Bagaimana Stesen Radio Memainkan Lagu Ke Udara

Korang pernah dengar radio tak? (Mestilah! Soalan bodoh!) Pernah tak korang terfikir bagaimana stesen radio memainkan lagu-lagu yang sering berkumandang di udara tu? Nak tahu? Meh aku bagitahu.

RADIO ERA FM

  1. DJ masuk pejabat konti.
  2. DJ dengar permintaan pemanggil sambil borak-borak dengan pemanggil.
  3. DJ buat playlist lagu yang diminta oleh pemanggil (iaitu pendengar radio) diselangselikan dengan iklan.
  4. DJ tekan play dan keluar minum teh tarik.

RADIO MIX FM

  1. DJ masuk pejabat konti.
  2. DJ bukak Winamp dan load playlist lagu-lagu yang dia suka dan setkan kepada Shuffle/Random.
  3. DJ tekan play dan keluar minum teh tarik.

Actually aku dah mula bosan dengar radio tempatan ni. Bukan apa, cuma seleksi lagu-lagu yang dimainkan tu macam kurang ‘segar’. Setiap hari rasa seolah-olah macam radio tempatan ni memainkan lagu-lagu yang sama sepanjang hari. Pernah sekali aku terdengar Mix FM mainkan lagu yang sama sebanyak TIGA KALI BERTURUT-TURUT. Bukan la nak marah tapi aku hampir berteriak WATAF..??

Sebagai alternatifnyer, aku dengar SKY.fm – satu siaran radio internet 24 jam dengan pelbagai genre dan siaran. Ada genre Hip hop, Jazz, JPop dan Trance. Memang takkan bosan la. Kalau aku melukis, aku suka dengar Trance supaya bersemangat sket. Kalau takde ilham, aku dengar Jazz atau Blues. Lagu-lagunya plak memang banyak so jarang-jarang la dengar lagu yang sama dimainkan 2 kali.

sky_fmLogo SKY.fm

Kalau korang belum pernah dengar internet radio, cuba la dengar sekali. Pasti korang takkan takkan kembali ke siaran radio tempatan. Dah bagi peringatan awal-awal nie. Enjoy!

0 komentar: