Filem seram yang tak seram - Review filem Khurafat

Penulis tak sepatutnya tengok filem ni tapi oleh kerana penulis mahu menyokong industri filem tempatan (dan juga berlaku adil supaya tak bias), maka penulis tonton filem ni dengan hati yang (separuh) rela.

Ok, terus kepada review filem Khurafat.

Filem Khurafat ni mengisahkan tentang Johan (Syamsul Yusof) yang baru berkahwin dengan Aishah (Liyana Jasmay). Johan dan Aishah sering diganggu oleh makhluk seram. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Anna, bekas teman wanita Johan membunuh diri. Kini bayangan (hantu) Anna mula..ehem..menghantui hidup Johan dan Aishah. Apakah kaitan hantu tu dengan Johan? Adakah Johan tak bayar hutang nasi lemak kat Anna? Dapatkah Johan dan Anna hidup bersama selamanya? Saksikan sendiri filem Khurafat ini.

Bila fikir semula, biar penulis je ceritakan ending Khurafat ni.

Permulaan filem Khurafat ni agak pelik. Ada orang meninggal dan diusung jenazah ke tanah perkuburan. Johan menangis sampai berlinangan air mata. Mayat siapakah itu? Apa kaitan si mati tu dengan Johan?

Selepas tu kita dapat tahu bahawa Johan dengan Aishah sudah berkahwin. Johan, Aishah dan emaknya sembahyang berjemaah. Lepas tu Johan minta izin nak ke surau. Nak dengar ceramah agama katanya. Kenapa tak sembahyang berjemaah kat surau je terus? Kan lagi senang?

Dialog dalam filem Khurafat ni macam carbon copy daripada dialog KL Drift. Ayat yang penuh dengan tatabahasa baku dan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan ayat yang lengkap setiap kali berdialog. Watak Anna sedaya upaya cuba nak nampak hip dan cool tapi malangnya cool itu tidak sampai. Penonton tak rasa kasihan pun kat Anna.

In fact, penulis tak kasihan langsung kepada SEMUA watak dalam filem ni. Johan merupakan Pembantu Perubatan. Then macam mana ayah Aishah boleh offer kerja kat Johan? Ayah Aishah doktor kah?

Then penampilan hantu tu yang suka main sorok-sorok. Hantu mesti muka berdarah dan nampak seram ke? Terlalu banyak cheap scare dalam filem ni sampai penulis dah rasa lali. Cheap scare adalah konsep di mana hantu atau unsur seram disampaikan tanpa dibina terlebih dahulu. Bang! Hantu ada dalam almari. Pandang bawah je ada hantu. Pandang atas je ada hantu. Pusing belakang je ada hantu. Toleh bawah je ada kucing. Ops.. Cuba tengok hantu Ju-On tu. Siang-siang buta pun ada hantu.

Walaupun aspek lain banyak yang fail, tapi penulis puji muzik latar dalam filem ni. Almost classic.

Ok, penulis pendekkan cerita, filem Khurafat adalah filem seram yang tak berapa seram. Penulis lagi suka aspek dalam filem Keseraman Jangan Pandang Belakang. Tetapi filem ini merupakan satu hasil yang bagus daripada pengarah/pelakon Syamsul Yusof. Tak sia-sia van tu terbalik di penghujung cerita.



Tak pasti nak beli CD atau DVD original...


1 komentar:

Tanpa Nama berkata...

Yang penting diye dah buat sedaya upaya kan? Lagipun tu first tine filem seram diye. Yang kau tuh boleh buat filem ker bengong? Sorry to say. Fuck Off la sial