Anak siapa?

Aku pergi rumah mak saudara aku di Kok Lanas dan kebetulan ada tetamu datang. Aku pun borak-borak dengan tetamu tu (nak ambil hati) sambil borak-borak kosong.

'Tinggal di mana?' tanya si tetamu tu pada aku.

'Kok Lanas', jawabku ringkas.

'Anak siapa?' Tanya si tetamu tu lagi.

Anak siapa? Apa soalan ni? Kalau aku sebut nama ayah atau mak aku, dia tahu ker? Untuk elakkan soalan bonus tu, aku jawab je aku ni anak saudara mak saudara aku tu.

Bila aku sampai rumah dan fikir-fikir balik soalan si tetamu tu, aku sedar yang aku ni sebenarnya jauh dari masyarakat. Aku terlalu asyik dalam dunia imaginasi dan fantasi aku. Aku kurang bergaul dengan orang ramai sehinggakan aku rasa kewujudan aku ni hanya dalam telefon atau dalam internet jer. Kalau tak kerana deviantArt, Blogger atau Facebook, rasanya tiada siapa yang sedar kewujudan aku di alam maya ni.

So lepas ni aku kena rajin-rajinkan diri aku hadiri majlis-majlis atau pergi kenduri ringan kan tulang tolong orang ramai. Tak pun aku rajinkan diri ke masjid dan surau. Harapnya lepas ni takde la orang tengok aku ni pelik, semacam orang bandar baru masuk kampung (memang pun).

Mana tahu, kalau aku rajin-rajin tolong orang kampung, ada orang tua yang berkenan nak jadikan aku sebagai bakal menantu. Hahahahahah! (Berangan sudah).

0 komentar: