Penulis berkesempatan untuk menonton filem Seram sejuk terbitan i-Insan Multimedia Sdn. Bhd. dan Metrowealth Pictures beberapa minggu lepas. Bagaimana review filem Seram Sejuk ini?
Apa-apa hal kita layan trailer filem ni dulu:
Seram Sejuk mengisahkan seorang penyanyi rock (Zul Handyblack) yang ingin membuat video klipnya tetapi mempunyai budget yang ciput. Dalam masa yang sama juga seorang editor Che Mey (Sabri Yunus) yang berusia dalam akhir 20an, yang menyimpan perasaan terhadap seorang rakan setugasnya bernama Rose (Wawa Zainal). Syakir (Angah Raja Lawak) mula merasa cemburu apabila majikannya Che Mey juga turut menaruh minat terhadap gadis tersebut. Kisah-kisah ganjil bermula apabila disatu ketika Saiful telah menjumpai sebuah kalung yang menyimpan seribu misteri. Rose telah menolak pemberian Syakir yang cuba menghadiahkan kalung tersebut kepada beliau. Bermula dari peristiwa tersebut menyebabkan Rose mula dirasuk oleh kuasa dari kalung tersebut dan pekerja-pekerja di pejabat tersebut mula diganggu oleh kuasa jahat yang terdapat pada kalung tersebut.
Che Mey dan Syakir mula dilagakan menyebabkan mereka berdua merasa saling tak puas hati. Kejadian-kejadian misteri yang berlaku telah menyebabkan Syakir dan Che Mey mula tuduh-menuduh antara satu sama lain dengan mengatakan masing-masing memakai ilmu hitam untuk mendapatkan Rose. Dari situlah wujudnya dukun palsu (Zaidi Omar) yang cuba mengambil kesempatan atas situasi tersebut. Akhirnya misteri kalung tersebut telah terungkai. Kalung tersebut merupakan kalung pusaka peninggalan pasangan kekasih yang telah dibunuh oleh perompak dan merupakan lambang cinta mereka. Kuasa yang terdapat pada kalung tersebut menggangu mereka. Kuasa kalung lagi merasa marah apabila setelah diambil tetapi tidak dhargai. Akhirnya kalung tersebut dapat dipulangkan ketempat asalnya kembali.
Apakah kesudahan filem ini? Adakah Syakir dapat memikat Rose?
Pada mulanya penulis anggap filem ni macam filem seram komedi yang lain seperti Momok the Movie atau Ngangkung. Ternyata tanggapan penulis meleset sama sekali. Baru beberapa minit filem dimulakan, penulis dah ketawa terbahak-bahak.
Lawak yang disampaikan oleh Angah dan Sabri Yunus memang menjadi dan bersahaja. Zul sebagai artis yang baru nak naik juga merupakan satu twist yang menarik. Sampai sekarang penulis still ingat lirik lagu "Meroket ke Bintang".
Pada pendapat penulis, filem ini tidak meletakkan kesemua unsur humor pada hantunya, tetapi pada karakter dan perjalanan ceritanya. Kesemua karakter berkembang dengan baik dan perjalanan plot berjalan dengan lancar tanpa perlu dipaksa. In the end, situasi dan reaksi karakter yang menjadi nadi utama kepada filem ni.
Filem ini menunjukkan bahawa semua orang mempunyai matlamat dan niat tersendiri. Setiap orang juga mempunyai cara dan pandangan mereka tersendiri walaupun ia melibatkan satu perkara yang sama. Filem ini sehara halus mengkritik masyarakat yang suka mengejar impian dengan cara mudah dan akhirnya memakan diri sendiri.
Akhirnya, sebuah filem yang berjaya menghiburkan dan juga mempunyai mesej yang tersirat. Bukan selalu penulis dapat enjoy filem yang bermesej sebegini.
Jangan lupa saksikan filem Seram Sejuk di pawagam berhampiran bermula Aidilfitri ini. Kalau tak sempat tengok di panggung, beli DVD di kedai CD berhampiran.
Kesimpulan akhir:
Sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Dijamin gelak sampai tak kering gusi.
1 komentar:
Casino Review | Up to ₹10,000 in Bonuses + 100 Free Spins
Casino Casino 10 뱃 Review 호반 그래프 유니벳 The online 포커 고수 casino 스포츠 벳 offers numerous games for you to choose from, including slots, blackjack, live casino, roulette,
Catat Ulasan