Reviu filem Shrek Forever After


A long time ago, in a land far away..

Shrek Forever After merupakan filem terbitan Dreamworks Animation dan merupakan siri keempat dan terakhir dalam trilogi (atau quadologi) Shrek.

Shrek Forever After masih lagi menampilkan watak-watak dari filem Shrek yang sebelumnya seperti Shrek (duh), Princess Fiona, Donkey, Puss in Boots, dan Gingerbread Man (Gingie). Watak villain dalam Shrek Forever After adalah Rumpltelistkin. Bergulung jari aku nak menaip namanya. Mujur ada copy-paste.

So basically Shrek Forever After mengisahkan tentang (siapa lagi) Shrek yang menghadapi krisis pertengahan umur dan membuat perjanjian dengan Rumple-apa nama-liskin untuk kembali kepada kehidupan ogre selama sehari dengan syarat-part ni paling best- Rumpleliskin akan mengambil satu hari dari kehidupan Shrek.

Semuanya berjalan lancar pada awalnya sehingga Shrek mendapat tahu dia berada di alternate world di mana semua orang membenci ogre. Shrek juga mendapat tahu bahawa Rumple-apa nama-liskin ‘mengambil’ hari Shrek dilahirkan. Dan seperti cerita fairy tale yang lain, Shrek boleh kembali ke dunia asalnya jika dia berjaya mendapat love love kiss (awwwww).

Adakah Shrek berjaya mendapatkan true love kiss dan kembali ke dunia asalnya? Adakah Donkey dapat menawan hati Dragon? Dapatkan Princess Fiona menjaga anak-anak mereka? Saksikan sendiri Shrek Forever After. Ataupun korang boleh terus baca reviu aku nie.

Overall, filem Shrek Forever After aku boleh kategorikan sebagai filem yang seronok ditonton. Tapi Shrek Forever After macam kurang umph kalau dibandingkan dengan Shrek dan Shrek 2. Shrek Forever After kurang daya penarik yang membuatkan Shrek begitu diminati: watak-wataknya. Aku suka chemistry antara Shrek, Donkey dan Fiona. Tapi dalam Shrek Forever After, chemistry tu dah berkurangan. Shrek semacam jadi watak 1 dimensi yang cuba dapatkan true love kiss dari Fiona. Donkey kurang punchline walaupun banyak bercakap. Puss pula kurang charming walaupun ada scene mata-besar-sampai-penonton-cair tu. Menonton Shrek Forever After semacam melihat watak-watak ni ‘dilahirkan semula’ tapi not in a good way.

Aku rasa watak yang paling menarik dalam filem ni adalah Pipe Piper. Aku suka dengan personaliti Pipe Piper yang ‘berinteraksi’ dengat seruling ajaib tu. Sayangnya, Pipe Piper tak mendapat banyak screen time dan cuma diperkenalkan di pertengahan filem.
 
Filem Shrek Forever After juga ditayangkan dalam 3D (atau Real-D) untuk penonton yang suka realisme dalam pengalaman menonton filem. Tapi dalam Shrek Forever After, aku rasa filem ni terlalu bergantung kepada 3D dan banyak scene yang ‘didedikasikan’ untuk 3D. Aku recall satu scene kejar-mengejar antara Shrek dengan Witches yang agak panjang (1 minit 25 saat) yang aku rasa tidak banyak menyumbang kepada jalan cerita tapi lebih kepada nak beri ‘roller coaster ride’ kepada audiens. Tak kurang je shot-shot 3D ‘picisan’ seperti membaling objek ke arah audiens untuk beri ‘feel’ 3D tu. Kalau audiens menonton filem ni dengan spek 3D, maybe diorang kata ‘cool’, tapi kalau audiens menonton tanpa 3D, maybe diorang kata ‘wha..?’.

Shrek Forever After juga kurang culture references. Aku sangat berharap siri Shrek ni ada buat spoof atau parody tapi aku sangat hampa. SANGAT HAMPA! Bagi aku, spoof dan parody tu yang buat Shrek berbaloi ditonton berkali-kali. Side note: Aku paling suka parody American Idol dalam Shrek 2.

Kesimpulannya, tonton la Shrek Forever After di pawagam, DVD atau BluRay tapi jangan letak harapan tinggi sangat. Filem ni seronok ditonton tapi jangan sedih kalau bab terakhir dalam pengambaraan Shrek tidak berakhir dengan gemilang. Sebagai filem terakhir, Shrek Forever After sepatutnya mendapat treatment yang lebih baik.

Rating: 7.5/10 (Tak sebagus Shrek dan Shrek 2 tapi lebih baik berbanding Shrek the Third)

Reviu filem Dead or Alive (DoA)


 Dead or Alive (DOA) merupakan filem arahan Cory Yuen, dan merupakan filem adaptasi dari permainan video dengan tajuk yang sama oleh Tecmo. Filem ini dibintangi oleh  Jaime Pressley, Devon Aoki, Holly Valance, Sarah Carter dan Natassia Malthe. Sekali imbas filem ni macam filem McG dengan aksi-aksi lasak dan eksploitasi tubuh wanita dalam filem.

 
Sebut tentang eksploitasi, aku rasa DOA merupakan filem eksploitasi wanita terbaik setakat nie. Dengan pelakon wanita yang pakai seksi-seksi ditambah pula dengan aksi-aksi yang menghairahkan (Holly Valance memang smokin’ HOT!), sure mata audiens terjojol di samping hidung berdarah-darah. Memang banyak giler scene yang fokus kat boobies dan dat ass dengan sound effect mengerang manja.

DOA memang filem untuk orang yang nak memenuhi fantasi wanita. Scene apa korang nak? Perempuan lawan perempuan? Ada. Perempuan tido dengan perempuan? Ada. Perempuan tengah pakai bra? Ada. Perempuan berkemban lepas tu lawan guna tuala? Yup. Confirm ada.

Bercakap tentang jalan cerita, DOA mengisahkan tentang sebuah pertandingan seni mempertahankan diri yang dianjurkan oleh sebuah sindiket rahsia. Tanpa pengetahuan para peserta, sindiket ini mempunyai motif jahat di sebalik penganjuran pertandingan DOA.

Ok, jalan ceritanya hampir sama macam plot video game The King of Fighters. Pertandingan dan sindiket rahsia semua tu. Tak logik? Of course la tak logik. In fact, aku rasa takde satu scene pun yang logik dalam filem ni. Imagine scene dalam cerita Charlie’s Angels. Macam tu la scene dalam DOA ni.

Memandangkan filem ni cuba tampilkan video game DOA dengan cara yang lebih realistik, so aku tak harapkan ada life bar dan announcer macam dalam video game. Kejap. Eh, memang ada pun!

Talk about realistik, aku tak pasti samada filem ni nak buat realistik seperti video game, atau realistik seperti real life. Kalau filem ni nak buat realistik seperti dalam game, kenapa watak-watak tu berlawan menggunakan stail seni mempertahankan diri sebenar? Naper watak-watak tu tak boleh tendang lawan dia sampai terpelanting 50 kaki ke udara (macam Scott Pilgirm)? Naper takder finishing moves?

Ok, fine. Kalau korang nak real seperti dunia sebenar (dengan real martial art dan semua tu), lupakan je. Takde yang real dalam DOA. Sangat tidak real sampaikan orang yang kena potong dengan pedang samurai pun tak keluar darah. Seriously.

Dengan plot tak masuk akal, fighting scene yang tak macam video game (langsung), susunan scene berterabur, filem ni memang flop dan fail. Mujur lah ada muzik latar yang catchy dan rancak, terima kasih kepada Junkie XL. Muzik latar DOA membantu aku mengharungi kehampaan dan kehampehan DOA nie.

Kenapa kena tengok DOA:

  • Boobs
  • soundtrack rancak
  • Boobs and ass
  • Holly Valance yang hot
  • more boobs
  • fighting scene ala wire-fu macam Charlie’s Angels

Kenapa tak perlu tengok DOA:

  • dialog cheesy
  • scene bersepah. tak tahu mana flashback dan kerap bertukar scene
  • tak logik dan tak real
  • villain yang tak jelas kejahatannya
  • eksploitasi wanita melampau sampai leh muntah
  • dan lain-lain lagi

Kalau korang layan Charlie’s Angels, sure korang layan filem DOA. Kalau korang suka tengok perempuan punya ass-et, filem ni pasti tak menghampakan korang. Nasihat aku: cover line masa tengok DOA kalau tak nak kantoi dengan parents kata korang tengok p0rn.


Rating: 3/10 (tengok sekali dah cukup. Lepas tu fap. I said FAP!)