Puteri rambut kerinting: Review filem Brave

Poster filem Brave
Poster filem Brave
"Oh man.. Tengok la rambut yang kerinting dan berjela-jela tu.."

Brave adalah filem animasi Disney dan Pixar. Ia mengisahkan seorang puteri bernama Merida (negara Scotland rasanya) yang perlu memilih bakal suami daripada 3 calon yang ditetapkan. Namun dia masih belum bersedia untuk berkahwin dan cuba untuk mengubah takdir hidupnya. Adakah dia berjaya? Saksikan Brave di pawagam.

Atau download versi Blu-Ray. Atau torrent. Mana-mana yang berkenan.

Penulis memang suka filem animasi 3D terutamanya filem animasi Pixar. Filem Brave tidak mengecawakan penulis. Ia mempunyai jalan cerita yang menarik serta tema kekeluargaan yang diketengahkan terasa begitu dekat di hati.

Tetapi penulis puji aspek teknikal filem Brave ni. Setiap objek kelihatan begitu detail dan sharp. Setiap helai rambut, setiap helai rumput, sampaikan setiap helai benang kelihatan dengan jelas dan nampak real.

Bukan sahaja aspek visual sahaja, pergerakan dan fizik juga kelihatan mengkagumkan dan terasa hidup. Penulis masih lagi terlopong bila melihat rambut Marida yang kerinting dan bergerak macam rambut betul. Penulis pernah puji aspek teknikal rambut dalam filem Tangled tetapi Brave berjaya mengangkat aspek fizik ke aras baru.
Pergerakan anak panah yang kelihatan real
Walaupun penulis kurang berkenan dengan premis puteri yang memberontak (Tangled juga pernah ketengahkan isu yang sama), tetapi Brave tetap unik dengan gaya tersendiri. Pixar sekali lagi berjaya membuktikan bahawa animasi 3D boleh memberi pengalaman dan pengajaran seperti animasi 2D.


0 komentar: