Kalau korang belum tengok cerita Scott Pilgrim vs. The World, sila tengok, copy, download atau beli DVD dan tengok. Prepare for awesomeness.
Kalau korang belum baca review aku tentang Scott Pilgrim vs The World, sila baca kat sini.
Kalau korang dah tengok cerita Scott Pilgrim vs. The World, sure ko dah sedia maklum tentang jalan ceritanya. Tapi cuba tengok kali kedua dan cuba perhatikan detail yang ada dalam filem ni. Aku dah tengok cerita ni 5 kali dan ada beberapa perkara menarik yang aku nak kongsi.
Klu Evil Ex’s
Dalam filem ni, kehadiran Evil Ex’s akan disertakan dengan simbol ‘X’ dan nombor.
Sebelum satu-satu pertarungan, akan ada simbol ‘X’ terdapat di mana-mana yang menunjukkan akan kehadiran Evil Ex’s.
Scott Pilgrim biasanya kelihatan memakai baju biasa dengan simbol ZERO menunjukkan dia watak paling lemah. Scott juga minum Coke ZERO dan tidak minum minuman keras.
Bagi watak Matthew Patel, terdapat satu simbol ‘X’ mewakili Evil Ex’s yang pertama.
Simbol ‘X’ juga terdapat di papan tanda EXIT.
Matthew Patel memakai baju kot dengan simbol ‘^’ mewakili nombor 1.
Setelah Matthew Patel dikalahkan, score nya adalah 1000.
Bagi Evil Ex’s no 2 iaitu Lucas Lee, ada dua tanda ‘X’ dapat dilihat dalam shot ni.
Lucas Lee juga mempunyai RV dan kereta yang, you guessed it, angka 2.
Score untuk Lucas Lee adalah 2000.
Todd, Evil Ex’s nombor 3 ada banyak angka 3, termasuk di bilik dan baju yang dipakainya.
Scott berlawan dengan Evil Ex’s nombor 4 di bangunan, well, nombor 4.
Stage Scott bertembung dengan Evil Ex’s nombor 5 dan 6 juga mempunyai tanda ‘X.
Evil Ex’s yang terakhir banyak menggunakan nombor 7 sebagai latar belakang.
Maksud tersembunyi
Dalam seni visual, lantai berpetak hitam dan putih mewakili transisi antara dua dimensi. Ia juga sering dikaitkan dengan alam mimpi atau separa sedar.
Ketika Ramona Flowers bercakap tentang Gideon, terdapat shot pendek yang menunjukkan jalan yang berbentuk seperti huruf ‘G’.
Latar belakang dalam scene Envy menelefon Scott menunjukkan bagaimana Envy ‘meninggalkan’ Scott.
Fun stuff
Signage yang melarang pelanggan menggunakan telefon bimbit dalam kedai. Klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas. Tajuk album ‘The Clash at Demonhead’ yang tak masuk akal. Klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.
Signage yang susah untuk aku digest. Klik untuk lihat dengan lebih jelas.
Bulan dalam dunia Scott Pilgrim vs. The World memang berlubang dek perbuatan Evil Ex’s nombor 3.
Aku rasa ada banyak lg goof dan Easter Eggs dalam filem ni. tapi, apa kata korang try carik sendiri. Pendek kata, filem Scott Pilgrim vs. The World memang banyak simbolisme yang tersembunyi, bukan sekadar berkisar grafik yang cantik dan fancy.
0 komentar:
Catat Ulasan