Tips & Tricks 1

Cuba ikut langkah di bawah:

  1. Buka "http://www.google.com"
  2. search "do a barrel roll"
  3. Klik search
  4. ???????
  5. PROFIT!!!

Hybrid filem E.T dan Transformers - Review filem Super 8

Penulis baru je lepas download menonton filem Super 8 dua hari lepas. Lepas menonton filem ni, penulis ada perasaan yang bercampur baur. Ada rasa gembira, sedih, suspens, dan kecewa. Tapi rasa kecewa tu lagi banyak daripada rasa yang lain. Sebelum itu, sinopsis filem Super 8.
Super 8 menceritakan sekumpulan remaja yang membuat penggambaran filem dan akhirnya terlibat dengan kemalangan keretapi. Akhirnya mereka perlu menyiasat kemalangan tersebut diikuti dengan peristiwa misteri dan aneh yang berlaku di bandar mereka.
Antara sebab kenapa penulis menonton filem Super 8:

  • Filem Steven Spielberg. Pastinya ada melibatkan kisah tentang seorang budak dengan konflik.
  • Trailer yang suspen.
  • Ada demo Super 8 dalam game Portal 2. Giler potato ahh!
  • Poster yang super cool.
Apa yang boleh penulis komen tentang filem Super 8:
  • Permulaan cerita yang baik. Ada perkembangan watak dan latar belakang cerita.
  • Lakonan yang sangat natural. Pelakon budak-budak pulak tu.
  • CGI yang nampak superb. Setanding dengan filem Transformers. ILM la katakan.
  • Masuk minit ke 80, jalan cerita mula jadi longgar. Macam mana Joe Lamb tahu *alien* tu simpan Alice bawah tanah? Kenapa mesti bawah menara air? Apa kaitan dengan semua besi yang melayang dan berterbangan tu? Banyak persoalan tak terjawab.
  • Filem yang hampir anti-klimaks. Semua unsur suspen dan misteri dibina dengan baik. Tapi bila part reveal *alien* tu, penonton tak rasa puas pun. Sebaliknya kehadiran *alien* tu mengundang lagi banyak persoalan.
  • Banyak sangat efek lens flare. Sampai rasa macam dibuat-buat dan tidak natural.
  • Tak banyak memorable moment. Banyak scene dicedok daripada filem Steven Spielberg yang lain. Hatta scene pegang tangan pun sebijik macam dalam filem Transformers.
  • Ada bonus jika tunggu sampai kredit habis. Yay! Bonus content!

Filem Super 8 ada kekuatannya sendiri tetapi malangnya kekuatan filem ini tidak mampu bertahan sehingga penghujung filem. Jangan letak harapan yang terlalu tinggi ketika menonton filem Super 8. Penonton akan dibiarkan dengan lebih banyak pertanyaan di penghujung filem dan filem ini antara bukti bagaimana marketing dan promosi yang hebat boleh menutup filem yang *ehem* berkualiti rendah.



Tengok sekali pun dah cukup.

Bila Mr Bean jadi Spy - Review filem Johnny English Reborn

Sapa yang tak kenal Mr Bean? Tapi filem ini bukanlah mengisahkan tentang Mr Bean jadi spy. Ia mengisahkan seorang perisik Inggeris bernama (duh) Johnny English yang perlu menyelamatkan Perdana Menteri England dan Presiden China daripada menjadi mangsa pembunuh upahan. Dapatkah Johnny menyelamatkan dunia? Saksikan sendiri di pawagam atau download bila keluar BluRay.

Johnny English adalah contoh terbaik filem genre komedi yang bijak menggunakan unsur timing dan punch line tanpa memaparkan unsur-unsur lucah atau toliet jokes. Ia mempunya humor stail British dan semua lawak-lawak yang ada dalam filem ini memang berada pada tahap yang lain - hampir menyerupai stail Ah-Ha tetapi lebih lucu dan 'berani'.

Dialog Rowan Atkinson yang bersahaja dan kadang-kadang kena pada situasi membuatkan penonton boleh hilang suara sebab ketawa banyak sangat. Bahkan ada penonton yang melambung popcorn sebab tak tahan tengok adegan kejar-mengejar stail parkour antara penjahat dan Johnny English.

Filem ini banyak mengkritik filem perisikan yang lain seperti James Bond. Queen of England pun tak terlepas daripada menjadi mangsa lawak dalam filem ni. Tapi oleh kerana persembahan mantap Rowan Atkinson, maka penonton boleh lupakan seketika beberapa scene yang tak masuk akal. Berlatih menarik batu dengan menggunakan ko**k? WTFHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH!!!

Lupakan jalan cerita yang tak masuk akal, sebaliknya cuba bersedia dengan fikiran yang kosong dan bersedia untuk melihat Mr. Bean er... Johnny English dengan perspektif yang baru.



Lawak tahap cipan.. Bab helicopter lalu atas jalan pun dah cukup buat penulis ketawa sampai nak terkencing dalam seluar..

Ketawa pecah perut - Review filem Borat

Borat mengisahkan tentang seorang wartawan televisyen Kazakhstan bernama Borat (duh) yang pergi ke Amerika untuk melaporkan satu dokumentari televisyen. Pengembaraan Borat di Amerika menjadi semakin mencabar apabila tidak dapat meneruskan penggambaran dan akhirnya mahu mencari dan mengahwini (guess who) Pamela Anderson.

Premis cerita ini sangat mudah dan seperti mana genre film road movie, watak utama (Borat) akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan sepanjang perjalanan. Akan tetapi fokus utama dalam filem ini bukanlah Borat, sebaliknya perbezaan budaya antara Amerika dan Kazakhstan, dan bagaimana Borat menerima perbezaan budaya itu dengan tangan terbuka, sebaliknya rakyat Amerika yang digambarkan dalam filem ini masih lagi dengan cara, well, Amerika.



Filem ini secara jelas menunjukkan kritikan sosial ke atas masyarakat Amerika yang masih fobia dengan frasa pengganas dan letupan PWTC. Secara sarkastik dan halus Borat menunjukkan bagaimana rakyat Amerika yang digambarkan berfikiran terbuka dan liberal sebenarnya masih lagi mempunyai mentaliti yang sempit dan sukar untuk menerima budaya luar.

Filem ini mempunyai banyak lapisan makna dan penulis mendapat makna baru setiap kali menonton Borat. Walaubagaimana pun filem Borat ini dijamin akan 'menyerang' penonton dengan visual yang agak ekstrem dan pada masa itu penonton akan terpinga-pinga dengan visual yang dipaparkan.



Secara keseluruhannya, filem ini wajar dilabelkan sebagai satu karya masterpiece yang bukan sahaja sarkastik dan lucu, tetapi mampu 'mencubit' dan memberi kesedaran. Secara tidak langsung, kita bukan mentertawakan Borat, sebaliknya kenaifan diri kita sendiri.



Rasa macam sesak nafas sebab ketawa banyak sangat.