Memang ada class - Review filem X-Men: First Class


X-Men: First Class merupakan sambungan kepada trilogi siri X-Men. Kali ini penonton dapat mengenali cerita disebalik penubuhan X-Men serta kisah silam Professor Charles Xavier (Prof. X) dan juga Erik (Magneto).

Pembuka filem ini agak menarik dan berjaya membuatkan penonton ingin terus menonton apa yang terjadi seterusnya. Dialog yang disampaikan ringkas dan padat tetapi penuh bermakna.

Aksi dan persembahan dalam filem sangat menarik. Set dan lokasi terasa sangat meyakinkan dan secara tidak langsung membantu penyampaian cerita. Walaupun filem ini secara jelas menceritakan perihal makhluk mutan, tetapi segala aksi (atau power) mutan dikawal dengan baik dan kemas agar tidak keterlaluan. Tidak seperti filem X-Men sebelum ini yang sarat dengan aksi dan letupan sehingga kita tidak tahu siapa yang baik dan siapa yang jahat.

Dalam setiap filem, penulis cuma cari 3 ciri utama sahaja: 1. Watak jahat yang mempunyai motif yang logik (Dia buat jahat tetapi mempunyai niat yang baik) 2. Watak baik/hero yang tidak perfect (Prof. X akan menjadi lumpuh). 3. Jalan cerita yang tidak membodohkan penonton (Unsur asing atau pelik masih boleh diterima asalkan ia masuk akal).

So far, filem ini berjaya memuaskan hati dan ketiga-tiga ciri itu boleh didapati di dalam filem yang First Class ini. Tahniah Hollywood kerana berjaya buktikan tidak semua sequal/prequel itu teruk.

Ada yang sudah menonton filem X-Men ini? Apa pendapat anda? Jangan lupa untuk tinggalkan komen.


Pin Tab vs App Tab

Baru-baru ni penulis download Firefox 4.0. Sebelum ni guna versi beta je, so memandangkan dah ada Firefox 4 yang stabil ni, penulis cuba la upgrade. Pada masa yang sama penulis dapat tahu bahawa Firefox 5 dah keluar (bukan versi beta). So alang-alang upgrade, terus guna Firefox 5 je la.

Rupa dan feel Firefox 5 tak jauh berbeza daripada Firefox 4, tapi ada satu fungsi yang dah ditambah dalam versi Firefox yang baru ni: App Tab.

Apa benda App Tab tu?

Basically, App Tab adalah berfungsi seperti tab yang biasa digunakan dalam Firefox. Cuma ia bersaiz lebih kecil dan menjimatkan ruang. Pada masa yang sama, App Tab ini juga tidak mempunyai butang ‘close’ so kita tidak akan tertutup tab tu secara tidak sengaja.

appTab01

App Tab ini juga akan glow jika ada notification seperti ada emel atau IM baru. Berguna untuk orang yang selalu bukak emel. Tidak perlu lagi tekan refresh mail setiap 2 minit.

appTab02

Dalam Google Chrome pun ada gak fungsi yang sama tapi dikenali sebagai Pin Tab. Fungsinya sama je. Tapi penggunaan Pin (atau App) Tab ini banyak memudahkan proses browsing dan meningkatkan produktiviti.

Hope lepas ni browser akan menjadi lebih stabil dan intuitif untuk digunakan. Happy browsing!

Logik Dalam Kenyataan Ahli Politik I

Ahli politik merupakan antara golongan yang kerap berhujah dan menyampaikan pendapat mereka. Ada hujah mereka yang menyokong tindakan sesetengah pihak, ada juga yang menjustifikasikan tindakan yang mereka lakukan. Tidak kurang juga ahli politik yang membidas pihak yang lain dengan hujah-hujah mereka.

Biasanya ahli politik akan memberikan pernyataan di dada akhbar atau kaca televisyen. Apa yang melucukan, ada sesetengah kenyataan yang diberikan bercanggahan dengan peristiwa sebenar, bahkan ada juga pernyataan yang mempunyai hujah yang lemah. Penulis tidak bercadang mahu mengupas kebenaran disebalik setiap pernyataan tetapi menekankan cara berhujah yang betul dengan kaedah yang tepat.

Kita ambil satu contoh hujah yang biasa diucapkan oleh ahli politik berkaitan dengan keadilan oleh pihak SPR:

“Jika pihak SPR tidak berlaku adil, pastinya pihak pembangkang tidak akan menang di beberapa buah negeri ketika pilihanraya,”

Kita boleh huraikan hujah di atas dengan menggunakan modus ponens ‘Jika P maka Q. Sebenarnya Q, maka P. Dengan kata lain:

Premis A - Jika pihak SPR berlaku adil, pihak pembangkang akan menang di beberapa buah negeri ketika pilihanraya”

Premis B - “Sebenarnya pihak pembangkang menang di beberapa buah negeri ketika pilihanraya”

Kesimpulan – “Maka pihak pihak SPR berlaku adil”

Kaedah hujah di atas adalah betul, tetapi terkandung beberapa falasi di dalam hujah tersebut. Kita boleh gunakan pernyataan yang lain untuk menunjukkan huah yang sama seperti ini:

“Jika pihak pengadil bola sepak tidak berlaku adil, pastinya pasukan Malaysia akan kalah ketika bertanding dengan Taiwan malam tadi,”

Analogi yang digunakan di sini adalah proses pilihanraya adalah seperti permainan bola sepak; ada dua pihak yang bertanding, seorang pengadil dan juga peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh kedua-dua pemain sebelum memulakan perlawanan.

Akan tetapi, adakah pihak pengadil boleh dikatakan adil jika pihak Malaysia menang dalam perlawanan menentang Taiwan? Pastinya tidak. Jika pihak pengadil BETUL-BETUL berlaku adil, pastinya perlawanan antara pasukan Malaysia dan pasukan Taiwan akan berakhir dengan SERI.

Maka pernyataan yang tepat adalah:

“Jika pihak pengadil bola sepak berlaku adil, pastinya pasukan Malaysia akan SERI ketika bertanding dengan Taiwan malam tadi,”

Falasi yang timbul dalam pernyataan yang pertama (merujuk pihak SPR sebagai adil) adalah falasi jenis Ekuivokasi. Ini kerana penghujah menimpulkan bahawa keadilan SPR adalah bersamaan dengan kemenangan. Dengan kata lain:

Adil = Menang

Jika kita menggunakan logik yang sama sepertu yang disampaikan oleh penghujah, kita juga boleh membuat pernyataan seperti ini:

“Jika pihak SPR tidak berlaku adil, pastinya pihak kerajaan tidak akan menang di beberapa buah negeri ketika pilihanraya,”

Satu lagi falasi yang wujud adalah falasi jenis komposisi; iaitu membuat huraian secara keseluruhan (am) berdasarkan peristiwa/keadaan yang khusus.

Kemenangan pihak pembangkang di lima buah negeri berlaku ketika pilihanraya umum ke 12 (PRU12). Kemenangan itu tidak boleh dijadikan ukuran kepada keadilan pihak SPR. Ini kerana jika keadilan pihak SPR dinilai daripada kemenangan pihak pembangkang dalam pilihanraya, maka ia harus dinilai dalam SETIAP pilihanraya yang berlangsung sebelum ini, bukan setakat PRU12 sahaja.

Oleh itu, hujah pihak yang mengatakan bahawa keadilan pihak SPR berkaitan dengan kemenangan pihak pembangkang di lima buah negeri adalah hujah yang lemah dan tidak boleh dijadikan justifikasi untuk menentang perhimpunan BERSIH.

Penulis tidak berminat dengan politik. Penulis cuma mahu menjelaskan cara berhujah yang betul untuk mengelakkan dari berfikir dengan cara yang salah dan mencari kebenaran dalam berhujah.

Perlu ke tengok Transformers dalam 3D?

Setiap tahun, penulis akan sambut birthday dengan menonton Transformers di pawagam. Kan best bila birthday kita jatuh pada bulan Julai..

Tapi tahun ni, Transformers akan ditayangkan dalam 3D! So, persoalannya: Perlu ke tengok Transformers 3 dalam 3D?

Antara sebab kenapa wajib perlu tengok Transformers 3 dalam 3D:

  • Lebih feel dan terasa realisme nyer bila tengok dalam 3D.
  • Skrin yang lebih besar.
  • Heroin nampak lebih “menonjol”.
  • Sebab tajuk filem ni “Transformers”!

Kenapa tak berbaloi kalau tengok Transformers 3 dalam 3D:

  • Harga tiket pastinya mahal. Mau belasan ringgit.
  • Dengan harga tiket yang sama, kita boleh tengok di skrin yang lebih besar (IMAX).
  • Rasa tak selesa dan pening kalau tak biasa guna spek 3D.
  • Warna lebih gelap daripada 2D.
  • Banyak trailer filem dalam 3D.
  • Imej jadi blur terutamanya kalau melibatkan scene yang banyak pergerakan.

So, perlukah kita tengok Transformers dalam 3D?