Berjuang demi maruah negara - Review filem Libas


Filem "Libas" mengisahkan tentang Adnan Saladin (Rosyam Nor) yang merupakan Raja Libas dan merupakan seorang pemain sepak takraw yang digeruni lawan, terutamanya dari Thailand. Akibat kecederaan yang dialami oleh Saladin ketika bertarung dengan pasukan Thailand, pasukan Malaysia kalah teruk dan Adnan menjadi mangsa keadaan lalu putus tunang dengan Ratna (Scha). Adnan menjadi resah apabila pertandingan Libas bakal dilangsungkan lebih awal dan Mr. Wilson mahu mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Dengan rasa paksa rela, Adnan perlu mendapatkan pemain tambahan dan melatih supaya dapat menyertai pertandingan Libas dan untuk..*ehem*..mempertahankan maruah negara. Dapatkan Adnan mempertahankan martabat dan maruah negara? Adakah Ratna akan kembali kepangkuan Adnan? Bagaimana dengan nasib bola warisan? Nantikan kesudahannya..


Reaksi pertama sebelum menonton filem Libas ni, penulis rasakan filem ni tiada bezanya dengan filem Melayu yang lain. Ini pun lepas penulis tengok trailer filem Libas ni:
Tapi hakikat sebenarnya adalah...

Filem ni memang cool giler. Effect CGI yang seamless. Perkembangan cerita yang menarik (walaupun tak masuk akal). Lakonan mantap. Penulis suka giler dengan dialog slang Thailand tu. Setiap kali dengar sure nak ketawa sambil keluar air mata. Nak tengok Scha rembat bola takraw? Scene tu ada dalam filem ni sahaja. Korang takkan nampak Scha rembat bola takraw dalam filem Aku Bukan Tomboy.


Ada beberapa part yang penulis tak faham semasa menonton filem ni:
  • Kenapa Saladin tak masuk bertanding masa awal-awal perlawanan? Kalau dia tak boleh main sebab cedera, boleh pulak dia rembat bola takraw dari pantai sampai KLCC.
  • Jika bola warisan itu dipegang dan dijaga oleh Saladin, kenapa dia perlu masuk pertandingan Libas tu? Kalau dia tak masuk pertandingan tu, tak der la bola warisan tu jatuh ke tangan Mr. Wilson.


Jalan cerita filem Libas ni memang tak logik, tapi itu semua tak penting as long ia menghiburkan. Cuma kadang-kadang ada scene jiwang dan dialog yang tiba-tiba meluru masuk tanpa bagi salam. Selain daripada msalah dialog dan jiwang leleh tu, filem ni memang tip top. Harapnya filem ini akan dapat melangkah ke persada antarabangsa. Hidup filem Melayu!




Nota sampingan: Penulis harap sangat kalau filem Libas ni dapat dijadikan drama bersiri. Mesti cool giler..

Walaupun ada elemen macam filem Shaolin Soccer, tapi filem ni tak jemu ditonton berkali-kali sebab lawak giler. Lepas ni filem apa pulak? Rembat? Hahahahhaa.. oh wait..

0 komentar: