me TROLL 1

troll01

Aku suka baca troll kat Facebook.

troll02

KampungChat pun banyak troller. Baru aku tahu.

Definisi troll di Wikipedia:

In Internet slang, a troll is someone who posts inflammatory, extraneous, or off-topic messages in an online community, such as an online discussion forum, chat room, or blog, with the primary intent of provoking other users into a desired emotional response or of otherwise disrupting normal on-topic discussion. In addition to the offending poster, the noun troll can also refer to the provocative message itself, as in "that was an excellent troll you posted". While the term troll and its associated action trolling are primarily associated with Internet discourse, media attention in recent years has made such labels highly subjective, with trolling being used to describe intentionally provocative actions outside of an online context. For example, recent media accounts have used the term troll to describe "a person who defaces internet tribute sites with the aim of causing grief to families."

Menurut Encyclopædia Dramatica plak:

A Troll, most commonly encountered on the internet, is any person who purposely causes controversy in a web community (by posting offensive and crude comments or provides advice) and disrupts shit for his own amusement to prove how extremely corrupt our society is. The term troll is subjective. There are many characteristics of a troll. The retarded people of course don't want to hear how corrupt the society is getting, so they claim to not "feed the trolls" by ignoring them. Trolls have been referred to in the web community as, trollers, assholes, jerks, and scum of the earth douchebags. In reality, the real trolls are the people who ignore the so-called trolls who were only just trying to reveal the problems with society.However, that could have been avoided by the retarded if they were able to control their emotional immaturity and instead find ways to solve the social issue.

troll03

So, adakah korang seorang troll?

Facebook badge dan ngomolan

Aku dah kurang  tulis blog dalam 2-3 hari ni. Aku sibuk siapkan artwork dan bermain-main dengan setting dalam blogger. Sure korang perasan aku dah letak Facebook Badge kat blog ni. Haha. Tinggi hidung jap.

Breaking news, aku dah tukar monitor CRT lama aku dengan monitor LCD baru. Baru la sedap sket mata aku nak tengok monitor lama-lama.

Berita selanjutnya, cuaca kat terengganu asyik hujan dan semalam bekalan air terputus menyebabkan aku tidak dapat beristinjak dengan sempurna. Grrr..

Lagi berita utama, aku memerlukan pekerjaan tidak kira freelance atau fulltime. Apa-apa hal boleh roger kat emel atau YM. Dah 3 hari makan ikan bilis je ni. Please help.

Sebagai penutup bicara, mari kita dengar lagu Ramona dari Beck. Enjoy.

Klu dan mesej tersembunyi dalam Scott Pilgrim vs. The World

Kalau korang belum tengok cerita Scott Pilgrim vs. The World, sila tengok, copy, download atau beli DVD dan tengok. Prepare for awesomeness.

Kalau korang belum baca review aku tentang Scott Pilgrim vs The World, sila baca kat sini.

Kalau korang dah tengok cerita Scott Pilgrim vs. The World, sure ko dah sedia maklum tentang jalan ceritanya. Tapi cuba tengok kali kedua dan cuba perhatikan detail yang ada dalam filem ni. Aku dah tengok cerita ni 5 kali dan ada beberapa perkara menarik yang aku nak kongsi.

Klu Evil Ex’s

Dalam filem ni, kehadiran Evil Ex’s akan disertakan dengan simbol ‘X’ dan nombor.

scott16

Sebelum satu-satu pertarungan, akan ada simbol ‘X’ terdapat di mana-mana yang menunjukkan akan kehadiran Evil Ex’s.

scott03

Scott Pilgrim biasanya kelihatan memakai baju biasa dengan simbol ZERO menunjukkan dia watak paling lemah. Scott juga minum Coke ZERO dan tidak minum minuman keras.

scott00

Bagi watak Matthew Patel, terdapat satu simbol ‘X’ mewakili Evil Ex’s yang pertama.

scott06

Simbol ‘X’ juga terdapat di papan tanda EXIT.

scott07

Matthew Patel memakai baju kot dengan simbol ‘^’ mewakili nombor 1.

scott08

Setelah Matthew Patel dikalahkan, score nya adalah 1000.

scott09

Bagi Evil Ex’s no 2 iaitu Lucas Lee, ada dua tanda ‘X’ dapat dilihat dalam shot ni.

scott10

Lucas Lee juga mempunyai RV dan kereta yang, you guessed it, angka 2.

scott11

scott12

Score untuk Lucas Lee adalah 2000.

scott13

Todd, Evil Ex’s nombor 3 ada banyak angka 3, termasuk di bilik dan baju yang dipakainya.

scott18

scott19

Scott berlawan dengan Evil Ex’s nombor 4 di bangunan, well, nombor 4.

scott20

Stage Scott bertembung dengan Evil Ex’s nombor 5 dan 6 juga mempunyai tanda ‘X.

scott21

Evil Ex’s yang terakhir banyak menggunakan nombor 7 sebagai latar belakang.

scott24 scott25 scott26 scott27

Maksud tersembunyi

Dalam seni visual, lantai berpetak hitam dan putih mewakili transisi antara dua dimensi. Ia juga sering dikaitkan dengan alam mimpi atau separa sedar.

scott01

Ketika Ramona Flowers bercakap tentang Gideon, terdapat shot pendek yang menunjukkan jalan yang berbentuk seperti huruf ‘G’.

scott02

Latar belakang dalam scene Envy menelefon Scott menunjukkan bagaimana Envy ‘meninggalkan’ Scott.

scott15

Fun stuff

Signage yang melarang pelanggan menggunakan telefon bimbit dalam kedai. Klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.scott04 Tajuk album ‘The Clash at Demonhead’ yang tak masuk akal. Klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.

scott05Signage yang susah untuk aku digest. Klik untuk lihat dengan lebih jelas.

scott17 Bulan dalam dunia Scott Pilgrim vs. The World memang berlubang dek perbuatan Evil Ex’s nombor 3.

scott23 scott22

Aku rasa ada banyak lg goof dan Easter Eggs dalam filem ni. tapi, apa kata korang try carik sendiri. Pendek kata, filem Scott Pilgrim vs. The World memang banyak simbolisme yang tersembunyi, bukan sekadar berkisar grafik yang cantik dan fancy.

Kenapa korang (dan aku) ketagih main Farmville?

Petikan dari Wikipedia:

Farmville adalah sebuah simulasi masa nyata yang dibangunkan oleh Zynga dan boleh didapati sebagai aplikasi di laman sosial seperti Facebook atau perisian untuk IPhone dan Android. Farmville membolahkan pengguna (atau pemain) berladang secara virual dengan kenalan dan kawan-kawan dengan cara menggambus tanah, menanam benih, membaja dan menuai hasil tanaman disamping memelihara haiwan ternakan.

Farmville merupakan sebuah aplikasi yang paling popular di Facebook dengan 62 juta pengguna aktif dan 24.6 juta Farmville fans.10% dari pengguna Facebook bermain Farmville. Menurut satu rekod, sekurang-kurangnya 10% dari penduduk amerika ada ladang maya mereka di Facebook.

farmville04 Salah satu contoh ladang maya di Farmville.

Kalau korang ada Facebook (apa la, mesti la korang ada Facebook!), sure korang biasa dengan Farmville ni. Dan aku rasa hampir separuh pernah try test main Farmville nie. Aku pernah dengar orang kata game Farmville ni ‘berhantu’; sekali main susah nak berhenti. Ada unsur ketagihan di situ. So persoalannya, apa yang membuatkan game Farmville ni begitu ‘berhantu’ dan ramai orang ketagih main Farmville?

Sebelum tu, mari kita lihat apa dakwaan Zynga kenapa korang PERLU main Farmville:

  • Farmville membolehkan kita berladang/bermain dengan kenalan dan sahabat handai.
  • Farmville mengajar pemain supaya bersabar.
  • Farmville mengajar supaya merancang kerja.
  • Farmville mengajar kita supaya bijak menguruskan wang.
  • Farmville supaya kita mempunyai matlamat dan cita-cita.
  • Farmville bertanggungjawab dan berbuat baik.

Wow. memang sangat cantik dan memang kelihatan Farmville ni sebuah permainan yang innocent. Tetapi jangan terpedaya. Farmville dengan licik mem’brainwash’ korang dengan cara yang korang tidak sedar. Farmville secara senyap-senyap menggunakan pendekatan Behaviorisme untuk ‘membentuk’ mentaliti korang dan seterusnya melekat dan ketagih untuk main Farmville. Tak caya? Mari kita lihat camner Farmville brainwash korang dengan gameplay.

Taktik 1: Farmville merupakan game yang super senang dan semua orang boleh main.

Basic gameplay dalam Farmville : Plowing, seeding, fertilizing, harvesting. Rinse and repeat. Simple. Bila korang plowing dan seeding, korang akan dapat experience (EXP). Cukup je EXP korang akan naik level. Senang kan?

Oleh kerana gameplay Farmville sangat mudah, semua orang boleh main Farmville. Budak 6 tahun yang ada Facebook pun boleh main Farmville. Jadi tiada alasan kenapa korang tak boleh main Farmville. Korang tak perlu explore open world untuk dapatkan seed. Korang tak perlu lawan raksasa jahat baru dapat tool untuk harvest. Dalam permainan video yang lain, kalau korang stuck dalam satu-satu level, korang leh off game tu dan rehat sambil fikir cara penyelesaian. Dalam Farmville, semua level adalah senang. Korang main sampai level 100 pun still korang akan buat benda yang sama – plowing, seeding, fertilizing dan harvesting.

Dan oleh kerana gameplay Farmville ni sangat senang, korang akan dapati korang tak boleh nak berhenti dari bermain sebab akan ada benda yang korang nak buat –tanam pokok, bela ayam, buat reban ayam. Last-last korang akan dapati korang dah membazirkan masa 2-3 jam semata-mata nak masukkan ayam dalam reban dan bagi makan ayam neighbor korang.

farmville01 Yay! Naik level lagi. Baru main sehari dah naik level 9.

Taktik 2: Farmville memberi ganjaran untuk SEMUA benda yang korang buat.

Ni satu taktik kotor yang aku rasa nak muntah kalau difikirkan secara logik. SEMUA benda yang korang buat akan ada ganjaran. Dan ganjaran yang kita terima adalah dalam bentuk gold coins dan EXP. Plow je dapat EXP. Seed je dapat EXP. Fertilize je dapat EXP dan gold coin. Harvest dapat gold coin dan kadang-kadang EXP. Tak cukup lagi? Beli ayam dapat EXP. Tanam pokok dapat EXP. bagi ayam makan dapat EXP. Cukur bulu biri-biri dapat EXP. SEMUA benda yang korang buat akan ada reward. Sampai satu tahap bagi aku benda ni agak la meloyakan.

Kenapa aku kata sistem reward dalam Farmville merupakan taktik kotor? Bila semua benda yang korang buat dapat reward, maka korang nak buat semua benda! Korang takkan berhenti main. Korang tahu bela ayam akan dapat beberapa gold coin dan EXP. Korang tahu kalau tolong jiran korang halau gopher, korang akan dapat EXP dan gold coins disamping beberapa fuel yang tak tahu datang dari mana.

Korang akan cuba dapatkan gold coins dan EXP sebanyak mungkin sampai korang dah tak cukup plot atau dah tak cukup gold coins. So, bila korang tak cukup duit, apa korang buat? Mestilah korang akan cuba dapatkan…

Taktik 3: Farmville Cash = REAL Cash

Yup, korang leh menggunakan duit sebenar untuk digunakan di dalam Farmville. Walaupun dalam Farmville kita menggunakan Farmville cash, tapi still kita kena beli dengan menggunakan matawang kita aka duit sebenar. Farmville cash adalah matawang yang digunakan kalau kita nak gunakan wang dalam Farmville.

Kenapa penggunaan Farmville cash merupakan satu taktik kotor? Sebab korang tak boleh beli barang-barang yang power atau upgrade kalau guna gold coins. Memang takkan boleh punya. Korang perlukan 80 Farmville cash untuk upgrade farm. 3 Farmville cash = RM5. So 80 Farmville cash = 3 x 26 = RM5 x 26 = RM130. Wow. Berbaloi ker?

By the way, pernah dengar tentang seorang pengguna yang berhutang $1000 gara-gara bermain Farmville ?

Taktik 4: Sharing is everything

Kalau korang ada member yang main Farmville, sure korang akan ternampak wall post yang nak berkongsi reward yang diorang dapat. Kalau sekali dua tu kira ok lagi. Macam mana kalau dalam satu hari korang dapat 10-20 wall post macam tu?

farmville02 Sharing. Publish je la. *click*

farmville03 Wait, bagi makan khinzir pun kena letak kat wall post ker?

Orang selalu kata, sharing is caring. Tapi dalam Farmville, sharing is annoying.

Taktik 5: Play or Die.

Ok, ni memang taktik yang memang sangat nyata tapi tidak ramai orang perasan. Kenapa korang main Farmville? Dan kenapa korang sanggup online semata-mata nak harvest crops dalam Farmville?

Jawapan: Kalau korang tidak harvest crop korang, crop korang akan layu dan mati.

Ini merupakan hukuman secara tidak langsung kepada pemain Farmville. Kalau korang tidak kembali bermain Farmville, tanaman yang korang tanam akan mati jika korang tidak harvest pada masanya. So korang akan set kan masa supaya tidak lupa masa untuk harvest tanaman korang. Ada yang sanggup bangun pukul 3.00 pagi semata-mata untuk harvest plot Artichoke yang ambil masa 4 hari untuk besar.

Lepas korang harvest, apa yang korang buat? Korang akan start plowing, seeding dan fertilize balik. So kitaran tu akan terus berterusan. Korang akhirnya menjadi hamba kepada dunia (atau ladang) yang korang cipta sendiri.

Tapi, korang still tak boleh nak lepaskan ladang korang kan? Korang tak boleh nak buang Farmville dari senarai aplikasi dalam Facebook. Kenapa ya? Jawapannya adalah..

Taktik 6: Emotional attachment pada ladang korang.

Emotional attachment adalah rasa sayang pada ladang (dan item-item dalam ladang) korang. Korang sayang sebab korang bersusah payah berusaha untuk dapatkan item-item tu. Nak buat horse stable tu perlukan 50 item untuk siap. Susah-payah kumpul item-item tu, takkan nak lepaskan macam tu je? Bee hive tu jenuh nak kumpul sampai 200 bee. Bakery tu dah level 10. Mana boleh dilepaskan.

Kalau korang ada rasa sayang sampai tahap macam tu pada ladang korang, maknanya Farmville dah berjaya brainwash korang untuk menjadi hamba kepada ciptaan korang sendiri. Makan minum korang, life korang hanya didedikasikan untuk Farmville semata-mata, dan tiada siapa boleh mengubah hakikat tu, kecuali korang fikir sendiri kenapa korang sanggup menghabiskan 4-6 jam setiap hari untuk menguruskan ladang korang.

So korang perlu bangun dari dunia khayalan korang. Berhenti jadi hamba. Berhenti jadi peladang virtual ni. Farmville tidak menjadikan korang cool. Farmville membuatkan hidup korang tidak teratur. Farmville membantutkan produktiviti korang. Farmville membuang masa korang. Farmville mengubah pandangan korang terhadap dunia.

Farmville aku? Aku dah lama berhenti berladang. buktinya:

farmville05

Korang bila lagi?