KIDD : Ingatkan OST ni parodi lagu Gangnam Style..
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
OST Budak Pailang
Filem Budak pailang sudah habis tayangannya. Kali ini kita layan OST dia pulak. Tapi kenapa OST dia macam familiar erk?
KIDD : Ingatkan OST ni parodi lagu Gangnam Style..
Puteri rambut kerinting: Review filem Brave
![]() |
Poster filem Brave |
Brave adalah filem animasi Disney dan Pixar. Ia mengisahkan seorang puteri bernama Merida (negara Scotland rasanya) yang perlu memilih bakal suami daripada 3 calon yang ditetapkan. Namun dia masih belum bersedia untuk berkahwin dan cuba untuk mengubah takdir hidupnya. Adakah dia berjaya? Saksikan Brave di pawagam.
Atau download versi Blu-Ray. Atau torrent. Mana-mana yang berkenan.
Penulis memang suka filem animasi 3D terutamanya filem animasi Pixar. Filem Brave tidak mengecawakan penulis. Ia mempunyai jalan cerita yang menarik serta tema kekeluargaan yang diketengahkan terasa begitu dekat di hati.
Tetapi penulis puji aspek teknikal filem Brave ni. Setiap objek kelihatan begitu detail dan sharp. Setiap helai rambut, setiap helai rumput, sampaikan setiap helai benang kelihatan dengan jelas dan nampak real.
Bukan sahaja aspek visual sahaja, pergerakan dan fizik juga kelihatan mengkagumkan dan terasa hidup. Penulis masih lagi terlopong bila melihat rambut Marida yang kerinting dan bergerak macam rambut betul. Penulis pernah puji aspek teknikal rambut dalam filem Tangled tetapi Brave berjaya mengangkat aspek fizik ke aras baru.
![]() |
Pergerakan anak panah yang kelihatan real |
Bond yang bukan Bond: Review filem Skyfall
![]() |
Poster filem Skyfall |
Skyfall adalah filem ke-25 dalam francais James Bond. James Bond yang dilakonkan oleh Daniel Craig. Berikut adalah pendapat penulis tentang filem Skyfall.
Pujian:
- Keseluruhan tempo dalam filem Skyfall adalah pantas. Aksi kejar mengejar terus bermula di awal cerita.
- Mood cerita yang lebih dark dan gloomy.
- Dialog antara karekter adalah ringkas tetapi penuh makna. Penulis suka gaya Bond 'berlawan cakap' dengan M dan juga Q. Kepintaran Bond bermain kata-kata terlihat jelas.
- Panorama dan shot yang cantik dan mengkagumkan.
- Aksi kejar-mengejar yang mendebarkan. 3 buah Volkwagon Beetle terkorban apabila Bond cuba belajar bawa jentolak.
- Tiada gajet yang canggih. Cuma sepucuk pistol dan radio GPS. Oh, dan sebuah Aston Martin.
Kritikan
- Jalan cerita yang kurang jelas. Bond cuba menentang hacker yang menceroboh masuk ibu pejabat MI6 tetapi bagaimana hacker tu menceroboh tidak digambarkan dengan jelas.
- 'Ibu pejabat' hacker digambarkan sebagai sebuah pulau kosong dan terdapat pelbagai server dengan lampu yang berkelip-kelip. Cliche.
- Bond kelihatan kurang berperasaan. Bahkan dia tidak melihatkan sebarang ekspresi apabila perempuan yang sepatutnya dia selamatkan terbunuh.
- Terlalu banyak product placement. Antara yang paling jelas adalah Audi, Volkswagon, Aston Martin, Heineken dan jam tangan Omega.
Sejujurnya filem Skyfall bukanlah filem terbaik dalam francais James Bond tetapi ia memberi dimensi dalam filem genre spy. Skyfall adalah seperti Bourne dengan sedikit letupan. Penulis tetap terhibur dengan filem Skyfall walaupun penulis yakin ramai yang akan lupa dalam 3 hari.
Enjoyable dan menarik. Tapi tak perlu beli DVD atau Blu-Ray. Tunggu je filem ni keluar di HBO.
Transformers Malaysia: Review filem Mantera
Pernah tengok filem Gundam? Minat dengan robot-robot besar ala mecha dan Transformers? Filem Mantera yang sarat dengan CGI dan robot gergasi (serta Tomok) ini pastinya menjadi pilihan.
Filem Mantera merupakan filem terbitan Flare Studios Sdn. Bhd. dengan kerjasama Spacetoon. Filem yang sarat dengan CGI ini dikatakan mampu memberi impak baru dalam perkembangan filem tempatan. Bagaimana pula dengan review filem Mantera ini?
Tiada review filem untuk hari ini
Penulis masih lagi trauma selepas menonton filem Momok Jangan Cari Pasal.
Penulis tengah layan Spongebob Squarepants untuk hilangkan ingatan tentang filem Momok tu.
Jumpa lagi esok.
Just kill me now: Revie filem Momok Jangan Cari Pasal
Filem Momok Jangan Cari Pasal merupakan sambungan (?) kepada filem Momok the Movie dan juga Momok Jangan Panggil Aku. Filem arahan M. Jamil ini menelan bajet jutaan ringgit dan menggunakan teknik CGI yang terkini.
Bagaimana review filem ini?
Hantu lawak: Review filem Seram Sejuk
Penulis berkesempatan untuk menonton filem Seram sejuk terbitan i-Insan Multimedia Sdn. Bhd. dan Metrowealth Pictures beberapa minggu lepas. Bagaimana review filem Seram Sejuk ini?
Filem Aksi Bollywood yang Lawak
Nak tembak 2 orang pada masa yang sama tapi cuma ada satu peluru? Takder masalah. Tembak sahaja dan potong peluru tu dengan pisau. Terbukti berkesan dalam filem Bollywood!
Press preview filem 'Bujang Terlajak'
Berikut merupakan gambar-gambar ketika press preview berlangsung.
Sepanjang press preview ni, penulis tak boleh berhenti berfikir tentang poster filem ni. Pertama sekali, kenapa nama Saiful, Nabil dan Johan diletakkan pada orang yang berlainan? Yang kedua, apa signifikasi gambar latar belakang poster ni (gambar Nabil, Saiful dan Johan bersolek sebagai perempuan)? Apakah...?
Adakah penulis seorang sahaja yang nampak benda ni atau ada penjelasan di sebaliknya? Apa pendapat pembaca sekalian?

Tak nampak pun asapnyer? - Preview filem "Satu Malam Kubur Berasap"
Pernah bayangkan bagaimana kalau ada satu filem yang sarat dengan (peserta) rancangan Raja Lawak?
Sekarang tak perlu bayangkan lagi. Cuma tonton filem 'Satu Malam Kubur Berasap' dan impian anda akan jadi kenyataan.
Verdict penulis tentang filem ni:
Sekarang tak perlu bayangkan lagi. Cuma tonton filem 'Satu Malam Kubur Berasap' dan impian anda akan jadi kenyataan.
Verdict penulis tentang filem ni:
- Banyak elemen lucu tapi seram
- Diselang-seli dengan lawak slapstik dan tak berapa spontan
- Heroin yang seksi giler untuk tarik perhatian penonton (tengok poster dah tahu)
- Hantu dengan solekan 8 inci
- Jalan cerita standard filem melayu - anti klimaks dan ending tergantung
- Hantu yang.. stail hantu melayu. Kejap ada kejap tak ada..
Apa-apa pun meh tengok trailer dulu..
Ada sesapa yang teringin nak tengok filem ni? Ada sesapa nak bagi tiket wayang free?
Detektif penyelamat dunia Eropah - Review filem "Sherlock Holmes: A Game of Shadows"
Bila disebut nama Sherlock Holmes, pasti mental kita akan memvisualkan seorang detektif yang memakai kot sambil menghisap paip dan membuat taakulan-taakulan bernas. Well, lupakan visual mental tersebut kerana Hollywood (sekali lagi) telah menginterprestasikan Sherlock Holmes dengan imej dan identiti baru.
Penjenamaan semula atau rebranding (bak kata orang putih jiran sebelah) bukanlah sesuatu yang buruk. Hollywood still dengan sikap lama suka rebranding siri atau filem lama supaya lebih segar (kononnya) dan menepati selera penonton semasa (iyolahh..).
Dalam filem ni, Sherlock Holmes digambarkan sebagai seorang detektif yang 'hard-boiled'' selalu dikejar dan menjadi buruan, kurang teman rapat tetapi ramai yang kenal, serta pandai dalam penyamaran. Ditemani dengan teman rapatnya, Dr Watson; mereka cuba menyelesaikan kes melibatkan Prof. Moriarty yang cuba mencetuskan perang dunia.
Okay jalan ceritanya agak cliche, dan ada kalanya penonton mungkin mengantuk sebab boring dengan dialog yang panjang berjela. Tapi apabila scene Prof Moriarty muncul, suasana dalam panggung jadi lain. Super villain yang muka bersih macam imam tak tinggal sembahyang, tapi kejam giler sampai sanggup bunuh pengikut sendiri.
Scene dalam filem ini adalah jauh lagi baik daripada filem Sherlock Holmes yang pertama; kesan visual yang menarik, jalan cerita yang tidak meleret, dan banyak elemen komedi diselang-seli dengan aksi lasak.
Lupa plak, jom layan trailer dulu.
Kucing pakai kasut: Review filem "Puss in Boots"
Sekali lagi Dreamworks Animation menghasilkan sebuah filem animasi. Tapi filem Puss in Boots seolah-olah telah hilang sentuhan magisnya jika dibandingkan dengan animasi lain seperti Shrek atau mana-mana animasi Disney yang lain.
Ceritanya mengisahkan tentang Puss yang lari dari pekannya bersama Humpty Dumpty dalam usaha untuk membersihan nama baiknya. Puss mencari Kacang Ajaib daripada Jack & Jill untuk mendapatkan angsa ajaib di kota langit. Dapatkah Puss mendapatkan Kacang Ajaib itu? Adakah dia akan kembali ke pekan asalnya? Dapatkah dia bertemu dengan Shrek? Sorry. Takder Shrek dalam nie.
Secara peribadi, filem "Puss in Boots" ni sangat seronok ditonton. Ada scene yang lucu, menyentuh perasaan dan juga aksi yang mendebarkan. Cuma kadang-kadang terasa hubungan setiap scene tu agak longgar. Tapi dengan adanya visual 3d yang menonjol depan mata, masalah teknikal seperti itu boleh diabaikan.
Kalau ada kelapangan dan rasa nak release tension, boleh lah tengok filem ni di pawagam berhampiran. Jangan lupa tengok versi 3d. Dijamin puas hati.

Robot lawan robot - Review filem Real Steel
Pada 5hb November lepas, penulis berkesempatan menonton filem Real Steel di layar perak. Adakah filem ini 'segagah' trailernya?
Real Steel mengisahkan tentang pertandingan tinju antara robot gergasi yang merupakan sukan yang paling faymes dan Charlie Kenton sebagai bekas peninju dunia yang melatih robot bernama Atom untuk memenangi pertandingan Kejuaraan Tinju Robot Sedunia.
Jalan cerita filem Real Steel sebenarnya biasa-biasa saja. Lebih kurang macam cerita Rocky tapi setnya adalah masa depan dan peninjunya adalah robot. Big @$$ robot. Bukan robot yang suka letupkan helikopter macam dalam filem Transformers tu.
Hugh Jackman kali ini membawa watak yang sedikit a$$hole tapi still mempunyai daya karisma dan penonton sure boleh rasakan penghayatan watak yang dibawa oleh Hugh Jackman. Jangan risau, Hugh Jackman takkan kuarkan pisau dari tangan dia.
Filem ini juga cuba menyelitkan sedikit unsur kekeluargaan dan menunjukkan bagaimana ikatan anak dan ayah takkan dapat dipisahkan (walaupun dengan godaan $100,000).
Presentation filem ini memang cantik. Penulis cuma sempat tengok versi 2D tapi rasanya kalau tengok 3D lagi best. Pergerakan robot dan mesin nampak agak hidup. Segala karat dan kesan besi jelas kelihatan. Cuma kadang-kadang gajet seperti telefon dan headset nampak sangat keterlaluan. Kalau nak sangat tunjukkan dunia futuristik, perlu ke tunjukkan semua skrin transparent ala skrin Avatar?
Dialog watak juga padat dan kemas. Ada beberapa memorable moment dan penulis sangat suka bab perlawanan akhir antara Atom dan Zeus. Bahkan penulis sendiri menjerit bagi sokongan pada Atom (padahal bukan perlawanan sebenar pun. Filem je).
Kenapa penulis suka Real Steel:

- CGI yang mantap tahap lecur
- Jalan cerita yang menarik perhatian dan menggugat jiwa dan perasaan
- Dialog lancar dan takder dialog meleret macam filem
Syamsul Yusofmelayu - Hugh Jackman punya body yang berketul-ketul
- Sound effect besi berlaga dan mesin berjalan yang macam real.
7.5 bintang
Berjuang demi maruah negara - Review filem Libas
Filem "Libas" mengisahkan tentang Adnan Saladin (Rosyam Nor) yang merupakan Raja Libas dan merupakan seorang pemain sepak takraw yang digeruni lawan, terutamanya dari Thailand. Akibat kecederaan yang dialami oleh Saladin ketika bertarung dengan pasukan Thailand, pasukan Malaysia kalah teruk dan Adnan menjadi mangsa keadaan lalu putus tunang dengan Ratna (Scha). Adnan menjadi resah apabila pertandingan Libas bakal dilangsungkan lebih awal dan Mr. Wilson mahu mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Dengan rasa paksa rela, Adnan perlu mendapatkan pemain tambahan dan melatih supaya dapat menyertai pertandingan Libas dan untuk..*ehem*..mempertahankan maruah negara. Dapatkan Adnan mempertahankan martabat dan maruah negara? Adakah Ratna akan kembali kepangkuan Adnan? Bagaimana dengan nasib bola warisan? Nantikan kesudahannya..
Reaksi pertama sebelum menonton filem Libas ni, penulis rasakan filem ni tiada bezanya dengan filem Melayu yang lain. Ini pun lepas penulis tengok trailer filem Libas ni:
Filem ni memang cool giler. Effect CGI yang seamless. Perkembangan cerita yang menarik (walaupun tak masuk akal). Lakonan mantap. Penulis suka giler dengan dialog slang Thailand tu. Setiap kali dengar sure nak ketawa sambil keluar air mata. Nak tengok Scha rembat bola takraw? Scene tu ada dalam filem ni sahaja. Korang takkan nampak Scha rembat bola takraw dalam filem Aku Bukan Tomboy.
Ada beberapa part yang penulis tak faham semasa menonton filem ni:
- Kenapa Saladin tak masuk bertanding masa awal-awal perlawanan? Kalau dia tak boleh main sebab cedera, boleh pulak dia rembat bola takraw dari pantai sampai KLCC.
- Jika bola warisan itu dipegang dan dijaga oleh Saladin, kenapa dia perlu masuk pertandingan Libas tu? Kalau dia tak masuk pertandingan tu, tak der la bola warisan tu jatuh ke tangan Mr. Wilson.
Jalan cerita filem Libas ni memang tak logik, tapi itu semua tak penting as long ia menghiburkan. Cuma kadang-kadang ada scene jiwang dan dialog yang tiba-tiba meluru masuk tanpa bagi salam. Selain daripada msalah dialog dan jiwang leleh tu, filem ni memang tip top. Harapnya filem ini akan dapat melangkah ke persada antarabangsa. Hidup filem Melayu!

Nota sampingan: Penulis harap sangat kalau filem Libas ni dapat dijadikan drama bersiri. Mesti cool giler..
Walaupun ada elemen macam filem Shaolin Soccer, tapi filem ni tak jemu ditonton berkali-kali sebab lawak giler. Lepas ni filem apa pulak? Rembat? Hahahahhaa.. oh wait..
Hybrid filem E.T dan Transformers - Review filem Super 8
Penulis baru je lepas download menonton filem Super 8 dua hari lepas. Lepas menonton filem ni, penulis ada perasaan yang bercampur baur. Ada rasa gembira, sedih, suspens, dan kecewa. Tapi rasa kecewa tu lagi banyak daripada rasa yang lain. Sebelum itu, sinopsis filem Super 8.
Filem Super 8 ada kekuatannya sendiri tetapi malangnya kekuatan filem ini tidak mampu bertahan sehingga penghujung filem. Jangan letak harapan yang terlalu tinggi ketika menonton filem Super 8. Penonton akan dibiarkan dengan lebih banyak pertanyaan di penghujung filem dan filem ini antara bukti bagaimana marketing dan promosi yang hebat boleh menutup filem yang *ehem* berkualiti rendah.
Tengok sekali pun dah cukup.
Super 8 menceritakan sekumpulan remaja yang membuat penggambaran filem dan akhirnya terlibat dengan kemalangan keretapi. Akhirnya mereka perlu menyiasat kemalangan tersebut diikuti dengan peristiwa misteri dan aneh yang berlaku di bandar mereka.Antara sebab kenapa penulis menonton filem Super 8:
- Filem Steven Spielberg. Pastinya ada melibatkan kisah tentang seorang budak dengan konflik.
- Trailer yang suspen.
- Ada demo Super 8 dalam game Portal 2. Giler potato ahh!
- Poster yang super cool.
Apa yang boleh penulis komen tentang filem Super 8:
- Permulaan cerita yang baik. Ada perkembangan watak dan latar belakang cerita.
- Lakonan yang sangat natural. Pelakon budak-budak pulak tu.
- CGI yang nampak superb. Setanding dengan filem Transformers. ILM la katakan.
- Masuk minit ke 80, jalan cerita mula jadi longgar. Macam mana Joe Lamb tahu *alien* tu simpan Alice bawah tanah? Kenapa mesti bawah menara air? Apa kaitan dengan semua besi yang melayang dan berterbangan tu? Banyak persoalan tak terjawab.
- Filem yang hampir anti-klimaks. Semua unsur suspen dan misteri dibina dengan baik. Tapi bila part reveal *alien* tu, penonton tak rasa puas pun. Sebaliknya kehadiran *alien* tu mengundang lagi banyak persoalan.
- Banyak sangat efek lens flare. Sampai rasa macam dibuat-buat dan tidak natural.
- Tak banyak memorable moment. Banyak scene dicedok daripada filem Steven Spielberg yang lain. Hatta scene pegang tangan pun sebijik macam dalam filem Transformers.
- Ada bonus jika tunggu sampai kredit habis. Yay! Bonus content!
Filem Super 8 ada kekuatannya sendiri tetapi malangnya kekuatan filem ini tidak mampu bertahan sehingga penghujung filem. Jangan letak harapan yang terlalu tinggi ketika menonton filem Super 8. Penonton akan dibiarkan dengan lebih banyak pertanyaan di penghujung filem dan filem ini antara bukti bagaimana marketing dan promosi yang hebat boleh menutup filem yang *ehem* berkualiti rendah.
Tengok sekali pun dah cukup.
Bila Mr Bean jadi Spy - Review filem Johnny English Reborn
Sapa yang tak kenal Mr Bean? Tapi filem ini bukanlah mengisahkan tentang Mr Bean jadi spy. Ia mengisahkan seorang perisik Inggeris bernama (duh) Johnny English yang perlu menyelamatkan Perdana Menteri England dan Presiden China daripada menjadi mangsa pembunuh upahan. Dapatkah Johnny menyelamatkan dunia? Saksikan sendiri di pawagam atau download bila keluar BluRay.
Johnny English adalah contoh terbaik filem genre komedi yang bijak menggunakan unsur timing dan punch line tanpa memaparkan unsur-unsur lucah atau toliet jokes. Ia mempunya humor stail British dan semua lawak-lawak yang ada dalam filem ini memang berada pada tahap yang lain - hampir menyerupai stail Ah-Ha tetapi lebih lucu dan 'berani'.
Dialog Rowan Atkinson yang bersahaja dan kadang-kadang kena pada situasi membuatkan penonton boleh hilang suara sebab ketawa banyak sangat. Bahkan ada penonton yang melambung popcorn sebab tak tahan tengok adegan kejar-mengejar stail parkour antara penjahat dan Johnny English.
Filem ini banyak mengkritik filem perisikan yang lain seperti James Bond. Queen of England pun tak terlepas daripada menjadi mangsa lawak dalam filem ni. Tapi oleh kerana persembahan mantap Rowan Atkinson, maka penonton boleh lupakan seketika beberapa scene yang tak masuk akal. Berlatih menarik batu dengan menggunakan ko**k? WTFHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH!!!
Lupakan jalan cerita yang tak masuk akal, sebaliknya cuba bersedia dengan fikiran yang kosong dan bersedia untuk melihat Mr. Bean er... Johnny English dengan perspektif yang baru.
Lawak tahap cipan.. Bab helicopter lalu atas jalan pun dah cukup buat penulis ketawa sampai nak terkencing dalam seluar..

Ketawa pecah perut - Review filem Borat
Borat mengisahkan tentang seorang wartawan televisyen Kazakhstan bernama Borat (duh) yang pergi ke Amerika untuk melaporkan satu dokumentari televisyen. Pengembaraan Borat di Amerika menjadi semakin mencabar apabila tidak dapat meneruskan penggambaran dan akhirnya mahu mencari dan mengahwini (guess who) Pamela Anderson.
Premis cerita ini sangat mudah dan seperti mana genre film road movie, watak utama (Borat) akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan sepanjang perjalanan. Akan tetapi fokus utama dalam filem ini bukanlah Borat, sebaliknya perbezaan budaya antara Amerika dan Kazakhstan, dan bagaimana Borat menerima perbezaan budaya itu dengan tangan terbuka, sebaliknya rakyat Amerika yang digambarkan dalam filem ini masih lagi dengan cara, well, Amerika.
Filem ini secara jelas menunjukkan kritikan sosial ke atas masyarakat Amerika yang masih fobia dengan frasa pengganas dan letupan PWTC. Secara sarkastik dan halus Borat menunjukkan bagaimana rakyat Amerika yang digambarkan berfikiran terbuka dan liberal sebenarnya masih lagi mempunyai mentaliti yang sempit dan sukar untuk menerima budaya luar.
Filem ini mempunyai banyak lapisan makna dan penulis mendapat makna baru setiap kali menonton Borat. Walaubagaimana pun filem Borat ini dijamin akan 'menyerang' penonton dengan visual yang agak ekstrem dan pada masa itu penonton akan terpinga-pinga dengan visual yang dipaparkan.
Secara keseluruhannya, filem ini wajar dilabelkan sebagai satu karya masterpiece yang bukan sahaja sarkastik dan lucu, tetapi mampu 'mencubit' dan memberi kesedaran. Secara tidak langsung, kita bukan mentertawakan Borat, sebaliknya kenaifan diri kita sendiri.
Rasa macam sesak nafas sebab ketawa banyak sangat.

Langgan:
Catatan (Atom)