Filem seram yang tak seram - Review filem Khurafat

Penulis tak sepatutnya tengok filem ni tapi oleh kerana penulis mahu menyokong industri filem tempatan (dan juga berlaku adil supaya tak bias), maka penulis tonton filem ni dengan hati yang (separuh) rela.

Ok, terus kepada review filem Khurafat.

Filem Khurafat ni mengisahkan tentang Johan (Syamsul Yusof) yang baru berkahwin dengan Aishah (Liyana Jasmay). Johan dan Aishah sering diganggu oleh makhluk seram. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Anna, bekas teman wanita Johan membunuh diri. Kini bayangan (hantu) Anna mula..ehem..menghantui hidup Johan dan Aishah. Apakah kaitan hantu tu dengan Johan? Adakah Johan tak bayar hutang nasi lemak kat Anna? Dapatkah Johan dan Anna hidup bersama selamanya? Saksikan sendiri filem Khurafat ini.

Bila fikir semula, biar penulis je ceritakan ending Khurafat ni.

Permulaan filem Khurafat ni agak pelik. Ada orang meninggal dan diusung jenazah ke tanah perkuburan. Johan menangis sampai berlinangan air mata. Mayat siapakah itu? Apa kaitan si mati tu dengan Johan?

Selepas tu kita dapat tahu bahawa Johan dengan Aishah sudah berkahwin. Johan, Aishah dan emaknya sembahyang berjemaah. Lepas tu Johan minta izin nak ke surau. Nak dengar ceramah agama katanya. Kenapa tak sembahyang berjemaah kat surau je terus? Kan lagi senang?

Dialog dalam filem Khurafat ni macam carbon copy daripada dialog KL Drift. Ayat yang penuh dengan tatabahasa baku dan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan ayat yang lengkap setiap kali berdialog. Watak Anna sedaya upaya cuba nak nampak hip dan cool tapi malangnya cool itu tidak sampai. Penonton tak rasa kasihan pun kat Anna.

In fact, penulis tak kasihan langsung kepada SEMUA watak dalam filem ni. Johan merupakan Pembantu Perubatan. Then macam mana ayah Aishah boleh offer kerja kat Johan? Ayah Aishah doktor kah?

Then penampilan hantu tu yang suka main sorok-sorok. Hantu mesti muka berdarah dan nampak seram ke? Terlalu banyak cheap scare dalam filem ni sampai penulis dah rasa lali. Cheap scare adalah konsep di mana hantu atau unsur seram disampaikan tanpa dibina terlebih dahulu. Bang! Hantu ada dalam almari. Pandang bawah je ada hantu. Pandang atas je ada hantu. Pusing belakang je ada hantu. Toleh bawah je ada kucing. Ops.. Cuba tengok hantu Ju-On tu. Siang-siang buta pun ada hantu.

Walaupun aspek lain banyak yang fail, tapi penulis puji muzik latar dalam filem ni. Almost classic.

Ok, penulis pendekkan cerita, filem Khurafat adalah filem seram yang tak berapa seram. Penulis lagi suka aspek dalam filem Keseraman Jangan Pandang Belakang. Tetapi filem ini merupakan satu hasil yang bagus daripada pengarah/pelakon Syamsul Yusof. Tak sia-sia van tu terbalik di penghujung cerita.



Tak pasti nak beli CD atau DVD original...


Patriotisme overdose - Review filem Captain America

Apabila semangat patriotik Amerika ketika perang dunia kedua digabungkan dengan genre superhero, maka hasilnya adalah Captain America - The First Avenger. Dengan badan extra mantap dan bibir sexy Chris Evans, pasti ramai para gadis panas punggung masa tengok filem ni.

Tidak keterlaluan jika penulis nyatakan bahawa filem ini mempunyai propaganda melampau pro-Amerika dan kebanyakan visual yang digunakan adalah poster dan kibaran bendera yang menggambarkan semangat patriotik. Kalaulah semangat sebegini ada di Malaysia...

Penulis tak mahu spoil plot cerita filem ni tapi memadai penulis nyatakan bahawa filem ini secara terang merupakan platform asas kepada filem The Avengers yang bakal keluar 2012 ni. Dan seperti biasa watak Agent Nick Furry akan muncul di penghujung cerita.

Penulis cuma nak nyatakan kekaguman dari segi visual dalam filem ini. Walaupun filem ini berlatar belakang tahun 1940 an, tetapi semua peralatan dan kelengkapan berjaya dihasilkan dengan (hampir) sempurna. Daripada lampu, pakaian dan gajet, hampir semuanya mempunyai ciri klasik. Penulis sangat suka dengan timer countdown yang kelihatan seperti mesin jam radio. Lihat sendiri dan pembaca akan faham maksud penulis.

Secara overall, filem Captain America - The First Avenger adalah filem yang sederhana baik, tapi masih banyak ruang yang boleh diperbaiki, terutamana perkembangan watak dan jalan cerita. Penulis suka dengan premis watak lelaki biasa yang menjadi superhero tetapi perkembangan emosi watak utama masih lagi dengan mentaliti lama.


Hitam putih kehidupan - Review filem Mr Popper's Penguin

Filem Mr. Popper's Penguin merupakan filem komedi lakonan (duh) Jim Carrey. Ia mengisahkan tentang seorang broker hartanah yang perlu membela 6 ekor *ehem* penguin peninggalan ayahnya. Walaupun penguin-penguin ni membawa masalah dalam hidupnya, akhirnya penguin ini mengajar erti kekeluargan dan nilai kasih sayang (awwwwwwwwwwwwwwwwww).

Secara ringkas, filem Mr. Popper's Penguin memang lucu. Bukannya lucu seperti filem Prof. A. Razak Mohaideen tu, tetapi lebih kepada komedi situasi sepanjang Mr. Popper cuba menjaga 6 ekor penguin ni. Penulis tak pasti samada penguin ini merupakan penguin real atau CGI tapi aksi diorang memang tak kering gusi.

Plot cerita digarap dengan baik dan perkembangan karekter adalah almost perfect (well, Jim Carrey kan?). Ada banyak memorable moment dan dialog yang menyentuh hati. Penulis paling suka bab penguin bertelur tu. Touching.. *sniff*

Filem ni maybe bukan calon Oscar tapi wajar ditonton seisi keluarga. Filem ini dijamin akan memberi sedikit mesej dan membuka mata kepada dunia penguin. Dan, by the way, penguin tak boleh menari tap seperti dalam filem Happy Feet.

6.5/10 bintang.



Edit: Penulis ada tulis filem Prof. A. Razak Mohaiden lucu ker? Minta maaf yer...

Enough is ENOUGH! - Review filem Snakes on a Plane

Cuba tengok pada poster filem ni. Ada nama Samuel L. Jackson. Semua orang tahu Samuel L. Jackson ni bad ass. So filem ni mesti lah bad ass. Betul ke?

So basically plot cerita filem ini dalah seperti berikut: Ada sebuah kapal terbang. Dalam kapal terbang ni ada ular - banyak giler ular. Dan penumpang kapal terbang ni perlu menerbangkan kapal terbang ni yang penuh dengan ular yang.. well.. berterbangan.

Jangan expect apa-apa daripada filem ini. Filem ni sangat simple. Budak yang ada amnesia pun boleh ingat plot dan watak dalam filem ini. Samuel L. Jackson bagaikan watak nigger negro orang kulit hitam polis yang tipikal dalam filem ini. Dia marah bila bengang, dan mencarut bila marah.

Kalau pembaca merupakan seorang yang nak habiskan masa dengan menonton filem yang tidak memberi apa-apa faedah kepada perkembangan otak anda, maka filem ini adalah sangat sesuai untuk anda. Jangan lupa untuk sedekahkan DVD ni kepada orang lain selepas selesai menonton (tu pun kalau pembaca sanggup beli DVD filem ni).



3/10 bintang.


Review filem Drive (Spoiler)

Geram tersangat
Penulis baru saja lepas *ehem* download filem Drive dan terus terang penulis nyatakan di sini filem ini amatlah mengecewakan. Dengan budget filem sebegini, penulis rasa Quentin Tarantino boleh hasilkan filem Kill Bill 3 yang jauh lagi baik. Tak pun beri budget yang sama kepada Micheal Bay dan beliau pasti akan buat scene letupan yang memakan masa 10 minit. The best thing is, penulis dah habiskan masa 2 jam menonton filem ini dan penulis nak 2 jam tu balik.

Penulis menonton filem ni dari pada awal dengan zero expectation. Ceritanya bermula dengan agak perlahan. Selepas itu ada aksi kejar mengejar antara perompak dan polis. Selepas itu ada opening credit dengan warna pink dan juga font script. Masa ini penulis masih boleh tahan sabar lagi.

Masuk minit ke dua puluh, perjalanan cerita masih lagi perlahan. Watak dah diperkenalkan tetapi banyak scene yang tak membantu perkembangan cerita. Hubungan antara watak juga longgar.

Masuk minit ke empat puluh, baru ada perkembangan cerita. Masa ni penulis dah malas nak pandang skrin. Baru ada adegan kejar-mengejar dan langar-langgar. Dan macam biasa watak utama maintain cool sepanjang filem.

Masuk minit ke enam puluh, penulis dah tak tahu siapa watak baik dan siapa watak jahat. Penulis dah tak mahu ambil tahu pasal filem ni dan penulis rasa nak skip filem ni sampai habis untuk tahu ending. Malangnya, ending filem ini dibiarkan tergantung dan penulis baru sahaja menghasbiskan masa 2 jam untuk tengok filem ini (tidak termasuk masa 4 jam untuk download).

Dengan ini, penulis dengan bangganya memberi filem Drive 1/10 bintang. 1 bintang tu pun sebab filem ni ada kereta Mustang.

Penulis minta diri dulu sebab penulis nak padam filem ni dari hard disk.


Sebab penulis dah tak ada kerja

Ekspresi lepas tengok filem "Khurafat". Syamsul Yusof memang pelakon terbaik lah...

Spy + Racing–Review filem Cars 2

cars21
Penulis tidak dapat review filem ni tanpa memberi sedikit spoilers kepada para pembaca. Penulis akan cuba review seringkas mungkin dan secepat mungkin.

Premis Cars 2 adalah berkisarkan tentang Lightning McQueen (Owen Wilson) yang perlu memenangi World Grand Prix. Tetapi menghadapi masalah dengan rakannya Mater (Larry the Cable Guy) dan Mater juga mempunyai misi yang tersendiri – menyelamatkan dunia dengan 2 agen perisik.

Pixar sekali lagi berjaya menghasilkan sebuah animasi yang (hampir) baik. Penulisan dan gaya penceritaannya berjalan lancar dan unsur jenaka disalurkan tanpa terlalu memaksa. Jalan ceritanya tidaklah original (lebih kepada jalan cerita Who Am I) tetapi masih lagi boleh diterima. Cars 2 lebih baik sedikit daripada Cars.

Pengenalan watak disampaikan dengan baik (hampir sempurna). Suara watak sangat meyakinkan. Shot dan cinematography sangat menarik. Penulis menonton Cars 2 dalam versi 2D. Penulis yakin versi 3D akan memberikan pengalaman menonton yang lebih baik.
CARS 2
Penulis memuji bagaimana Pixar menghasilkan setiap scene dan landskap dalam filem ini. Suasana urban di Jepun, Paris, Italy dan London adalah hampir sempurna. Setiap budaya, warna dan ragam direka dengan agak baik. Penulis tergelak kuat apabila Mater masuk ke dalam tandas Jepun yang kelihatan seperti konsol game.
CARS 2
Aspek teknikal 3D seperti kualiti rendering dan pencahayaan adalah top notch. Setiap elemen dan item adalah kelihatan sangat real. Bahagian yang berkilat, berkarat dan bayang-bayang terasa seperti objek sebenar. Pixar sememangnya sangat mahir dalam penghasilan CGI.

Transition di beberapa scene terasa seperti sangat cepat. Misalnya pada suatu ketika Lightning McQueen berada di Tokyo untuk berlumba. Selepas itu berada di Paris. Mungkin kerana aspek masa menjadikan keseluruhan cerita Cars 2 sangat cepat.

Secara keseluruhannya, Cars 2 adalah sangat menarik dipandang dan terasa dekat di hati. Unsur persahabatan dan kepercayaan menjadi tunjang kekuatan filem ini, diselangselikan dengan aksi dan babak kejar mengejar yang menandingi filem Fast and Furious. Penulis beri 8/10 bintang untuk filem Cars 2.
Ada sebarang pendapat? Jangan segan untuk beri komen di bawah.


Seekers the Movie - Review filem Grave Encounters


Sinopsis untuk filem Grave Encounters:
Sekumpulan krew produksi untuk siri tv realiti "Grave Encounters" bermalam di sebuah hospital sakit jiwa yang terbiar selama satu malam untuk mengesan sebarang aktiviti paranormal. Apa yang dialami oleh setiap krew bukan sahaja menunjukkan bangunan itu berhantu, bahkan 'bernyawa' - dan mereka tidak boleh keluar daripada bangunan tersebut. Segala aktiviti dan tindakan krew dirakam oleh kamera dan menjadi rakaman terakhir untuk siri "Grave Encounters".

Premis "pita rakaman yang dijumpai" merupakan fenomena dan trend dalam industri filem. Bahkan media juga melabelkan 'siri realiti adalah bentuk hiburan'. Filem The Blair Witch Project dan Rec juga menggunakan premis yang sama.

Tidak seperti genre filem horror yang lain, filem ini tidak menampilkan hantu yang muncul secara tiba-tiba (taktik cheap scare). Itu taktik kotor dalam industri perfileman. Sebaliknya hantu dalam filem ni pandai main 'sorok-sorok' dan muncul kadang-kadang je. Tak sangka hantu juga malu bila berdepan dengan kamera.


Setiap elemen suspen dan juga seram dibina secara berperingkat. Pada permulaannya semua aktiviti berjalan mengikut jadual. Lama-lama kelamaan seorang demi seorang mengalami gangguan paranormal dan garisan antara realiti dan halusinasi menjadi kabur. Pada saat ini, elemen yang paling ringkas (seperti pintu terbuka sedikit) juga boleh menjadi elemen yang menyeramkan.

Penulis sendiri kadang-kadang rasa nak melompat daripada kerusi sebab tak tahan dengan elemen suspen yang melampau. Keseraman itu jelas terasa tanpa hantu datang memberi salam perkenalan depan kamera.


Soundtrack filem? Tiada. Dialog? Ok la.. CGI?

Ok, ini antara kelemahan utama filem hantu Hollywood. Mereka suka sangat gunakan hantu CGI. Seperti yang penulis nyatakan dalam post sebelum ini, CGI yang bagus adalah CGI yang seamless dan tidak terasa seperti kesan khas atau 3D. Hantu dengan efek 3D dan kesan khas bukan sahaja nampak lucu tetapi juga boleh menghilangkan elemen suspen yang telah dibina. Hantu Ju-On tu takyah 3D pun. Tapi still menyeramkan..

Kesimpulannya, filem Grave Encounters ini memberikan satu pengalaman unik dalam menonton filem genre seram. Ia tidaklah perfect tetapi penonton tidak akan rugi jika menontonnya. Anggap sahaja penonton sedang menonton siri Seekers dan bersedia untuk meremang bulu roma...


Smallville di layar perak - Review filem I Am Number Four


Macam mana nak mulakan review filem ini? Mari kita mulakan dengan sinopsis filem ini:
I Am Number Four mengisahkan seorang remaja luar biasa bernama John Smith (Pettyfer) yang berasal daripada luar angkasa yang diburu oleh musuh untuk menghapuskannya. John Smith terpaksa menyamar dan berpindah dari bandar ke bandar bersama penjaganya Henri (Olyphant) dan akhirnya mereka menetap di Paradise, Ohio. Di sini John bertemu dengan seorang gadis yang bakal mengubah kehidupannya. John bukan sahaja perlu menyelamatkan dirinya sebagai waris terakhir generasinya, tetapi untuk menjaga dan melindungi orang yang disayangi.

Ok. Plot cerita ni tidaklah original. Boleh dikatakan filem Hollywood ni penuh dengan bahan kitar semula dan remake cuma ditambah dengan budget yang lebih besar dan CGI yang lebih canggih. Balik kepada topik asal. Plot cerita I Am Number Four hampir sama (90% sama) dengan plot siri TV Smallville. Watak utama merupakan seorang makhluk asing, jatuh cinta dengan gadis bumi, ada musuh nak bunuh hero, ada pembantu hero yang merupakan sepupu/sudara kepada hero. Well, you get the idea.

Adakah filem I Am Number Four wajar ditonton? Seharusnya. Biar penulis terangkan.

Persembahan filem ini tidah ubah seperti Twilight untuk golongan remaja lelaki. Semua orang tahu filem I Am Number Four ini merupakan adaptasi daripada buku dengan tajuk yang sama. Walaupun dialog dan perkembangan watak agak perlahan di permulaan cerita, tetapi filem ini berjaya membina momentum sehingga ke penghujung filem. Watak-watak utama diperkenalkan secara teratur, di samping dilemma dan konflik dalaman yang dialami oleh setiap watak. Di pertengahan filem, penonton disajikan dengan aksi dan CGI yang agak hebat dan pada masa ini, mulut penulis dah mula terlopong. 20 minit terakhir filem ini seolah-olah scene dalam video games yang membuatkan Micheal Bay berasa bangga.

Keseluruhan filem ini terasa seperti menonton episod dalam siri TV. Dialog agak cliche dan perkembangan cerita yang boleh dijangka. "Start the car, John! Start the car!! Go go go go  drive the car!" Tak ketinggalan dialog yang cheesy seperti "I came here to help you". Rasa macam nak mute je audio sebab tak tahan dengan dialog-dialog macam ni.

Tapi kenapa perlu tengok filem I Am Number Four? Sebab CGI. Yes. Satu sebab je kenapa perlu tengok filem ini. Scene bagaimana John dapat kuasa baru juga menarik untuk ditonton. CGI yang bagus adalah CGI yang nampak sangat seamless, sangat normal dan sangat biasa sehingga tidak nampak CGI tu (sama macam CGI dalam filem Bourne Identity). Dalam filem I Am Number Four, efek CGI tangan John menyala nampak natural dan tak nampak macam tangan 3D.

Watak jahat (Mogadorian) juga nampak cool, cuma kadang-kadang dialog yang skema gagal menonjolkan personaliti sebenar.

Akhir kata, filem I Am Number Four layak diberikan 6/10 bintang. Ia tidak teruk tetapi tidak lah teruk sangat. Jangan download filem ini. Just copy daripada kawan-kawan. Tidak berbaloi untuk download sebab kemungkinan besar korang akan rasa filem ini tidak layak ditonton untuk kali kedua.



Memang ada class - Review filem X-Men: First Class


X-Men: First Class merupakan sambungan kepada trilogi siri X-Men. Kali ini penonton dapat mengenali cerita disebalik penubuhan X-Men serta kisah silam Professor Charles Xavier (Prof. X) dan juga Erik (Magneto).

Pembuka filem ini agak menarik dan berjaya membuatkan penonton ingin terus menonton apa yang terjadi seterusnya. Dialog yang disampaikan ringkas dan padat tetapi penuh bermakna.

Aksi dan persembahan dalam filem sangat menarik. Set dan lokasi terasa sangat meyakinkan dan secara tidak langsung membantu penyampaian cerita. Walaupun filem ini secara jelas menceritakan perihal makhluk mutan, tetapi segala aksi (atau power) mutan dikawal dengan baik dan kemas agar tidak keterlaluan. Tidak seperti filem X-Men sebelum ini yang sarat dengan aksi dan letupan sehingga kita tidak tahu siapa yang baik dan siapa yang jahat.

Dalam setiap filem, penulis cuma cari 3 ciri utama sahaja: 1. Watak jahat yang mempunyai motif yang logik (Dia buat jahat tetapi mempunyai niat yang baik) 2. Watak baik/hero yang tidak perfect (Prof. X akan menjadi lumpuh). 3. Jalan cerita yang tidak membodohkan penonton (Unsur asing atau pelik masih boleh diterima asalkan ia masuk akal).

So far, filem ini berjaya memuaskan hati dan ketiga-tiga ciri itu boleh didapati di dalam filem yang First Class ini. Tahniah Hollywood kerana berjaya buktikan tidak semua sequal/prequel itu teruk.

Ada yang sudah menonton filem X-Men ini? Apa pendapat anda? Jangan lupa untuk tinggalkan komen.