Reviu filem Shrek Forever After


A long time ago, in a land far away..

Shrek Forever After merupakan filem terbitan Dreamworks Animation dan merupakan siri keempat dan terakhir dalam trilogi (atau quadologi) Shrek.

Shrek Forever After masih lagi menampilkan watak-watak dari filem Shrek yang sebelumnya seperti Shrek (duh), Princess Fiona, Donkey, Puss in Boots, dan Gingerbread Man (Gingie). Watak villain dalam Shrek Forever After adalah Rumpltelistkin. Bergulung jari aku nak menaip namanya. Mujur ada copy-paste.

So basically Shrek Forever After mengisahkan tentang (siapa lagi) Shrek yang menghadapi krisis pertengahan umur dan membuat perjanjian dengan Rumple-apa nama-liskin untuk kembali kepada kehidupan ogre selama sehari dengan syarat-part ni paling best- Rumpleliskin akan mengambil satu hari dari kehidupan Shrek.

Semuanya berjalan lancar pada awalnya sehingga Shrek mendapat tahu dia berada di alternate world di mana semua orang membenci ogre. Shrek juga mendapat tahu bahawa Rumple-apa nama-liskin ‘mengambil’ hari Shrek dilahirkan. Dan seperti cerita fairy tale yang lain, Shrek boleh kembali ke dunia asalnya jika dia berjaya mendapat love love kiss (awwwww).

Adakah Shrek berjaya mendapatkan true love kiss dan kembali ke dunia asalnya? Adakah Donkey dapat menawan hati Dragon? Dapatkan Princess Fiona menjaga anak-anak mereka? Saksikan sendiri Shrek Forever After. Ataupun korang boleh terus baca reviu aku nie.

Overall, filem Shrek Forever After aku boleh kategorikan sebagai filem yang seronok ditonton. Tapi Shrek Forever After macam kurang umph kalau dibandingkan dengan Shrek dan Shrek 2. Shrek Forever After kurang daya penarik yang membuatkan Shrek begitu diminati: watak-wataknya. Aku suka chemistry antara Shrek, Donkey dan Fiona. Tapi dalam Shrek Forever After, chemistry tu dah berkurangan. Shrek semacam jadi watak 1 dimensi yang cuba dapatkan true love kiss dari Fiona. Donkey kurang punchline walaupun banyak bercakap. Puss pula kurang charming walaupun ada scene mata-besar-sampai-penonton-cair tu. Menonton Shrek Forever After semacam melihat watak-watak ni ‘dilahirkan semula’ tapi not in a good way.

Aku rasa watak yang paling menarik dalam filem ni adalah Pipe Piper. Aku suka dengan personaliti Pipe Piper yang ‘berinteraksi’ dengat seruling ajaib tu. Sayangnya, Pipe Piper tak mendapat banyak screen time dan cuma diperkenalkan di pertengahan filem.
 
Filem Shrek Forever After juga ditayangkan dalam 3D (atau Real-D) untuk penonton yang suka realisme dalam pengalaman menonton filem. Tapi dalam Shrek Forever After, aku rasa filem ni terlalu bergantung kepada 3D dan banyak scene yang ‘didedikasikan’ untuk 3D. Aku recall satu scene kejar-mengejar antara Shrek dengan Witches yang agak panjang (1 minit 25 saat) yang aku rasa tidak banyak menyumbang kepada jalan cerita tapi lebih kepada nak beri ‘roller coaster ride’ kepada audiens. Tak kurang je shot-shot 3D ‘picisan’ seperti membaling objek ke arah audiens untuk beri ‘feel’ 3D tu. Kalau audiens menonton filem ni dengan spek 3D, maybe diorang kata ‘cool’, tapi kalau audiens menonton tanpa 3D, maybe diorang kata ‘wha..?’.

Shrek Forever After juga kurang culture references. Aku sangat berharap siri Shrek ni ada buat spoof atau parody tapi aku sangat hampa. SANGAT HAMPA! Bagi aku, spoof dan parody tu yang buat Shrek berbaloi ditonton berkali-kali. Side note: Aku paling suka parody American Idol dalam Shrek 2.

Kesimpulannya, tonton la Shrek Forever After di pawagam, DVD atau BluRay tapi jangan letak harapan tinggi sangat. Filem ni seronok ditonton tapi jangan sedih kalau bab terakhir dalam pengambaraan Shrek tidak berakhir dengan gemilang. Sebagai filem terakhir, Shrek Forever After sepatutnya mendapat treatment yang lebih baik.

Rating: 7.5/10 (Tak sebagus Shrek dan Shrek 2 tapi lebih baik berbanding Shrek the Third)

0 komentar: