Bond yang bukan Bond: Review filem Skyfall

Poster filem Skyfall
Skyfall adalah filem ke-25 dalam francais James Bond. James Bond yang dilakonkan oleh Daniel Craig. Berikut adalah pendapat penulis tentang filem Skyfall.

Pujian:
  • Keseluruhan tempo dalam filem Skyfall adalah pantas. Aksi kejar mengejar terus bermula di awal cerita.
  • Mood cerita yang lebih dark dan gloomy.
  • Dialog antara karekter adalah ringkas tetapi penuh makna. Penulis suka gaya Bond 'berlawan cakap' dengan M dan juga Q. Kepintaran Bond bermain kata-kata terlihat jelas.
  • Panorama dan shot yang cantik dan mengkagumkan.
  • Aksi kejar-mengejar yang mendebarkan. 3 buah Volkwagon Beetle terkorban apabila Bond cuba belajar bawa jentolak.
  • Tiada gajet yang canggih. Cuma sepucuk pistol dan radio GPS. Oh, dan sebuah Aston Martin.
Kritikan
  • Jalan cerita yang kurang jelas. Bond cuba menentang hacker yang menceroboh masuk ibu pejabat MI6 tetapi bagaimana hacker tu menceroboh tidak digambarkan dengan jelas.
  • 'Ibu pejabat' hacker digambarkan sebagai sebuah pulau kosong dan terdapat pelbagai server dengan lampu yang berkelip-kelip. Cliche.
  • Bond kelihatan kurang berperasaan. Bahkan dia tidak melihatkan sebarang ekspresi apabila perempuan yang sepatutnya dia selamatkan terbunuh.
  • Terlalu banyak product placement. Antara yang paling jelas adalah Audi, Volkswagon, Aston Martin, Heineken dan jam tangan Omega.
Sejujurnya filem Skyfall bukanlah filem terbaik dalam francais James Bond tetapi ia memberi dimensi dalam filem genre spy. Skyfall adalah seperti Bourne dengan sedikit letupan. Penulis tetap terhibur dengan filem Skyfall walaupun penulis yakin ramai yang akan lupa dalam 3 hari.

Enjoyable dan menarik. Tapi tak perlu beli DVD atau Blu-Ray. Tunggu je filem ni keluar di HBO.

0 komentar: