Sorry Morpheus, Leonardo adalah Raja Alam Mimpi sekarang ni.
Sebuah filem sains fiksyen thriller arahan Christopher Nolan (The Dark Knight) dan lakonan mantap Leonardo diCaprio dan Ken Watanabe. Premis filem Inception adalah berkisar kebolehan untuk berkongsi mimpi dan seorang pencuri maklumat dari minda perlu melaksanakan tugas yang paling mencabar iaitu ‘Inception’ (menanam idea).
Jalan cerita Inception memang berat dan memerlukan audiens untuk berfikir di samping perlu memproses beberapa perkara dalam masa yang sama. So sesapa yang malas nak berfikir tu, better korang tengok cerita lain macam DoA atau Twilight.
‘You’re in a dream. Neo’
‘Wait, this is Inception. You’re not Morpheus’
Filem ni banyak gunakan flashback dan naratif visual so korang kena bukak mata luas-luas supaya korang tak miss point yang disampaikan. Susunan plot sangat kemas dan tak memeningkan kepala untuk aku follow (tak macam cerita The Last Airbender).
Korang akan rasa macam sesat masa mula-mula tonton filem Inception ni, tapi bila masuk 30 minit, semua persoalan korang akan mula terjawab. Lepas 2 jam, korang akan kata ‘Ooooo.. patut laaaaaaa’.
‘I’m the Architect?’
Leonardo diCaprio memang sangat sesuai dengan watak Dom Cobb, seorang pencuri maklumat melalui mimpi (Cobb atau Khwab bermaksud mimpi dalam bahasa Urdu). Watak-watak lain mempunyai personaliti yang unik dan aku sangat suka interaksi antara watak-watak. Ia seolah-olah mengingatkan aku pada cerita Ocean’s 11. Setiap dialog adalah pendek dan padat. Straight to the point.
‘What is the most resilient parisite?’
Terdapat beberapa konsep yang menarik dalam Inception. Misalnya otak manusia mampu memproses maklumat 20 kali ganda dalam keadaan separa sedar (sebab tu kita rasa lama dalam dunia mimpi walaupun kita cuma tidur 5 minit). Konsep Lucid dream (kesedaran bahawa kita sedang bermimpi dan mampu mengawal mimpi) bukanlah perkara baru tapi Inception membuatkan Lucid dream sebagai sesuatu yang cool. Kebolehan untuk berkongsi mimpi juga bukanlah sesuatu yang baru tapi Inception membuatkan idea berkongsi mimpi bukan sesuatu yang mustahil.
Damasutra terkenal dengan Mimpi Dalam Mimpi. Dalam Inception, korang akan mengalami mimpi dalam mimpi dalam mimpi (dalam mimpi). Maksudnya korang akan ‘tidur’ sebanyak 3 kali dan bermimpi sebanyak 3 kali.
Korang kena tengok cerita ni berkali-kali baru korang betul-betul faham. Filem ni sarat dengan mesej berkaitan dengan mimpi dan juga persoalan berkaitan dengan falsafah dan moral. Kalau korang minat The Matrix, sore korang enjoy Inception. It’s THAT good.
‘Woa’
Saranan: Download, copy, rip, curi atau beli VCD/DVD Inception dan do your mind a favour. Kalau korang tak tengok Inception, korang akan menyesal sepanjang zaman. Seriously.
Rating: 9/10 – Wajib tengok 8 kali sebelum tidur.
0 komentar:
Catat Ulasan