Racing realisme - Review game Dirt2


DiRT2 (sebelum ini dikenali sebagai Collin McRae Rally) adalah satu lagi game keluaran Codemaster. Rasa macam baru semalam penulis main game Collin Mcrae Rally 2, tahu-tahu je dah ada siri DiRT plak.

Untuk pengetahuan pembaca semua, siri game rally DiRT mementingkan aspek realisme tak kira dari segi grafik atau gameplay; tak seperti game Need For Speed yang lebih ke arah racing stail arcade. Model kereta, lighting, background dan special effect kelihatan sangat real sampai kadang-kadang terasa macam tengok siaran Live kat TV. Cuba tengok screenshots kat bawah ni:


Presentation dalam DiRT2 adalah ringkas tetapi efektif. Keseluruhan game terasa unsur-unsur 'underground' dan 'alternative'. Hampir sama dengan presentation dalam siri Need For Speed: Most Wanted tapi kurang elemen Hip-Hop. Pemilihan font, warna dan music adalah sangat bersesuaian dengan tema rally. Tapi apabila perlumbaan dimulakan, muzik akan dipadamkan dan bersedia lah dengan bunyi deruman enjin 300bhp akan menggegarkan gegendang telinga.


Walaubagaimana pun penulis nak tekankan aspek kawalan dan pemanduan dalam DiRT2 ni. Kawalan kereta dalam game ni adalah sangat susah. Penulis sendiri perlukan masa untuk biasakan diri sebelum boleh bawak kereta dengan baik. Kereta akan mudah hilang kawalan jika termasuk dalam kawasan berlumpur dan berair, jalan terasa licin selepas hujan, dan akan mudah terbabas jika brek mengejut.

Tapi jangan risau, DiRT2 ada fungi Replay, serupa seperti fungsi Rewind dalam siri Prince of Persia, dimana pemain boleh Undo jika hilang kawalan atau mahu betulkan cara pemanduan. Fungsi Replay dalam racing adalah suatu yang baru dan mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan. Kalaulah DiRT2 ada fungsi speedbreaker macam siri NFS: Most Wanted..

DiRT2 memerlukan spec komputer yang agak tinggi; sekurang-kurangnya 2GB RAM, 1GB graphic card dan dual core processor. Full spec adalah seperti berikut:
Recommended Specifications: Enhanced for DirectX 11
OS: Microsoft Windows XP, Vista or Windows 7
Processor: Intel Core i7 or AMD Phenom II
Memory: 3GB
HD Space: 10GB
Video Card: ATi Radeon HD 5700 Series
Minimum Specifications:
OS: Microsoft Windows XP, Vista or Windows 7
Processor: Intel Pentium 4 3.0Ghz
AMD Athlon 64 3400+
Memory: 1GB (2Gb for Windows Vista)
HD Space: 10GB
Video Card: ATI Radeon X1500
NVIDIA GeForce 6800
Mungkin ada pemain yang cepat frust dan tak suka dengan realisme sebegini. Tapi bagi penulis, game sebegini membawa 'nafas' baru dalam genre racing. Jadi tunggu apa lagi? Cepat upgrade PC tu dan install game DiRT2.
Game DiRT2 boleh didapati di semua platform dan konsol.

9/10 bintang. Tak jemu mata memandang, tak bosan main banyak kali (bila dah terer).


0 komentar: