Kenapa orang kata Dragonball Evolution (DBE) teruk? Adakah kerana posternya?
Aku baru menonton DBE sebentar tadi dan aku memang dah bersedia untuk dikecewakan. Tapi, suprisingly, DBE is quite good. Apart from CGI yang nampak sangat CGI-nya, aku rasa DBE takder la teruk mana. Masih ada perkembangan karekter, masih ada jalan cerita walaupun tak masuk akal (apocalypse lepas eclipse?) dan good fighting sequence.
Sebagai sebuah adaptasi, DBE memang fail teramat. Kalau korang merupakan kipas-susah-mati Dragonball aka Bebola Naga, sure korang akan rasa kecewa sebab jalan ceritanya memang tak sama langsung dengan jalan cerita dalam komik/manga.
Ya, Goku merupakan seorang pelajar High School dan ya, rambutnya tidak tegak berdiri macam watak Cloud dalam Final Fantasy Advent Children. Bulma tidak berambut biru dan Chi Chi memang sexy dan totally kick ass, literally.
Banyak watak dalam siri Dragonball yang tiada dalam DBE, for good reason. Tak guna kalau ada watak banyak sangat dalam satu-satu filem sebab akan menggangu perkembangan watak.
Rule 101 dalam perkembangan watak: Setiap watak dalam satu-satu cerita perlu mengalami perubahan dari segi fizikal/emosi/jiwa/rohani/falsafah/cinta/dsb. Watak perlu berinteraksi dengan persekitaran atau dengan watak-watak lain. Di akhir cerita, watak perlu mendapat ‘sesuatu’ (atau kadang-kadang hilang sesuatu) dan tidak sama lagi seperti mana keadaannya di awal cerita.
Perubahan watak dalam DBE:
Goku: Pelajar sekolah (loser) > jumpa Master Roshi > tackle Chi Chi > kalahkan Piccolo
Bulma: Tiada kawan > Dapat kawan baru
Yamcha: Pencuri (tiada kawan) > Sidekick (ramai kawan)
Master Roshi: hidup sorang > mati > hidup semula
So semua orang berubah menjadi lebih baik dan mendapat sesuatu di akhir cerita. Piccolo mati dan dunia kembali aman. Typical Hollywood.
So kenapa benci DBE?
Berbeza dengan reaksi bila penonton tengok Scott Pilgrim vs The World. Secara kasarnya, DBE dan Scott Pilgrim tak jauh beza pun. Son Goku = Scott Pilgrim. Bulma = Ramona. Yamcha = Wallace. Premis cerita tak jauh beza. Dari total ass dan loser menjadi hero dan dapat awek cun. Still, orang anggap Scott Pilgrim vs The World sebagai sebuah filem epic dan totally awesome. Sebaliknya DBE dianggap sebagai total fail dan miserable. And why is that?
Sepertimana DBE, jalan cerita Scott Pilgrim juga tidak 100% ikut jalan cerita dalam grafik novelnya.
Sebab dalam DBE, penonton dah tetapkan expectation. Diorang expect DBE akan mengikut plot dan jalan cerita seperti dalam manga. Penonton expect untuk tengok Vegeta, Goten, Trunks dan sebagainya. Audiens nak tengok aksi super Saiya kedua, ketiga dan seterusnya.
Dalam kes Scott Pilgrim, audiens tak tahu apa itu Scott Pilgrim, apa itu evil exes, apa itu subspace dan sebagainya. Audiens ada zero expectation. So bila Scott tumbuk muka evil exes dan keluar score stail video games, audiens mendapat good suprise dan terus labelkan Scott Pilgrim sebagai awesome.
Tapi bila audiens ada expectation dan filem tu tak mencapai expectation, filem tu dianggap gagal. Filem-filem adaptasi lain seperti Mortal Combat, The King of Fighters, Street Fighter dan Tekken semua dianggap sebagai gagal. Tapi bila filem tu menepati expectation audiens, audiens memuji-muji filem tu sebagai awesome dan epic (read: Twilight Saga).
My point is: Jangan hipokrit. Buang semua tanggapan dan andain korang tentang Dragonball. Tengok DBE dengan minda kosong. Kalau korang tengok DBE sebagai sebuah filem yang takde kaitan dengan Dragonball, actually ia takde lah teruk sangat. Sekurang-kurangnya filem ni jauh lebih baik dari The Last Airbender.
Rating sebagai sebuah adaptasi: 0/10
Rating sebagai sebuah filem: 5/10 – Tak berbaloi dibeli. Pinjam atau download dari internet.
0 komentar:
Catat Ulasan