Filem Mr. Popper's Penguin merupakan filem komedi lakonan (duh) Jim Carrey. Ia mengisahkan tentang seorang broker hartanah yang perlu membela 6 ekor *ehem* penguin peninggalan ayahnya. Walaupun penguin-penguin ni membawa masalah dalam hidupnya, akhirnya penguin ini mengajar erti kekeluargan dan nilai kasih sayang (awwwwwwwwwwwwwwwwww).
Secara ringkas, filem Mr. Popper's Penguin memang lucu. Bukannya lucu seperti filem Prof. A. Razak Mohaideen tu, tetapi lebih kepada komedi situasi sepanjang Mr. Popper cuba menjaga 6 ekor penguin ni. Penulis tak pasti samada penguin ini merupakan penguin real atau CGI tapi aksi diorang memang tak kering gusi.
Plot cerita digarap dengan baik dan perkembangan karekter adalah almost perfect (well, Jim Carrey kan?). Ada banyak memorable moment dan dialog yang menyentuh hati. Penulis paling suka bab penguin bertelur tu. Touching.. *sniff*
Filem ni maybe bukan calon Oscar tapi wajar ditonton seisi keluarga. Filem ini dijamin akan memberi sedikit mesej dan membuka mata kepada dunia penguin. Dan, by the way, penguin tak boleh menari tap seperti dalam filem Happy Feet.
6.5/10 bintang.
Edit: Penulis ada tulis filem Prof. A. Razak Mohaiden lucu ker? Minta maaf yer...
0 komentar:
Catat Ulasan