Sebelum aku tengok cerita Bohsia: Jangan Pilih Lorong Hitam (B:JPLH):
- aku agak filem ni tipikal macam filem-filem Syamsul Yusuf yang lain.
- sure ada aksi-aksi lasak (baca: merempit) dengan stail kamera goyang-goyang ala record dengan camcoder.
- mesti ada polis di akhir cerita.
- sure Syamsul Yusuf jadi hero.
Lepas tengok filem B:JPLH, aku boleh kata filem ni takde la teruk sangat kalau dibandingkan dengan filem-filem Melayu yang lain. Aku memang tak letak harapan tinggi, tapi filem ni baik *sikit* dari apa yang aku harapkan.
Aku takmo komen tentang realisme dalam filem ni. Mana ada realisme dalam filem? Kalau nak real, baik tengok sendiri Bohsia tepi jalan.
Aku juga no komen tentang jalan cerita B:JPLH ni. Memang tipikal filem Melayu. Ada orang ketiga, hero ada awek cun tapi kuat jeles, orang jahat pakai kereta mewah tapi hensem giler, yada yada yada..
Dialog.. well.. boleh la.. walaupun kadang-kadang aku terpaksa perlahankan volume speaker sebab 80% dari keseluruhan dialog mesti menjerit-jerit dengan kata-kata hinaan dan cemuhan tak bertempat.
Lastly, pasal pengajaran dalam filem ni. Aku tak nampak apa pengajaran yang cuba disampaikan dan apa motif filem ni dibuat. Adakah Syamsul Yusuf cuba tonjolkan kehidupan sebenar seorang Bohsia atau nak tunjukkan kehebatan mat rempit.. well.. merempit?
Secara peribadi, aku rasa filem B:JPLH ni nak tonjolkan betapa hebatnya anggota polis menangani maslah gejala sosial di kalangan remaja sekarang.
Aku cuma suka part berlumba/merempit tu je. Camera work memang best dan ada feel ala-ala Fast and Furious.
Selain dari tu, aku tak layan sangat dan ada beberapa part aku menguap sebab boring dengar diorang membebel.
Overall, filem B:JPLH ni OOOOKKKKKKKK laaaaaaaa. Tak teruk dan takde la best giler. Sedang-sedang gitu.
Rating: 4.5/10 (Download, tengok sekali lepas tu format hard disk)
Final note: Syamsul Yusuf, please jangan jadi pelakon dan pengarah kepada filem sendiri. Please..
0 komentar:
Catat Ulasan