Scott Pilgrim vs The World adalah filem arahan Edgar Wright dan merupakan sebuah adaptasi dari buku komik underground dengan tajuk yang sama oleh Bryan Lee O'Malley. Ia mengisahkan tentang Scott Pilgrim (Michael Cera) yang bertemu dengan gadis idamannya Ramona Flowers (Mary Elizabeth Winstead). Walaubagaimana pun, Scott Pilgrim perlu menewaskan 7 bekas teman lelaki Ramona yang cuba untuk membunuh Scott Pilgrim.
Aku terjumpa trailer Scott Pilgrim vs. The World secara tak sengaja di YouTUBE dan WOW.. trailer ni memang gempak. Actually, aku jarang impress dengan satu-satu cerita hanya kerana trailer dia gempak. Sudah banyak kali dan acapkali aku ‘tertipah’ dengan trailer yang gempak tapi ceritanya hampeh (Kalau korang tengok The Last Airbender, sure korang faham).
So, aku bukak Rapidshare, download dan cuba tengok cerita ni dengan fikiran terbuka. Aku lupakan trailer yang aku tengok dan cuba serap apa premis yang cuba disampaikan dalam cerita ni. Apa yang aku boleh cakap lepas habis menonton, “no wonder Quentin Tarantino pun suka filem ni”.
Jalan ceritanya pantas dan setiap dialog adalah lancar tanpa naratif yang membosankan. Look dan feelnya macam komik tapi tidak pula 100% komik; lebih kepada video game dan campuran klip dari MTV. Dan apa yang membuatkan aku tertarik dengan cerita ni adalah watak-wataknya. Setiap watak ada kisah dan personaliti sendiri, dan bagi aku kepelbagaian watak amat penting untuk menggerakkan cerita. Dan aku jatuh cinta dengan watak-watak ni sebab aku boleh kaitkan watak-watak ni dengan orang yang aku kenal. Sweet..
Music dan sound effect bagi aku memang seswai giler dengan filem ni. Korang akan dengar pelbagai sound effect dari video games macam Mario dan Zelda. Memang aku akui sound effect dia agak melampau sket tapi no big deal.
Dialog filem ni banyak menggunakan video games dan komik sebagai reference. Kalau korang memang dilahirkan pada tahun 80-90an, sure korang akan familiar dengan dialog diorang.
Knives: You play drums?
Kim: Yes.
Knives: That is awesome.
(Memandang pada Neil)
Knives: So what do you play?
Neil: WOW, Zelda, Tetris. It’s really a big question.
Kadang-kadang korang akan nampak sprite atau score macam dalam game. Kadang-kadang aku akan pause kan filem ni sebab nak baca apa tulisan tu. Memang dah tahap detail kalau setiap text dan score pun boleh dibaca (satu kelebihan kalau korang tengok guna BluRay).
Jalan ceritanya seperti aku cakap sangat pantas dan penuh dengan aksi. Tapi kalau korang lebih berminat kepada cerita realsme, baik korang tengok cerita lain, sebab dalam Scott Pilgrim vs The World, semuanya berkaitan dengan dunia video games. Ceritanya mengarut tapi aku tak rasa diperbodohkan. Persembahan ceritanya almost perfect dengan shot-shot yang menarik. Fighting sequance pun tak jemu ditonton berkali-kali. Fast cut, catchy music dan games sprite membuatkan aku rasa macam bermain video games dari tengok movie. Aku suka bila Scott Pilgrim kalahkan evil exes dan akan keluar highscore kat latar belakang.
Pendek kata, cerita Scott Pilgrim vs The World memang awesome. Korang tak perlu baca komiknya untuk faham cerita ni (jalan ceritanya 100% adaptasi dari komik asal). Edgar Wright memang mahir mengenengahkan budaya pop, geek, punk, games dan komik dalam satu pakej dan ianya berkesan. Pelukis komik Bryan Lee O'Malley bekerjasama dengan Edgar Wright dalam penulisan skrip dan storyboard dan bagi aku kolaborasi sebegini amat penting jika seseorang pengarah hendak menghasilkan adaptasi. Tidak seperti cerita Watchmen yang tidak mendapat approval Alan Moore. Sekarang aku mula cari filem-filem Edgar Wright dan aku rasa pengarah dari Britain ni mampu memecahkan tradisi filem-filem Hollywood jika diberi peluang menghasilkan filem sekali lagi. Sorry M. Night Shyamalan, but please learn from this guy.
Last word, tak kira la macam mana sekali pun, korang mesti tengok cerita ni. Download, copy, beli, RIP atau pinjam DVD dan tengok filem ni. Kalau korang tak tengok, memang korang akan kecewa sepanjang hayat zaman.
Rating: 9.5/10 – Beli VCD/DVD/BluRay dan tengok sampai hafal skrip dan dialog.
0 komentar:
Catat Ulasan