Tak nampak pun asapnyer? - Preview filem "Satu Malam Kubur Berasap"

Pernah bayangkan bagaimana kalau ada satu filem yang sarat dengan (peserta) rancangan Raja Lawak?

Sekarang tak perlu bayangkan lagi. Cuma tonton filem 'Satu Malam Kubur Berasap' dan impian anda akan jadi kenyataan.

Verdict penulis tentang filem ni:

  • Banyak elemen lucu tapi seram
  • Diselang-seli dengan lawak slapstik dan tak berapa spontan
  • Heroin yang seksi giler untuk tarik perhatian penonton (tengok poster dah tahu)
  • Hantu dengan solekan 8 inci
  • Jalan cerita standard filem melayu - anti klimaks dan ending tergantung
  • Hantu yang.. stail hantu melayu. Kejap ada kejap tak ada..

Apa-apa pun meh tengok trailer dulu..

Ada sesapa yang teringin nak tengok filem ni? Ada sesapa nak bagi tiket wayang free?

Detektif penyelamat dunia Eropah - Review filem "Sherlock Holmes: A Game of Shadows"

Poster filem Sherlock Holmes

Bila disebut nama Sherlock Holmes, pasti mental kita akan memvisualkan seorang detektif yang memakai kot sambil menghisap paip dan membuat taakulan-taakulan bernas. Well, lupakan visual mental tersebut kerana Hollywood (sekali lagi) telah menginterprestasikan Sherlock Holmes dengan imej dan identiti baru.

Penjenamaan semula atau rebranding (bak kata orang putih jiran sebelah) bukanlah sesuatu yang buruk. Hollywood still dengan sikap lama suka rebranding siri atau filem lama supaya lebih segar (kononnya) dan menepati selera penonton semasa (iyolahh..).

Dalam filem ni, Sherlock Holmes digambarkan sebagai seorang detektif yang 'hard-boiled'' selalu dikejar dan menjadi buruan, kurang teman rapat tetapi ramai yang kenal, serta pandai dalam penyamaran. Ditemani dengan teman rapatnya, Dr Watson; mereka cuba menyelesaikan kes melibatkan Prof. Moriarty yang cuba mencetuskan perang dunia.

Okay jalan ceritanya agak cliche, dan ada kalanya penonton mungkin mengantuk sebab boring dengan dialog yang panjang berjela. Tapi apabila scene Prof Moriarty muncul, suasana dalam panggung jadi lain. Super villain yang muka bersih macam imam tak tinggal sembahyang, tapi kejam giler sampai sanggup bunuh pengikut sendiri.

Scene dalam filem ini adalah jauh lagi baik daripada filem Sherlock Holmes yang pertama; kesan visual yang menarik, jalan cerita yang tidak meleret, dan banyak elemen komedi diselang-seli dengan aksi lasak.

Lupa plak, jom layan trailer dulu.
Secara keseluruhannya penulis sangat enjoy menonton filem Sherlock Holmes ni. Leka menonton sampai lupa nak habiskan popcorn. Kalau pembaca tak gemar filem yang banyak melibatkan taakulan dan pemikiran, sila tonton Satu Malam Kubur Berasap.


Kucing pakai kasut: Review filem "Puss in Boots"

Sekali lagi Dreamworks Animation menghasilkan sebuah filem animasi. Tapi filem Puss in Boots seolah-olah telah hilang sentuhan magisnya jika dibandingkan dengan animasi lain seperti Shrek atau mana-mana animasi Disney yang lain.
Ceritanya mengisahkan tentang Puss yang lari dari pekannya bersama Humpty Dumpty dalam usaha untuk membersihan nama baiknya. Puss mencari Kacang Ajaib daripada Jack & Jill untuk mendapatkan angsa ajaib di kota langit. Dapatkah Puss mendapatkan Kacang Ajaib itu? Adakah dia akan kembali ke pekan asalnya? Dapatkah dia bertemu dengan Shrek? Sorry. Takder Shrek dalam nie.
Secara peribadi, filem "Puss in Boots" ni sangat seronok ditonton. Ada scene yang lucu, menyentuh perasaan dan juga aksi yang mendebarkan. Cuma kadang-kadang terasa hubungan setiap scene tu agak longgar. Tapi dengan adanya visual 3d yang menonjol depan mata, masalah teknikal seperti itu boleh diabaikan.
Kalau ada kelapangan dan rasa nak release tension, boleh lah tengok filem ni di pawagam berhampiran. Jangan lupa tengok versi 3d. Dijamin puas hati.