Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan

Yahoo Saman Facebook?

Yahoo saman Facebook kerana meniru idea rangkaian sosial Yahoo. Adakah Facebook meniru idea daripada Yahoo Buzz atau Yahoo Pulse (yang kini dah pupus)?

Satu perkara yang penulis belajar daripada pengalaman adalah menjadi yang pertama adalah bagus. Tetapi menjadi yang terbaik adalah lebih bagus daripada menjadi yang pertama.

Tahniah kepada Yahoo kerana berjaya membawa definisi baru dalam istilah ‘berani kerana salah’.

Dipetik daripada : Link

Hari-hari terakhir portal Sinema Malaysia

Khabar-khabar angin mengatakan bahawa portal Sinema Malaysia mungkin ditutup. Amat sayang sekali jika sebuah portal yang mempunyai banyak maklumat tentang industri perfileman negara ditutup begitu sahaja.

Penulis tak dapat sahkan lagi khabar angin ini. Tapi mungkin ada penulis yang mungkin nak menjenguk dulu portal ini sebelum berita khabar angin itu menjadi kenyataan..

Press preview filem 'Bujang Terlajak'


Pada 10/1/2012 pukul 8.30 malam tadi, penulis berkesempatan untuk menonton filem Bujang Terlajak arahan *ehem* Prof. A. Razak Mohaideen di The Garden, Midvalley Kuala Lumpur. Penulis juga sempat jugak la jumpa dengan Nabil, Johan, Fazura dan juga Ebby Yus.

Berikut merupakan gambar-gambar ketika press preview berlangsung.



Sepanjang press preview ni, penulis tak boleh berhenti berfikir tentang poster filem ni. Pertama sekali, kenapa nama Saiful, Nabil dan Johan diletakkan pada orang yang berlainan? Yang kedua, apa signifikasi gambar latar belakang poster ni (gambar Nabil, Saiful dan Johan bersolek sebagai perempuan)? Apakah...?

Adakah penulis seorang sahaja yang nampak benda ni atau ada penjelasan di sebaliknya? Apa pendapat pembaca sekalian?

Tarikh yang cantik


11:11 pagi 11/11/2011
Adakah tarikh sebegini akan datang lagi?

Penulis tak anggap angka dan masa yang 'unik' seperti hari ini sebagai suatu keajaiban.

Masa dan tarikh seperti ini mengingatkan penulis bahawa masa yang kita ada sebenarnya semakin kurang dan ia merupakan peringatan supaya menggunakan masa yang kita ada dengan sebaiknya..

Star rating

Untuk memudahkan rating dan pengredan review filem/muzik/game yang penulis tulis dalam blog ni, penulis akan gunakan sistem star rating.

Senang sahaja, review yang dapat 10 bintang adalah review yang terbaik, manakala 0-1 bintang mewakili review terburuk.





















Penulis juga akan gantikan review lama dengan sistem review yang baru. Enjoy the blog!