Just kill me now: Revie filem Momok Jangan Cari Pasal


Filem Momok Jangan Cari Pasal merupakan sambungan (?) kepada filem Momok the Movie dan juga Momok Jangan Panggil Aku. Filem arahan M. Jamil ini menelan bajet jutaan ringgit dan menggunakan teknik CGI yang terkini.

Bagaimana review filem ini?

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan filem terbaru arahan M.Jamil. Sepanjang penggambaran filem ini, banyak kejadian-kejadian seram yang benar-benar berlaku. Semenjak hari pertama penggambaran, krew dan tenaga kerja, termasuk pelakon semuanya diganggu oleh "Momok" dan kejadian-kejadian yang aneh dan misteri. 

Tok Wan yang dipanggil untuk melancarkan penggambaran filem ini tanpa gangguan juga tidak dapat membantu sepenuhnya. Ke mana hilangnya Ajaq, pelakon baru yang terlalu minat untuk berlakon namun akhirnya lari ketika di set penggambaran? Adakah Sheril Aida terlalu mendalami wataknya sehingga dirasuk? Dapatkah filem ini disiapkan dan adakah M.Jamil akan meneruskan penggambaran filemnya ini walaupun semua krewnya diganggu? Semuanya bakal terjawab dalam filem…
Biarlah penulis berikan review yang jujur dan ikhlas tentang filem ni.

Sepanjang hidup penulis, inilah filem paling selekeh dan tak masuk akal yang pernah penulis tonton. Filem ni tak layak dipanggil filem. Kualiti filem yang hampeh dan tak layak ditayangkan di pawagam. Tak cukup sifat untuk dilabelkan sebagai drama. Buat CD pun rasanya tak laku.

Tiada aspek yang boleh dibincangkan dalam filem ni. Penceritaan dan plot bukan sahaja lemah, bahkan takde langsung plotnya. Watak yang terdiri daripada krew penggambaran sendiri. Dialog yang main ikut suka hati je. Konon kira spontan dan improvisasi la. Bahkan nama watak dalam cerita ni pun menggunakan nama sebenar.

Kebanyakan scene dalam filem ni nak menunjukkan bahawa buat filem tu susah dan banyak cabaran. Ada scene tunjukkan cameraman dok setting camera, makeup artist yang banyak songel dan sebagainya. Kalau macam tu baik buat siri realiti tv. Takpun buat dokumentari je. Takyah susah-susah berlakon. Jadi je diri sendiri.

Ada beberapa part yang memang kantoi dan memalukan. Dah la efek hujan tu nampak sangat guna air pancut, efek kilat sabung menyabung pun nampak macam orang baru belajar guna After Effects. Apakah ketahian ini..

Untuk menambahkan lagi luka di hati penonton, filem ni memaparkan hantu CGI yang amatlah selekeh dan main keluar masuk ikut suka hati. Tak tahu apa motif pengarah masukkan gambar hantu tu. Nak kata seram tidak, nak kata kelakar pun tidak. Sedih. Cukup sedih.

Tak cukup dengan itu, setiap scene juga diselang-selikan dengan lagu tema Momok Jangan Cari Pasal. Dah la muzik dan suara penyanyi kualiti tak sedap macam menyanyi kat karaoke. Bergeliga kepala pengarah buat filem macam ni. Ingatkan pengarah A Razak Mohaideen yang hancus, rupanya ada pengarah lagi hancus..

Bila sampai penghujung cerita, penulis dah tak boleh bernafas dan buah pinggang penulis juga gagal berfungsi. Penulis tak tahu macam mana filem ni boleh diluluskan untuk tayangan pawagam di seluruh Malaysia.

Satu je nasihat penulis. Jangan tonton filem ini. Ia akan membahayakan kesihatan penonton.



Membazir masa dan tenaga je tengok cerita nie..

0 komentar: