Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan

Everyday I Gangnam Style

Penulis terjumpa satu muzik video yang lucu dan menarik perhatian. Gangnam Style!

Menurut Wikipedia, lagu ini adalah lagu K-POP yang paling banyak views di YouTube. Suspek sket ok..

Layan sampai lebam – Soundtrack Plant vs Zombies

723505448-1

Rasanya dah agak lama penulis tinggalkan dunia game ni. Tapi entah macam mana, keinginan untuk layan soundtrack game ni muncul secara mendadak. So penulis mintak pakcik Google untuk carikan soundtrack game ni.

Terima kasih pakcik Google. Boleh la penulis buang air tidur dengan aman selepas ni.

Kalau nak dengar semua soundtrack Plant vs Zombies, klik sini. Lepas tu layan sambil nyanyi masa mandi..

Thanx to Laura Shigihara kerana berjaya menghasilkan muzik game yang menjadi trademark menjadikan Plant vs Zombies menerima anugerah ‘Game of The Year’.

♫ You have zombies on your lawwwwwnnnn.. ♪

♫ We don’t want zombies on your lawwwwwnnnn.. ♪

Yahoo Saman Facebook?

Yahoo saman Facebook kerana meniru idea rangkaian sosial Yahoo. Adakah Facebook meniru idea daripada Yahoo Buzz atau Yahoo Pulse (yang kini dah pupus)?

Satu perkara yang penulis belajar daripada pengalaman adalah menjadi yang pertama adalah bagus. Tetapi menjadi yang terbaik adalah lebih bagus daripada menjadi yang pertama.

Tahniah kepada Yahoo kerana berjaya membawa definisi baru dalam istilah ‘berani kerana salah’.

Dipetik daripada : Link

10 Mitos yang Sering Dianggap Benar

Penulis still rasa hairan bagaimana kita boleh percaya semua fakta nie..

Pin Tab vs App Tab

Baru-baru ni penulis download Firefox 4.0. Sebelum ni guna versi beta je, so memandangkan dah ada Firefox 4 yang stabil ni, penulis cuba la upgrade. Pada masa yang sama penulis dapat tahu bahawa Firefox 5 dah keluar (bukan versi beta). So alang-alang upgrade, terus guna Firefox 5 je la.

Rupa dan feel Firefox 5 tak jauh berbeza daripada Firefox 4, tapi ada satu fungsi yang dah ditambah dalam versi Firefox yang baru ni: App Tab.

Apa benda App Tab tu?

Basically, App Tab adalah berfungsi seperti tab yang biasa digunakan dalam Firefox. Cuma ia bersaiz lebih kecil dan menjimatkan ruang. Pada masa yang sama, App Tab ini juga tidak mempunyai butang ‘close’ so kita tidak akan tertutup tab tu secara tidak sengaja.

appTab01

App Tab ini juga akan glow jika ada notification seperti ada emel atau IM baru. Berguna untuk orang yang selalu bukak emel. Tidak perlu lagi tekan refresh mail setiap 2 minit.

appTab02

Dalam Google Chrome pun ada gak fungsi yang sama tapi dikenali sebagai Pin Tab. Fungsinya sama je. Tapi penggunaan Pin (atau App) Tab ini banyak memudahkan proses browsing dan meningkatkan produktiviti.

Hope lepas ni browser akan menjadi lebih stabil dan intuitif untuk digunakan. Happy browsing!