Syok tak ingat: Need For Speed Most Wanted

OK, kali ni Kidd nak buat review game ni. Rasanya ada banyak website lain yang boleh dijadikan rujukan kalau pembaca nak tahu pasal review game. Kali ni Kidd nak bercerita kenapa Kidd main (dan suka) Need For Speed Most Wanted.

Seperti mana game-game lain yang Kidd main, Need For Speed Most Wanted (NFSMW) ada gameplay yang menarik. Kita boleh main event Circuit, Sprint, atau Drag. Apa yang special dalam NFSMW adalah event Tollbooth dan Speedtrap. Tak seperti event lain, dalam Tollbooth dan Speedtrap kita 'berlumba' dengan masa dan kelajuan kita sendiri. Dengan kata lain, kita tetap akan kalah jika jumlah kelajuan kita tidak mencukupi walaupun kita yang pertama sampai ke garisan penamat. Faktor ini akan menaikkan lagi adrenaline rush dan mendesak kita supaya lebih laju dari biasa.

Lagi satu sebab kenapa Kidd suka NFSMW adalah jalan ceritanya. NFSMW memang sebuah game, tapi somehow kita tak rasa macam main game; in-game footage, montage, soundtrack dan overall graphic akan membuatkan kita sebagai pemain dan penonton terasa macam menonton filem. Pernah sekali ada seorang budak tegur Kidd masa main NFSMW: 'Cerita apa ni?'. Jalan cerita dalam NFSMW memang sangat cool dan tak jemu walaupun dah main berkali-kali.

Oh ya, NFSMW merupakan antara game yang paling lama untuk dihabiskan. Kidd pernah try untuk dapatkan 100% complete (termasuk Challenge Series) dan Kidd ambil masa dalam 2 minggu gak. So pada sesapa yang tak tahan cabaran tu, jangan la cuba main Challenge Series ni.

Overall, NFSMW antara game yang 'wajib main' dan merupakan game yang sangat berkualiti (pendapat peribadi). Amat sayang bila kualiti francais NFS makin menyusut lepas NFSMW (terutamanya NFS:Prostreet yang menyakitkan hati). Harapnya EA Games akan terus hasilkan game yang berkualiti macam NFSMW ni.

0 komentar: