Linux memang Best: Pengalaman pertama guna Linux

Kalau sebut perkataan Linux, imej pertama yang timbul dalam membran cortex Kidd adalah pinguin hitam putih ala pinguin Madagascar yang terduduk dengan pandangan mata kosong. 'Linux cuma OS yang percuma, so what?' At least itu apa yang fikirkan pada mulanya.

Beberapa hari sebelum ni, Kidd terjumpa sebuah PC (ye, terjumpa) yang ada dual boot. Linux (SUSE) dan Windows XP. Secara normalnya, Kidd akan pilih boot Windows tanpa banyak berfikir tapi entah macam mana naluri ingin tahu Kidd menjentik-jentik otak Kidd ni supaya boot guna Linux. 'Ala, bukannya sakit pun kalau boot guna Linux. Cuma harga diri dan keegoan je'. Impresi pertama Kidd bila tengok Linux tu boot, rasa macam tengok screen the Matrix, coding merata-rata dengan bahasa geek (atau l33t) yang Kidd tak faham. Tapi sekejap lepas tu, muncul opening screen. Dan overall process tu mengambil masa yang lama pun, dalam 2-3 minit je. Laju gak. Lepas menggodek-godek Linux SUSE tu seketika, akhirnya Kidd akui yang Linux memang cool dan GUInya agak menarik. Dan perlu Kidd tekankan di sini bahawa respon dalam Linux memang pantas. Tak perlu nak tunggu hourglass berpusing 4-5 kali baru nak keluar arahan error.

Sejak dari tu, Kidd pun cari la OS Linux untuk PC Kidd. Google punya Google, Kidd dapati ada banyak gila distribution (distro) untuk Linux ni. Ada Sabayon, Ubuntu, Kubuntu, Kau buntu, eh.. yang tu takder. Setiap distro ada follower masing-masing dan ada package tersendiri. Kidd cari distro yang paling mudah dan terjumpa la simpleLinux. Yang bestnya pasal simpleLinux adalah; distro ni hasil titik peluh rakyat Malaysia! Tepuk tepuk. So sebagai tanda sokongan, Kidd pun download distro simpleLinux dan bawak balik untuk boot kat PC Kidd.

Lepas beberapa langkah yang buat Kidd rasa macam PC technician, akhirnya PC Kidd dah ada OS Linux. Whew! Perlu Kidd tekankan di sini bahawa, masa Kidd install simpleLinux, Kidd tak perlu install driver pun. Linux akan detect hardware kita dan akan provide driver sendiri. Cooooooooooooooooollll!!!

snapshot1 screenshot simpleLinux

Antara software yang diberi secara bundle dalam simpleLinux adalah GIMP (untuk melukis), Real Player, KMP Player, Mozilla Firefox dan Wine (untuk run Windows application). Akan tetapi, Linux memerlukan sambungan internet supaya dapat download software percuma dan buat masa ni Kidd hanya boleh guna beberapa software basic. Kalau nak dikirakan, kira berbaloi juga untuk sebuah installer OS yang bersaiz 400MB kalau nak dibandingkan dengan OS Windows XP yang bersaiz 650MB tapi dapat game Solitaire dan Hearts (dah la driver kena install sendiri)!

Sebut tentang software, Kidd mula hairan kenapa kita kena beli sesetengah software sedangkan Linux offer semua software for free (yess, FREE!). Cuma download dari market place Linux dan software tu akan diinstall sendiri oleh Linux. Kenapa perlu guna Microsoft Word kalau dah ada OpenOffice? Kenapa perlu guna Photoshop bila dah ada GIMP? Kenapa guna Internet Explorer bila ada Mozilla FireFox (ada lagi ke yang guna Internet Explorer)?

Ok, Kidd akui yang Linux memang cool dan lain daripada Windows dan Mac. Bila guna Linux, memang terasa yang PC ni lebih ringan walaupun kita tak install driver. Proses copy dan move file dan folder adalah sangat lancar dan pantas. Akan tetapi ada beberapa aspek yang boleh dibaiki (mungkin sebab simpleLinux ni belum perfect). Untuk user yang nak kelainan dan mahukan OS yang super pantas dan grafik yang cun, maka gunalah Linux (tak kiralah distro apa pun). Tapi perlu diingatkan bahawa Linux bukan untuk n00b dan jangan expect semuanya akan berjalan lancar. Kalau korang buat apa-apa perubahan pada setting, takkan ada butang OK dan Cancel. Kalau delete file pun, file tu akan terus ke Trash Bin tanpa ada sebarang confirmation dialog (tak macam Windows yang asyik tanya 'Are you sure you want to delete...?'). Sediakan pil aspirin just in case file korang hilang di pertengahan jalan.

snapshot2 

Maka dengan ini Kidd nak install Ubuntu plak. Maybe lepas ni Kidd akan berubah hati dan takkan guna Windows lagi. Mungkinkah?

Update:

Kidd dah try guna distro simpleLINUX, SUSE, Ubuntu, Sabayon, dan Mint. So far Kidd dah 'sangkut' kat Mint dan banyak guna Mint untuk kerja-kerja melibatkan rename dan backup folder.

Screen03

Screen02 Boleh split screen. Windows memang tak leh buat macam ni.

Screen01 Music player ala iTunes.

Syok tak ingat: Need For Speed Most Wanted

OK, kali ni Kidd nak buat review game ni. Rasanya ada banyak website lain yang boleh dijadikan rujukan kalau pembaca nak tahu pasal review game. Kali ni Kidd nak bercerita kenapa Kidd main (dan suka) Need For Speed Most Wanted.

Seperti mana game-game lain yang Kidd main, Need For Speed Most Wanted (NFSMW) ada gameplay yang menarik. Kita boleh main event Circuit, Sprint, atau Drag. Apa yang special dalam NFSMW adalah event Tollbooth dan Speedtrap. Tak seperti event lain, dalam Tollbooth dan Speedtrap kita 'berlumba' dengan masa dan kelajuan kita sendiri. Dengan kata lain, kita tetap akan kalah jika jumlah kelajuan kita tidak mencukupi walaupun kita yang pertama sampai ke garisan penamat. Faktor ini akan menaikkan lagi adrenaline rush dan mendesak kita supaya lebih laju dari biasa.

Lagi satu sebab kenapa Kidd suka NFSMW adalah jalan ceritanya. NFSMW memang sebuah game, tapi somehow kita tak rasa macam main game; in-game footage, montage, soundtrack dan overall graphic akan membuatkan kita sebagai pemain dan penonton terasa macam menonton filem. Pernah sekali ada seorang budak tegur Kidd masa main NFSMW: 'Cerita apa ni?'. Jalan cerita dalam NFSMW memang sangat cool dan tak jemu walaupun dah main berkali-kali.

Oh ya, NFSMW merupakan antara game yang paling lama untuk dihabiskan. Kidd pernah try untuk dapatkan 100% complete (termasuk Challenge Series) dan Kidd ambil masa dalam 2 minggu gak. So pada sesapa yang tak tahan cabaran tu, jangan la cuba main Challenge Series ni.

Overall, NFSMW antara game yang 'wajib main' dan merupakan game yang sangat berkualiti (pendapat peribadi). Amat sayang bila kualiti francais NFS makin menyusut lepas NFSMW (terutamanya NFS:Prostreet yang menyakitkan hati). Harapnya EA Games akan terus hasilkan game yang berkualiti macam NFSMW ni.

Anak siapa?

Aku pergi rumah mak saudara aku di Kok Lanas dan kebetulan ada tetamu datang. Aku pun borak-borak dengan tetamu tu (nak ambil hati) sambil borak-borak kosong.

'Tinggal di mana?' tanya si tetamu tu pada aku.

'Kok Lanas', jawabku ringkas.

'Anak siapa?' Tanya si tetamu tu lagi.

Anak siapa? Apa soalan ni? Kalau aku sebut nama ayah atau mak aku, dia tahu ker? Untuk elakkan soalan bonus tu, aku jawab je aku ni anak saudara mak saudara aku tu.

Bila aku sampai rumah dan fikir-fikir balik soalan si tetamu tu, aku sedar yang aku ni sebenarnya jauh dari masyarakat. Aku terlalu asyik dalam dunia imaginasi dan fantasi aku. Aku kurang bergaul dengan orang ramai sehinggakan aku rasa kewujudan aku ni hanya dalam telefon atau dalam internet jer. Kalau tak kerana deviantArt, Blogger atau Facebook, rasanya tiada siapa yang sedar kewujudan aku di alam maya ni.

So lepas ni aku kena rajin-rajinkan diri aku hadiri majlis-majlis atau pergi kenduri ringan kan tulang tolong orang ramai. Tak pun aku rajinkan diri ke masjid dan surau. Harapnya lepas ni takde la orang tengok aku ni pelik, semacam orang bandar baru masuk kampung (memang pun).

Mana tahu, kalau aku rajin-rajin tolong orang kampung, ada orang tua yang berkenan nak jadikan aku sebagai bakal menantu. Hahahahahah! (Berangan sudah).

Cerita pasal diri dan azam tahun baru

Masuk tahun baru 2011. Aku dah mula berumur 28 tahun. Aku tutup buku diari lama dan bukak buku diari baru plak. Buang semua kalendar lama yang dah setahun tak tukar dengan kalendar yang dibeli dari anak yatim yang cuba jual Balm dengan kalendar untuk tabung bina sekolah agama (agaknya la) masa aku tengah leka isi minyak kat Shell. Tiba-tiba aku rasa agak sentimental dan rasa diri ni dah makin tua. Masih banyak benda yang aku nak buat dan berlambak lagi benda yang belum tercapai. Akan tetapi aku rasa macam tak cukup masa nak buat semua benda yang aku nak, dan pada masa yang sama aku kena fikirkan tentang masa depan aku jugak (baca: kahwin).

Aku selesa dengan kehidupan aku sekarang, tapi aku rasa nak improve kehidupan aku menjadi lebih baik. Aku kalau boleh nak jadikan bakat dan kebolehan (grafik dan animasi) aku sebagai kerjaya aku. Buat masa ni masih belum tercapai lagi. Masih belum nampak lagi hala dan tujuan tapi aku ni degil dan still berkeras untuk melalui jalan ni.

Terkadang aku akan bandingkan life aku dengan kawan-kawan sebaya aku yang lain. Ada yang dah berumah tangga. Ada yang dah bekerjaya. Ada yang dah dapat bina mahligai impian diorang dan tak kurang juga yang dah merantau ke negara lain. Aku masih lagi macam ni dan tak banya benda yang aku buat yang dapat dibanggakan (lagi).

Ok, aku cuba berfikiran positif sikit untuk tahun ni. Maybe jalan aku masih jauh dan aku kena berusaha lebih gigih untuk capai cita-cita aku tu. Maybe kawan-kawan aku dan orang lain dapat kehidupan senang dengan melalui 'jalan highway' berturap dan bersiul-siul sambil memandu kereta ke tempat kerja ditemani dengan isteri dan anak tercinta setia menunggu di rumah. Aku pulak masih lagi berdegil melalui 'jalan dalam' yang off road dipenuhi dengan lubang-lubang di jalan raya yang bisa sahaja meranapkan tayar kereta jika tidak pandai drift (atau mengelak).

Apa-apa pun, tujuan semua orang (termasuk aku) tetap sama; nak meneruskan kehidupan dan berharap agak kehidupan akan menjadi lebih baik, tidak kira betapa sukarnya keadaan yang dihadapi sekarang. Masing-masing dengan cara masing-masing. Aku dengan cara aku dan orang lain dengan cara diorang tersendiri.

Apa yang ada dengan tahun 2011 nie? Selain dari tinggal setahun lagi nak apocalypse (rujuk filem 2012), aku rasa tahun ni bakal menjadi tahun paling getir dalam kehidupan aku. Aku tak tahu kenapa tapi itu antara firasat awal yang dapat aku rasa. 

Keadaan ekonomi nampak makin teruk tapi makin ramai anak-anak muda yang bersenang-lenang sambil layan game Poker kat cyber cafe. Tak kurang jugak yang relax je chatting dengan member YM sambil tersenyum sorang-orang depan webcam. Aku pun pernah buat benda-benda macam ni so aku faham macam mana rasanya.

Sekarang ni aku rasa sangat 'kosong', maksudnya aku rasa sunyi tanpa teman. Cuma kadang-kadang dapat SMS dari kenalan rapat tanya khabar berita. Aku tak anggap 312 friends dalam Facebook aku sebagai kawan, just saying. Kalau setakat nak reply komen sambil tagging pic kat Facebook, belum cukup sifat lagi sebagai kawan. Kalau bosan sangat pun, main je le dengan sepupu rapat sambil bawak adik aku yang kecik kat padang bola. Melayan budak yang baru nak bercakap pun kadang-kadang terhibur gak.

So, sebagai penutup, aku nak start plan masa depan aku dan kalau boleh dengan lebih detail. Dah nak masuk separuh usia ni, aku rasa ada baiknya kalau aku contribute something pada masyarakat. Nak contribute apa? Nanti la aku fikir-fikirkan.

Aku sekarang di sini

Map picture

Tinggal bersama keluarga dalam cuaca yang sejuk dan hujan tak menentu sambil makan nasi kerabu dan budu. What more can I ask for.

Jemput datang rumah kalau sudi singgah.

Bertapa mencari kebernasan

Dah agak lama rasanya aku tidak mengomel dalam blog nie. Aku dalam fasa mencari kebijaksanaan dan mencari mutiara ilmu dalam diri. Aku banyak termenung dan menilai perlakuan orang lain dan itu membuatkan aku serba sedikit tertanya-tanya tentang nilai moral yang ada pada diri aku sendiri. Mungkin ini masa yang terbaik untuk aku memperbaiki diri aku dan mengurangkan sikap 'menjual ikan' (selfish) dan lebih memberi sumbangan kepada insan sejagat yang lain.

Banyak masa-masa aku dihabiskan menonton drama swasta dan juga drama Korea/Jpoon (yang selama ini aku anti sangat) dan mula fahami perlakuan setiap individu yang unik dan penuh variasi. Somehow aku dapat relate perlakuan watak-watak lakonan pelakon dalam drama TV tu dengan insan-insan yang aku kenal.

Pada masa yang sama aku terperasan yang aku banyak miss something yang selama ni berada betul-betul depan mata aku. Mujur aku tak jadi macam sesetengah orang yang hanya belajar menghargai bila sesuatu itu telah tiada (Rossa - Cobalah Untuk Setia).

Aku juga banyak mengkhatamkan koleksi anime yang hampir 20GB dan kalau aku rasa anime tu sesuai untuk aku jadikan hasilkan penulisan, maybe aku akan jadikan review dalam blog ni nanti.

Last but not least, sempena tahun baru 2011 ni, aku ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua dan hope korang akan menanam azam yang boleh membawa perubahan kepada diri dan masyarakat (cewah). Jangan lupa check tarikh post ni. Cantik kan?

Bersambung..