Sebelum korang bertanya, yes, memang aku dah lama tak dengar radio tempatan dan secondly, no, itu tidak bermakna aku tidak patriotik sebab tidak menyokong produk tempatan. Actually aku penat dengan perbalahan dua syarikat besar dalam bidang penyiaran dan media ni (Media Prima vs Maestro). Masing-masing mendakwa program mereka jauh lebih baik daripada pesaing mereka.
Pada mulanya radio ERA merupakan stesen radio paling popular dan seingat aku, aku mula dengar radio ERA dari form 3. Sapa boleh lupa tagline asal ERA ‘Rentak Muzik Terkini’. Daya tarikan utamanya adalah segmen Pilihanmu di ERA yang memutarkan lagu-lagu yang diminta oleh para pendengar. Tidak dinafikan juga para penyampai radio (bukan DJ) yang selamba dan happening. Memang tidak bosan dengar celoteh diorang. Jamal Jamaluddin Halim Othman, Linda Onn, Khairil dan Kiran dah jadi household name dan populariti diorang tidak terhenti setakat di konti radio sahaja. Halim Othman menjadi pengacara dalam Roda Impian, Linda Onn jadi hos dalam Sehati Berdansa dan ada beberapa nama yang aku sendiri tak ingat.
Bagi aku, aku pilih ERA (ketika tahun 1999) sebab stesen ni memainkan lagi 24 jam tanpa henti. Pada masa tu memang kira gempak la. Mana ada radio lain mainkan lagu 24 jam. Sekarang, semua radio mainkan lagu 24 jam. Dan aku suka segmen Carta ERA yang bukan ada 10 tangga carta, tapi 20! Gila banyak lagu dalam 20 tangga carta. So aku tak perlu la tune stesen lain untuk dengar semua lagu-lagu top.
Di awal kemnculan radio ERA, iklan adalah sangat kurang dan iklan di radio ERA adalah sangat cool. ERA membuka dimensi baru dalam pengiklanan di radio. Iklan di ERA adalah sangat selamba dan menarik untuk di dengar. Tidak pernah aku rasa seronok macamni bila dengar iklan di radio. Kadang-kadang aku boleh tergelak bila dengar iklan diorang.
Lepas beberapa ketika, muncul plak Hot fm. Sebuah stesen radio di bawah naungan Media Prima. Dengan tagline ‘Lebih Hangat Dari Biasa’, radio Hot fm memang jelas HOT! Sapa boleh lupa segmen Panggilan Hangit oleh Faisal Ismail dan Nana tu. Maka dengan ini muncul lah persaingan antara radio ERA dan Hot fm. Masing-masing cuba mencapai rating pendengar terbanyak. Keputusannya? Hot fm mempunyai rating pendengar tertinggi berbanding pesaingnya, radio ERA. Bagi aku Hot fm maybe baik ‘sikit’ dari radio ERA. Kalau tak, masakan Hot fm menjadi stesen radio yang paling banyak pendengar?
ERA ambil langkah drastik dengan mengubah struktur segmen dan menampilkan muka-muka baru sebagai penyampai radio. Penyampai radio yang ‘senior’ dihantar ke stesen radio Sinar fm. Maka muncul la Fara Fauzana, Aznil, Din Beramboi, Dina dan lain-lain lagi. ERA nampaknya cuba memberi imej dan nafas baru dalam industri penyiaran dan seriously, nampak sangat ERA cuba merampas kembali tahta sebagai radio yang paling ramai pendengar.
Malangnya, ERA pernah dilabel sebagai tidak patriotik (aku rasa) sebab ERA asyik memutarkan lagu-lagu Indonesia. Kadang-kadang aku rasa bukan salah stesen radia yang memainkan lagu-lagu Indonesia ni. Actually, pendengar gak yang mintak lagu-lagu Indon. So, aku tak faham kenapa stesen radio dipersalahkan sedangkan permintaan tu datang dari pendengar sendiri. Dalam keadaan ni, aku rasa radio ERA jadi mangsa kepada pendengarnya sendiri.
Tak cukup dengan itu, ERA juga turut dikomplen sebab ‘banyak sangat iklan’. Berbeza dengan keadaan awal kemnculan radio ERA, sekarang ni iklan di ERA lebih banyak dari lagu yang diputarkan. Aku pernah bawak kereta dari rumah ke tempat kerja dan sepanjang perjalanan tu aku dengar iklan sahaja. Wataf..?
Kalau orang tanya aku kenapa aku pilih Hot fm, bukan radio ERA, aku akan jawab, ‘aku dengar radio sebab nak dengar lagu dan muzik, bukan nak dengar iklan dan orang berceloteh’.
Kalau diperhatikan, banyak sangat segmen-segmen yang ‘banyak cakap’ ni ke udara. Meh aku senaraikan:
- Riuh Pagi ERA
- Drama Sebabak
- Teka-Teki ERA
- AM Krew
- Panggilan Hangit
- Panggilan Kena BURN
- Can I Help You?
Oh ya, kumpulan SEPAH pun ada dalam radio ERA. Pernah gak la sekali dua terdengar diorang ke udara. Dan memang betul seperti dikatakan, lawak diorang ni banyak double meaning aka luicah. Maybe tu trademark diorang tapi bagi aku tindakan memasukkan kumpulan SEPAH dalam frontline untuk menaikkan imej ERA akan backfire ERA balik.
Secara peribadi, aku lebih suka dengar Hot fm. Bukan sebab segmen-segmen celoteh diorang tu (dan aku anti dengan radio yang mengenakan pendengar aka Panggilan Hangit) tapi maybe seleksi muzik yang diorang mainkan adalah fresh. Sebagai pendengar muzik tegar, aku tak suka mendengar lagu yang sama berulang kali (Mix fm, I’m looking at you). Aku nak perubahan dan kadang-kadang muzik yang takde dalam carta pun boleh dilayan jika kena pada masanya.
Berbeza pula dengan radio ERA yang memainkan lagu berdasarkan permintaan pendengar setianya. Kalau satu-satu lagu tu didendangkan berkali-kali, tak kira la lagu tu best mana pun, lama-lama akan jadi muak gak.
Dan sekarang radio ERA dah kenalkan segmen K-POP atau Korea POP. Segmen yang memainkan lagu-lagu dari Korea seperti Shinee, Super Junior dan nama-nama kumpulan yang tidak dapat aku recall. Tinjauan aku mendapati segmen K-POP ni mendapat sambutan agak menggalakkan. Tapi aku tak pasti samada segmen ni akan bertahan lama atau tidak. History repeats itself. Maybe pada masa akan datang radio ERA akan dikritik dan dilabel tidak patriotik sebab memainkan lagu-lagu Korea pula. Just sayin’.
Bagi aku, aku akan dengar radio tempatan kalau aku guna pengangkutan awam, lepak kedai makan atau tengah gunting rambut. Tidak lebih dari tu. Aku still setia dengan SKY.fm. Dan macam aku cakap di awal penulisan, itu tidak bermakna aku tidak patriotik.
0 komentar:
Catat Ulasan