Shoot dulu baru fokus - Kamera Lytro


Gajet yang penulis nak perkenalkan hari ini adalah kamera digital bernama Lytro. Kamera yang kecil dan kompak ini bukan sahaja murah dan mudah, bahkan menawarkan pengalaman baru dalam mengambil gambar. Kamera ini membolehkan pengguna ambil gambar(shoot) dahulu dan boleh ubah fokus gambar tu kemudian.

Maksudnya?

Dengan menggunakan kamera Lytro ini, pengguna tidak perlu memfokus objek sebelum mengambil gambar. Just hala dan shoot. Lepas ambil gambar, pengguna boleh ubah fokus (dan juga zoom). Dengan kata lain, tiada masalah jika salah fokus masa ambil gambar. Satu gambar yang sama boleh difokuskan ke semua tempat yang berbeza.

Bunyi macam tidak masuk akal tetapi dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat sekarang, tiada yang mustahil. Pembaca boleh cuba sendiri di galeri Lytro dan alami sendiri pengalaman baru dalam dunia fotografi.

Penulis tak pasti bagaimana kamera ini boleh merakamkan imej sehingga boleh jadi canggih macam ni. Tapi yang pastinya ia ada kaitan dengan kanta yang banyak dalam kamera tu, seperti gambar di bawah:
Kalau ada pembaca yang berminat, boleh order terus di laman web Lytro. Lepas ni boleh la berbangga dengan kamera mini yang canggih ni. Sure lepas ni sure takde sapa nak bawak kamera D-SLR yang bagak tu kemana-mana..

0 komentar: