Reviu filem The Last Airbender

The_Last_Airbender_Poster

Sebelum tengok The Last Airbender: ‘Wow! The Last Airbender versi filem! Mesti layan ni’.

Lepas tengok trailer The Last Airbender: ‘Pergh! Giler real bending. Boleh lawan Avatar ni’.

Selepas tengok The Last Airbender: ‘Meh. Dragonball Evolution lagi best’.

Kalau aku nak bagi komen tentang filem The Last Airbender ni, aku cuma boleh cakap filem ni teruk. Teruk macam mana? SANGAT TERUK! Dari plot yang berterabur, casting watak yang tak ubah macam batu, character yang tak kuat, dan villain yang tak nampak macam villain.

Menonton filem The Last Airbender merupakan satu penderaan mental bagi otak aku dan sampai sekarang aku tak boleh nak terima macam mana M. Night Shyalamalan boleh memporak perandakan filem ni lepas Nicklodeon dan Paramount Pictures bagi lampu hijau (dengan budget $150 juta).

Tak cukup dengan tu, tiada perkembangan watak langsung dalam filem ni. Katara yang sepatutnya kuat membebel dalam siri animasi kini menjadi watak yang kaku dalam filem. Sokka yang lucu dan sarkastik dalam animasi asal, terus menjadi batu dan aku rasa batu pun lagi terer berlakon.

Aang (Noah Ringer) dalam filem ni aku rasa macam orang yang sangat asing, tak sama langsung macam Aang yang aku tengok dalam siri animasi.

The-Last-Airbender

Bukan ke Aang sepatutnya satu watak yang happy go lucky dan sentiasa enjoy walaupun banyak halangan menimpa dirinya? Watak Aang dalam filem ni seolah-olah macam budak yang hampir-hampir nak menangis bila menghadapi kesusahan. Tak nampak heroic langsung. Adakah ini kerana Noah Ringer bukan pelakon, tapi sebaliknya dipilih sebab terer Taekwondo? Ada kaitan ke dengan berita yang menyatakan bahawa Noah Ringer masuk sekolah lakonan selama 3 bulan sebelum start shooting?

Plot cerita dalam filem The Last Airbender sangat la menyedihkan. Sapa la yang tulis screenplay dan dialog ni. Keseluruhan scene dan shot dalam filem ni macam tengok projek video budak university. Takde kesinambungan langsung. Scene macam terlompat-lompat dan kadang-kadang tergantung. Establishing shot plak melampau-lampau.

Airbendertoub

Dialog dia plak, (facepalm) aku tak dapat nak cakap betapa failnyer dialog. Ada satu scene Zuko dengan Katara tengah lawan, Zuko boleh tanya Katara ‘who are you?’ WTF???? Hello, Zuko dah pergi South Water Tribe di awal filem (untuk tangkap Aang), dan Zuko boleh tanya lagi ‘Who are you’?

Kalau korang rasa scene tu belum cukup tidak masuk akal, masa Zuko dan bala tenteranya pergi ke South Water Tribe, dia datang untuk ambil orang-orang tua. Then ada sorang askar yang ambil sorang budak bertatu (Aang) dan Zuko tanya ‘Who are you? What’s your name?’. Come on la.. Macam mana la askar picisan tu boleh tahu yang Aang tu adalah Avatar sedangkan Zuko boleh tak tahu? Huh? Really?

avatar01

‘What’s your name?!’

Secara keseluruhannya, filem ni banyak gunakan naratif sampaikan hampir setiap dialog pun guna ayat naratif. Masa permulaan filem tu kira ok la lagi. Tapi makin lama naratif tu makin menjadi-jadi plak. Aku rasa tak perlulah nak cakap semua benda yang berlaku sebab audiens sendiri boleh nampak apa yang berlaku, so tak perlu la susah-susah buat dialog untuk explain.

avatar03

O really?

Aku boleh sebut lagi 1001 sebab kenapa cerita The Last Airbender ni fail, tapi aku rasa korang pun tak de masa nak baca. Nasihat aku, jauhkan dari menonton filem ni. Lebih baik tengok siri animasi je. Tengok la Dragonball Evolution. Tengok la Harry Potter. Tengok la (maaf kan aku) Twilight Saga. Jangan bazirkan masa dan tenaga korang selama 90 minit untuk tengok filem ni.

Rating: 1/10 – beli DVD atau VCD lepas tu bakar. Rinse. Repeat.

0 komentar: