Macam mana nak mulakan review filem ini? Mari kita mulakan dengan sinopsis filem ini:
I Am Number Four mengisahkan seorang remaja luar biasa bernama John Smith (Pettyfer) yang berasal daripada luar angkasa yang diburu oleh musuh untuk menghapuskannya. John Smith terpaksa menyamar dan berpindah dari bandar ke bandar bersama penjaganya Henri (Olyphant) dan akhirnya mereka menetap di Paradise, Ohio. Di sini John bertemu dengan seorang gadis yang bakal mengubah kehidupannya. John bukan sahaja perlu menyelamatkan dirinya sebagai waris terakhir generasinya, tetapi untuk menjaga dan melindungi orang yang disayangi.
Ok. Plot cerita ni tidaklah original. Boleh dikatakan filem Hollywood ni penuh dengan bahan kitar semula dan remake cuma ditambah dengan budget yang lebih besar dan CGI yang lebih canggih. Balik kepada topik asal. Plot cerita I Am Number Four hampir sama (90% sama) dengan plot siri TV Smallville. Watak utama merupakan seorang makhluk asing, jatuh cinta dengan gadis bumi, ada musuh nak bunuh hero, ada pembantu hero yang merupakan sepupu/sudara kepada hero. Well, you get the idea.
Adakah filem I Am Number Four wajar ditonton? Seharusnya. Biar penulis terangkan.
Persembahan filem ini tidah ubah seperti Twilight untuk golongan remaja lelaki. Semua orang tahu filem I Am Number Four ini merupakan adaptasi daripada buku dengan tajuk yang sama. Walaupun dialog dan perkembangan watak agak perlahan di permulaan cerita, tetapi filem ini berjaya membina momentum sehingga ke penghujung filem. Watak-watak utama diperkenalkan secara teratur, di samping dilemma dan konflik dalaman yang dialami oleh setiap watak. Di pertengahan filem, penonton disajikan dengan aksi dan CGI yang agak hebat dan pada masa ini, mulut penulis dah mula terlopong. 20 minit terakhir filem ini seolah-olah scene dalam video games yang membuatkan Micheal Bay berasa bangga.
Keseluruhan filem ini terasa seperti menonton episod dalam siri TV. Dialog agak cliche dan perkembangan cerita yang boleh dijangka. "Start the car, John! Start the car!! Go go go go drive the car!" Tak ketinggalan dialog yang cheesy seperti "I came here to help you". Rasa macam nak mute je audio sebab tak tahan dengan dialog-dialog macam ni.
Tapi kenapa perlu tengok filem I Am Number Four? Sebab CGI. Yes. Satu sebab je kenapa perlu tengok filem ini. Scene bagaimana John dapat kuasa baru juga menarik untuk ditonton. CGI yang bagus adalah CGI yang nampak sangat seamless, sangat normal dan sangat biasa sehingga tidak nampak CGI tu (sama macam CGI dalam filem Bourne Identity). Dalam filem I Am Number Four, efek CGI tangan John menyala nampak natural dan tak nampak macam tangan 3D.
Watak jahat (Mogadorian) juga nampak cool, cuma kadang-kadang dialog yang skema gagal menonjolkan personaliti sebenar.
Akhir kata, filem I Am Number Four layak diberikan 6/10 bintang. Ia tidak teruk tetapi tidak lah teruk sangat. Jangan download filem ini. Just copy daripada kawan-kawan. Tidak berbaloi untuk download sebab kemungkinan besar korang akan rasa filem ini tidak layak ditonton untuk kali kedua.
0 komentar:
Catat Ulasan