Masuk tahun baru 2011. Aku dah mula berumur 28 tahun. Aku tutup buku diari lama dan bukak buku diari baru plak. Buang semua kalendar lama yang dah setahun tak tukar dengan kalendar yang dibeli dari anak yatim yang cuba jual Balm dengan kalendar untuk tabung bina sekolah agama (agaknya la) masa aku tengah leka isi minyak kat Shell. Tiba-tiba aku rasa agak sentimental dan rasa diri ni dah makin tua. Masih banyak benda yang aku nak buat dan berlambak lagi benda yang belum tercapai. Akan tetapi aku rasa macam tak cukup masa nak buat semua benda yang aku nak, dan pada masa yang sama aku kena fikirkan tentang masa depan aku jugak (baca: kahwin).
Aku selesa dengan kehidupan aku sekarang, tapi aku rasa nak improve kehidupan aku menjadi lebih baik. Aku kalau boleh nak jadikan bakat dan kebolehan (grafik dan animasi) aku sebagai kerjaya aku. Buat masa ni masih belum tercapai lagi. Masih belum nampak lagi hala dan tujuan tapi aku ni degil dan still berkeras untuk melalui jalan ni.
Terkadang aku akan bandingkan life aku dengan kawan-kawan sebaya aku yang lain. Ada yang dah berumah tangga. Ada yang dah bekerjaya. Ada yang dah dapat bina mahligai impian diorang dan tak kurang juga yang dah merantau ke negara lain. Aku masih lagi macam ni dan tak banya benda yang aku buat yang dapat dibanggakan (lagi).
Ok, aku cuba berfikiran positif sikit untuk tahun ni. Maybe jalan aku masih jauh dan aku kena berusaha lebih gigih untuk capai cita-cita aku tu. Maybe kawan-kawan aku dan orang lain dapat kehidupan senang dengan melalui 'jalan highway' berturap dan bersiul-siul sambil memandu kereta ke tempat kerja ditemani dengan isteri dan anak tercinta setia menunggu di rumah. Aku pulak masih lagi berdegil melalui 'jalan dalam' yang off road dipenuhi dengan lubang-lubang di jalan raya yang bisa sahaja meranapkan tayar kereta jika tidak pandai drift (atau mengelak).
Apa-apa pun, tujuan semua orang (termasuk aku) tetap sama; nak meneruskan kehidupan dan berharap agak kehidupan akan menjadi lebih baik, tidak kira betapa sukarnya keadaan yang dihadapi sekarang. Masing-masing dengan cara masing-masing. Aku dengan cara aku dan orang lain dengan cara diorang tersendiri.
Apa yang ada dengan tahun 2011 nie? Selain dari tinggal setahun lagi nak apocalypse (rujuk filem 2012), aku rasa tahun ni bakal menjadi tahun paling getir dalam kehidupan aku. Aku tak tahu kenapa tapi itu antara firasat awal yang dapat aku rasa.
Keadaan ekonomi nampak makin teruk tapi makin ramai anak-anak muda yang bersenang-lenang sambil layan game Poker kat cyber cafe. Tak kurang jugak yang relax je chatting dengan member YM sambil tersenyum sorang-orang depan webcam. Aku pun pernah buat benda-benda macam ni so aku faham macam mana rasanya.
Sekarang ni aku rasa sangat 'kosong', maksudnya aku rasa sunyi tanpa teman. Cuma kadang-kadang dapat SMS dari kenalan rapat tanya khabar berita. Aku tak anggap 312 friends dalam Facebook aku sebagai kawan, just saying. Kalau setakat nak reply komen sambil tagging pic kat Facebook, belum cukup sifat lagi sebagai kawan. Kalau bosan sangat pun, main je le dengan sepupu rapat sambil bawak adik aku yang kecik kat padang bola. Melayan budak yang baru nak bercakap pun kadang-kadang terhibur gak.
So, sebagai penutup, aku nak start plan masa depan aku dan kalau boleh dengan lebih detail. Dah nak masuk separuh usia ni, aku rasa ada baiknya kalau aku contribute something pada masyarakat. Nak contribute apa? Nanti la aku fikir-fikirkan.
0 komentar:
Catat Ulasan