Ketawa pecah perut - Review filem Borat

Borat mengisahkan tentang seorang wartawan televisyen Kazakhstan bernama Borat (duh) yang pergi ke Amerika untuk melaporkan satu dokumentari televisyen. Pengembaraan Borat di Amerika menjadi semakin mencabar apabila tidak dapat meneruskan penggambaran dan akhirnya mahu mencari dan mengahwini (guess who) Pamela Anderson.

Premis cerita ini sangat mudah dan seperti mana genre film road movie, watak utama (Borat) akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan sepanjang perjalanan. Akan tetapi fokus utama dalam filem ini bukanlah Borat, sebaliknya perbezaan budaya antara Amerika dan Kazakhstan, dan bagaimana Borat menerima perbezaan budaya itu dengan tangan terbuka, sebaliknya rakyat Amerika yang digambarkan dalam filem ini masih lagi dengan cara, well, Amerika.



Filem ini secara jelas menunjukkan kritikan sosial ke atas masyarakat Amerika yang masih fobia dengan frasa pengganas dan letupan PWTC. Secara sarkastik dan halus Borat menunjukkan bagaimana rakyat Amerika yang digambarkan berfikiran terbuka dan liberal sebenarnya masih lagi mempunyai mentaliti yang sempit dan sukar untuk menerima budaya luar.

Filem ini mempunyai banyak lapisan makna dan penulis mendapat makna baru setiap kali menonton Borat. Walaubagaimana pun filem Borat ini dijamin akan 'menyerang' penonton dengan visual yang agak ekstrem dan pada masa itu penonton akan terpinga-pinga dengan visual yang dipaparkan.



Secara keseluruhannya, filem ini wajar dilabelkan sebagai satu karya masterpiece yang bukan sahaja sarkastik dan lucu, tetapi mampu 'mencubit' dan memberi kesedaran. Secara tidak langsung, kita bukan mentertawakan Borat, sebaliknya kenaifan diri kita sendiri.



Rasa macam sesak nafas sebab ketawa banyak sangat.

0 komentar: