Pernah tengok filem Gundam? Minat dengan robot-robot besar ala mecha dan Transformers? Filem Mantera yang sarat dengan CGI dan robot gergasi (serta Tomok) ini pastinya menjadi pilihan.
Memaparkan catatan dengan label opinion. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label opinion. Papar semua catatan
Transformers Malaysia: Review filem Mantera
Pernah tengok filem Gundam? Minat dengan robot-robot besar ala mecha dan Transformers? Filem Mantera yang sarat dengan CGI dan robot gergasi (serta Tomok) ini pastinya menjadi pilihan.
Filem Mantera merupakan filem terbitan Flare Studios Sdn. Bhd. dengan kerjasama Spacetoon. Filem yang sarat dengan CGI ini dikatakan mampu memberi impak baru dalam perkembangan filem tempatan. Bagaimana pula dengan review filem Mantera ini?
Tiada review filem untuk hari ini
Penulis masih lagi trauma selepas menonton filem Momok Jangan Cari Pasal.
Penulis tengah layan Spongebob Squarepants untuk hilangkan ingatan tentang filem Momok tu.
Jumpa lagi esok.
Just kill me now: Revie filem Momok Jangan Cari Pasal
Filem Momok Jangan Cari Pasal merupakan sambungan (?) kepada filem Momok the Movie dan juga Momok Jangan Panggil Aku. Filem arahan M. Jamil ini menelan bajet jutaan ringgit dan menggunakan teknik CGI yang terkini.
Bagaimana review filem ini?
Yahoo Saman Facebook?
Yahoo saman Facebook kerana meniru idea rangkaian sosial Yahoo. Adakah Facebook meniru idea daripada Yahoo Buzz atau Yahoo Pulse (yang kini dah pupus)?
Satu perkara yang penulis belajar daripada pengalaman adalah menjadi yang pertama adalah bagus. Tetapi menjadi yang terbaik adalah lebih bagus daripada menjadi yang pertama.
Tahniah kepada Yahoo kerana berjaya membawa definisi baru dalam istilah ‘berani kerana salah’.
Dipetik daripada : Link
Detektif penyelamat dunia Eropah - Review filem "Sherlock Holmes: A Game of Shadows"
Bila disebut nama Sherlock Holmes, pasti mental kita akan memvisualkan seorang detektif yang memakai kot sambil menghisap paip dan membuat taakulan-taakulan bernas. Well, lupakan visual mental tersebut kerana Hollywood (sekali lagi) telah menginterprestasikan Sherlock Holmes dengan imej dan identiti baru.
Penjenamaan semula atau rebranding (bak kata orang putih jiran sebelah) bukanlah sesuatu yang buruk. Hollywood still dengan sikap lama suka rebranding siri atau filem lama supaya lebih segar (kononnya) dan menepati selera penonton semasa (iyolahh..).
Dalam filem ni, Sherlock Holmes digambarkan sebagai seorang detektif yang 'hard-boiled'' selalu dikejar dan menjadi buruan, kurang teman rapat tetapi ramai yang kenal, serta pandai dalam penyamaran. Ditemani dengan teman rapatnya, Dr Watson; mereka cuba menyelesaikan kes melibatkan Prof. Moriarty yang cuba mencetuskan perang dunia.
Okay jalan ceritanya agak cliche, dan ada kalanya penonton mungkin mengantuk sebab boring dengan dialog yang panjang berjela. Tapi apabila scene Prof Moriarty muncul, suasana dalam panggung jadi lain. Super villain yang muka bersih macam imam tak tinggal sembahyang, tapi kejam giler sampai sanggup bunuh pengikut sendiri.
Scene dalam filem ini adalah jauh lagi baik daripada filem Sherlock Holmes yang pertama; kesan visual yang menarik, jalan cerita yang tidak meleret, dan banyak elemen komedi diselang-seli dengan aksi lasak.
Lupa plak, jom layan trailer dulu.
Langgan:
Catatan (Atom)