Tiada review filem untuk hari ini

Penulis masih lagi trauma selepas menonton filem Momok Jangan Cari Pasal.

Penulis tengah layan Spongebob Squarepants untuk hilangkan ingatan tentang filem Momok tu.

Jumpa lagi esok.

Just kill me now: Revie filem Momok Jangan Cari Pasal


Filem Momok Jangan Cari Pasal merupakan sambungan (?) kepada filem Momok the Movie dan juga Momok Jangan Panggil Aku. Filem arahan M. Jamil ini menelan bajet jutaan ringgit dan menggunakan teknik CGI yang terkini.

Bagaimana review filem ini?

Hantu lawak: Review filem Seram Sejuk


Penulis berkesempatan untuk menonton filem Seram sejuk terbitan i-Insan Multimedia Sdn. Bhd. dan Metrowealth Pictures beberapa minggu lepas. Bagaimana review filem Seram Sejuk ini?

Review filem The Avengers


Pada hari Sabtu lepas, penulis berpeluang untuk menonton The Avengers di TGV KLCC. Penulis tak expect apa-apa yang grand. Penulis cuma nak tonton filem ni sebab ada Iron-Man je.

Penulis sempat tonton filem-filem superhero Marvel (sebelum kena beli dengan Disney) seperti Captain America, Iron-Man dan Thor. Jadi penulis anggap cerita The Avengers ni sama macam filem sebelum ni cuma lagi banyak watak utama.

Ternyata penulis silap.

Watak-watak dalam filem ni adalah epik. Jalan cerita filem ini adalah epik. Keseluruhan filem ini ada marvelous!

Filem ni bermula dengan kiub Tessaract yang mempunyai kuasa tidak terhad membuka portal angkasa dan demigod Loki (adik kepada Thor) nak merampas kiub tu untuk memerintah bumi (duh. Kenapa tak nak conquer satu galaksi terus? Takut Green Lantern kacau?) Nick Fury melawan dan Loki bagi beberapa 'sentuhan ajaib' pada Hawk Eye dan beberapa saintis yang lain dan (spolier alert) letupkan markas S.H.I.E.L.D.

Agen Nick Fury dan Agen Robin.. Ahem.. Agen Hills kumpulkan segala wira-wira yang ada untuk membentuk satu kumpulan bagi menentang Loki. Lepas tu keadaan jadi kacau bilau. Bruce Banner jadi Hulk, Thor gaduh dengan Captain America, Iron-Man lawan Thor. Thor lawan Hulk.

Lepas tu Loki bawa kiub Tessaract tu ke Stark Towers dan buka portal angkasa. Lepas tu semua keadaan jadi huru-hara. Tapi Avengers bergabung dan bekerjasama untuk menumpaskan anasir dari angkasa dan menyelamatkan bumi dengan gayanya.

Ok penulis sengaja tinggalkan beberapa plot utama tapi penulis tak mahu spoil beberapa scene yang awesome. Filem ni taklah memorable tapi sekurang-kurangnya ia boleh menjadi conclusion kepada beberapa filem Marvel sebelum ni.

Apa kata tengok trailer filem The Avengers dulu.


Kesimpulan akhir: 
Seronok ditonton dan kepuasan mungkin berbeza mengikut individu.
Sekarang penulis tunggu filem Black Widow dan Hawk Eye plak.