Memang ada class - Review filem X-Men: First Class


X-Men: First Class merupakan sambungan kepada trilogi siri X-Men. Kali ini penonton dapat mengenali cerita disebalik penubuhan X-Men serta kisah silam Professor Charles Xavier (Prof. X) dan juga Erik (Magneto).

Pembuka filem ini agak menarik dan berjaya membuatkan penonton ingin terus menonton apa yang terjadi seterusnya. Dialog yang disampaikan ringkas dan padat tetapi penuh bermakna.

Aksi dan persembahan dalam filem sangat menarik. Set dan lokasi terasa sangat meyakinkan dan secara tidak langsung membantu penyampaian cerita. Walaupun filem ini secara jelas menceritakan perihal makhluk mutan, tetapi segala aksi (atau power) mutan dikawal dengan baik dan kemas agar tidak keterlaluan. Tidak seperti filem X-Men sebelum ini yang sarat dengan aksi dan letupan sehingga kita tidak tahu siapa yang baik dan siapa yang jahat.

Dalam setiap filem, penulis cuma cari 3 ciri utama sahaja: 1. Watak jahat yang mempunyai motif yang logik (Dia buat jahat tetapi mempunyai niat yang baik) 2. Watak baik/hero yang tidak perfect (Prof. X akan menjadi lumpuh). 3. Jalan cerita yang tidak membodohkan penonton (Unsur asing atau pelik masih boleh diterima asalkan ia masuk akal).

So far, filem ini berjaya memuaskan hati dan ketiga-tiga ciri itu boleh didapati di dalam filem yang First Class ini. Tahniah Hollywood kerana berjaya buktikan tidak semua sequal/prequel itu teruk.

Ada yang sudah menonton filem X-Men ini? Apa pendapat anda? Jangan lupa untuk tinggalkan komen.


0 komentar: