Pernah tengok filem Gundam? Minat dengan robot-robot besar ala mecha dan Transformers? Filem Mantera yang sarat dengan CGI dan robot gergasi (serta Tomok) ini pastinya menjadi pilihan.
Filem Mantera merupakan filem terbitan Flare Studios Sdn. Bhd. dengan kerjasama Spacetoon. Filem yang sarat dengan CGI ini dikatakan mampu memberi impak baru dalam perkembangan filem tempatan. Bagaimana pula dengan review filem Mantera ini?
Berikut adalah sinopsis filem Mantera (sorry, agak panjang sedikit):
Berikut adalah sinopsis filem Mantera (sorry, agak panjang sedikit):
Sam Weston, pemilik Weston Technologies berang di atas pencerobohan di makmal penyelidikannya. Prototaip system senjata terbarunya ‘Mantera’ atau MAN-Transformable Exo- Robotic Armour telah disabotaj dan dimusnahkan.Ketua Saintis, yang mengetuai pasukan penyelidik telah hilang. Pembeli teknologi terbarunya berkeras supaya Sam segera menghantar prototaip tersebut atau uruniaga mereka akan dibatalkan. Lebih memburukkan keadaan apabila komponen serta bahagian-bahagian ‘Mantera’ yang telah dimusnahkan telah secara tidak sengaja dihantar ke bahagian lain dunia..kepada seorang remaja bernama Azman, di Malaysia.
Kuala Lumpur, Malaysia
Azman, atau lebih dikenali dan digeruni di alam siber sebagai Dark Robe, adalah seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan IT dengan pengkhususan dalam bidang Interaksi Komputer-Insan.Dia, yang merupakan seorang genius dalam bidangnya mendapati dirinya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan realiti. Azman seorang yang pendiam dan hanya mempunyai segelintir rakan di kolejnya. Teman baiknya, Kelvin,adalah seorang yang suka berjenaka, dan mempunyai personaliti yang sangat berbeza berbanding sikap Azman. Mereka berasal dari daerah yang sama dan pernah bersekolah di sekolah menengah yang sama. Dalam semester akhirnya, sesuatu yang indah akan berlaku dan bakal merubah kehidupan Azman buat selama-lamanya. Sesuatu yang istimewa tersebut adalah seorang gadis, bernama Deena. Buat pertama kalinya di dalam hidup Azman, dia merasakan dirinya tercabar oleh seorang perempuan.Deena adalah pelajar tahun akhir dalam bidang Robotics, dan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.
2 minggu yang lalu, Azman memesan satu set model kit ‘Gundam V’ melalui internet dan dia tidak sabar untuk memasang model kit tersebut untuk menambahkan koleksi Gundamnya. Azman terperanjat apabila menerima sebuah bungkusan kayu yang besar dan berat melalui pesanannya. Di dalam kotak tersebut terdapat logam dan besi yang tidak diketahuinya. Hatinya terdorong untuk memasang komponen-komponen logam tersebut yang kelihatan hampir menyamai boomerang. Komponen logam tersebut secara tiba-tiba berubah bentuk menjadi sebuah topi keledar. Dengan bantuan topi keledar tersebut,Azman berjaya melihat imbasan penuh skima pemasangan komponen-komponen logam tersebut yang pada akhirnya membentuk sebuah motorsikal. Azman meminta bantuan rakan baiknya,Kelvin untuk membantunya memasang semula komponen motorsikal tersebut. Motorsikal tersebut sebenarnya adalah merupakan satu sistem senjata teknologi maju yang diberi nama ‘Mantera’. Sistem senjata tersebut, sebagai sebuah motorsikal, akan memberikan pergerakan tambahan kepada penunggangnya, namun pada mode pejuang, motorsikal tersebut akan bertukar dan bergabung dengan penunggangnya untuk membentuk pelindung badan ‘exo-robotic’ dan memberikan penunggangnya perlindungan maksimum dan juga kuasa luar biasa.Secara ringkasnya, Mantera mengisahkan tentang Man yang berjuang dengan motor/mobile suit untuk menentang kejahatan. Rasanyalah..
Azman secara tidak sengaja telah mengaktifkan system Perlindungan ‘Mantera’ dan secara tidak langsung menyebabkan pegawai-pegawai di Weston Technologies menerima amaran pengaktifan system tersebut. Tanpa pengetahuan Azman, tindakannya menghidupkan Mantera telah mencetuskan rentetan peristiwa pada 3 benua yang berbeza dan mencetuskan pertelingkahan antara 2 pertubuhan rahsia: Alliance of Light dan Dark Legion of the Apocalypse untuk memiliki teknologi terbaru ini. Alliance of Light telah berjaya mendapatkan Mantera dan telah menghantar pulang Mantera ke pangkalan rahsia mereka di Dubai bagi tujuan keselamatan. Setelah mengetahui bahawa mereka telah dikalahkan musuh mereka,Dark Legion melepaskan 2 robot pemusnah iaitu Robot Vega ke Bandar Dubai.Maka di sana, bermulalah pertempuran bagi meraih kuasa tertinggi untuk menentukan masa depan umat manusia.
Pertama kali penulis tengok trailer filem ni, memang penulis terasa agak teruja. Mana taknya, sudah agak lama industri file kita tidak menyajikan filem genre fiksyen sains dan CGI. Kali terakhir pun filem Cicak Man terbitan KRU.
Malangnya harapan itu bertukar menjadi kekecewaan apabila menonton filem ini. Filem ini kelihatan gah, tapi kelemahan filem ini tetap jelas.
Sebelum itu, biar lah penulis berikan kekuatan filem Mantera ni. Filem ini kaya dengan CGI. Kebanyakan CGI dalam filem ini adalah almost flawless, tak nampak cacat langsung dan nampak real; kecuali beberapa babak seperti scene kejar-mengejar di lebuhraya. Mata penulis memang stim giler tengok robot tu bertukar kepada motor.
Walaupun teknik CGI dalam filem ini hebat, namun filem ni gagal menyampaikan jalan cerita kepada penonton. Penonton disajikan dengan visual menarik tetapi penonton menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang berlaku di layar. Siapa orang jahat? Siapa orang baik? Kenapa orang jahat nak Mantera? Bahkan kejahatan watak orang jahat pun tidak dijelaskan.
Ketika scene di luar negara, teknik penggambarannya seakan-akan filem Bourne siap dengan soundtrack suspen lagi. Wide shot yang memang cantik dan adegan kejar-mengejar yang sememangnya mendebarkan. Tapi apabila scene bertukar kepada dalam Malaysia, entah mengapa terasa seperti menonton drama swasra di televisyen. Dialog terus bertukar menjadi cheesy. Ditambah pula dengan dialog Tomok yang perlahan dan ala macho tu.
Terlalu banyak yang cuba disampaikan oleh filem Mantera ni, tetapi malangnya ia gagal disampaikan kepada penonton. Filem Mantera adalah sebuah filem yang sarat dengan visual menarik tetapi gagal memberi kepuasan kepada penonton.
Tengok sekali, tak faham. Tengok dua kali pun tak faham.
Ketika scene di luar negara, teknik penggambarannya seakan-akan filem Bourne siap dengan soundtrack suspen lagi. Wide shot yang memang cantik dan adegan kejar-mengejar yang sememangnya mendebarkan. Tapi apabila scene bertukar kepada dalam Malaysia, entah mengapa terasa seperti menonton drama swasra di televisyen. Dialog terus bertukar menjadi cheesy. Ditambah pula dengan dialog Tomok yang perlahan dan ala macho tu.
Terlalu banyak yang cuba disampaikan oleh filem Mantera ni, tetapi malangnya ia gagal disampaikan kepada penonton. Filem Mantera adalah sebuah filem yang sarat dengan visual menarik tetapi gagal memberi kepuasan kepada penonton.
Tengok sekali, tak faham. Tengok dua kali pun tak faham.
0 komentar:
Catat Ulasan