nak edit dan filter dulu. Terlalu banyak gambar yang hendak di upload. Penulis akan cuba edit dan upload dalam masa terdekat ni.

Anyhow, penulis sekarang berada di Utara (Jitra, Kedah). Dah 2 hari penulis berada di sini dan penulis akan kembali berangkat pulang petang ini.

Map picture

Mungkin ada yang bertanya ‘macam mana penulis dapat online?’. Jawapannya mudah sahaja: Curik WIFI daripada jiran sebelah. Hahaha (keluar tanduk).