Hari-hari terakhir portal Sinema Malaysia

Khabar-khabar angin mengatakan bahawa portal Sinema Malaysia mungkin ditutup. Amat sayang sekali jika sebuah portal yang mempunyai banyak maklumat tentang industri perfileman negara ditutup begitu sahaja.

Penulis tak dapat sahkan lagi khabar angin ini. Tapi mungkin ada penulis yang mungkin nak menjenguk dulu portal ini sebelum berita khabar angin itu menjadi kenyataan..

Press preview filem 'Bujang Terlajak'


Pada 10/1/2012 pukul 8.30 malam tadi, penulis berkesempatan untuk menonton filem Bujang Terlajak arahan *ehem* Prof. A. Razak Mohaideen di The Garden, Midvalley Kuala Lumpur. Penulis juga sempat jugak la jumpa dengan Nabil, Johan, Fazura dan juga Ebby Yus.

Berikut merupakan gambar-gambar ketika press preview berlangsung.



Sepanjang press preview ni, penulis tak boleh berhenti berfikir tentang poster filem ni. Pertama sekali, kenapa nama Saiful, Nabil dan Johan diletakkan pada orang yang berlainan? Yang kedua, apa signifikasi gambar latar belakang poster ni (gambar Nabil, Saiful dan Johan bersolek sebagai perempuan)? Apakah...?

Adakah penulis seorang sahaja yang nampak benda ni atau ada penjelasan di sebaliknya? Apa pendapat pembaca sekalian?